Nak Ajar Anak 5-6 Tahun Membaca & Menulis Ibu Mesti Selalu Puji, Senyum. Baru Menjadi!

Share

Ada orang tanya, anaknya 5 tahun belum kenal huruf, tak minat nak belajar membaca. Apa sepatutnya nak buat?

Menurut Speech/Language Therapist, Puan Ruby Atika, untuk nak memastikan anak minat membaca dan cepat belajar ada kaedahnya.

Umur kecil ni mesti ajar secara

1) bermain
2) menyanyi
3) bergerak

Kita tak boleh ajar macam budak darjah 1, 2. Tapi mesti ajar macam style tadika, 5 tahun.
Mula-mula, muka ibu mesti senyum dulu. Jangan stress. Ada poster ABC? Ha…nyanyi sambil tunjuk huruf tu. Ikut lagu didi and friends lagu abc-z tu.

Ada huruf-huruf abc yang span tu? Ala…yang kat Kedai ECO pun ada jual RM2.10 saja. Suruh dia buat lekat-lekat span tu. Nyanyi lagi sambil tunjuk-tunjuk.

Ambil huruf span tadi tu, ajak anak tekap. Kalau rajin cop dengan warna air. Baru la syok anak tu belajar.

Baca:

[VIDEO] Mak Jengil Mata Suruh Anak Duduk Diam, Netizen Puji Cara Didik Anak

Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Dijatuhkan Hukuman Mati

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Daun Herba Untuk Mandian Ketika Berpantang, Lebih Jimat!

Bila anak seronok, dia cepat ingat. Selalu sebut kat anak A, bunyi “a”, “ayam!” B, bunyi “b”, “bola!” dan seterusnya.

Umur 5 tahun ni, santai-santai saja. Tulis kat kertas A4 huruf campur-campur, suruh anak bulatkan huruf “g” sahaja. Kira ada berapa semuanya.

Relax ibu-ibu. Muka mesti senyum…. Mulut mesti ringan puji-puji anak tu. Baru la dia suka nak belajar.

Kredit: Ruby Atika

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa