Salah satu aktiviti yang sering diperkenalkan oleh mak ayah di masa kecil adalah mewarna. Anak-anak juga terujanya berlebih-lebihan bila nampak pelbagai warna di depan mata. Namun menarik minat anak-anak juga perlukan cara yang tepat. Ada ketikanya penggunaan pensil warna yang salah boleh membuatkan anak kecil hilang minat.
Perkongsian Puan Mahfuzah Zainol mengenai cara tepat memilih pensil patut mak ayah jadikan panduan.
8 Tips on Colouring Skills : Crayon or Colour Pencil?
1. Ramai juga guru-guru pendidikan khas dan guru tadika yang tanya saya, “nak suruh guna pensel warna atau nak guna krayon?”
2. Penggunaan krayon sebenarnya adalah untuk latihan tripod grip.
3. Oh lagi satu, krayon haruslah yang untuk kanak-kanak. Sebab kalau krayon jenama Buncho adalah untuk orang dewasa, sebab itu bentuk dan saiznya sekata dan kecil.
4. Krayon untuk kanak-kanak adalah yang hujungnya berbentuk segi tiga dan badannya bentuk silinder yang besar. Untuk promote tripod grip semasa memegang. Rujuk gambar.
5. Tripod grip pula adalah pegangan efektif yang menggunakan tiga jari. Melibatkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
6. Disebabkan pada masa sekarang sudah wujud pensel warna yang bersaiz besar dan berbentuk segi tiga untuk menyokong tripod grip kanak-kanak, tiada lagi dilema nak guna krayon atau pensel warna. Boleh guna pensel warna besar itu menggantikan krayon.
7. Diharap info ini merungkai dilema nak guna krayon ke pensel warna.
8. Jika kanak-kanak sudah pandai tripod grip, bolehlah beralih kepada pensel warna saiz biasa. Tiada masalah.