Tidak dinafikan wanita ialah insan yang dilahirkan serba boleh. Kalau boleh memang mahu suami bersama mengharungi semuanya, namun atas kekangan isteri faham ada beberapa keadaan yang perlu dilalui seorang diri.
Kekangan waktu bekerja suami misalnya menjadi punca isteri mengalah dan menyelesaikan beberapa perkara sendiri. Isteri berdikari memang perlu dalam sebuah rumah tangga tetapi suami jangan pula sampai lepas tangan.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan buat para suami. Isteri yang memahami bertolak ansur & berlebih kurang dalam banyak perkara, tapi yang menyedihkan suami lupa tanggungjawab walhal asalnya tanggungjawab dirinya.
Nak ajar isteri berdikari boleh, tapi jangan sampai “lepas tangan”…
Zaman sekarang ni, kesibukan bekerja adakalanya menyebabkan kita tak sempat nak follow up banyak perkara-perkara lain yg bersangkut paut dan berkait rapat dgn kehidupan kita sebagai seorang suami…
Dek kerana tuntutan kerja, kita terpaksa suruh isteri buat sendiri…kekangan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan majikan membuatkan kita perlukan isteri utk berdikari…
Ads
TAK SALAH AJAR ISTERI BERDIKARI
Ajar isteri berdikari, buat tugas-tugas yang sepatutnya seorang suami buat, tak salah…
Cumanya jangan smpai tahap lepas tangan. Kita masih tetap perlu buat tugas-tugas tersebut bila ada ruang dan masa yang sesuai untuk kita buat. Ambil alih semula daripada isteri.
BILA KEHAMILAN MAKIN MEMBESAR, SUAMI JARANG IKUT
Saya ambik satu contoh yang selalu saya nampak. Bila isteri check up kandungan di klinik kesihatan, berapa kerat je suami yang datang sekali, teman isteri? Tak ramai. Kalau kandungan masih di peringkat awal, saya ok untuk suami tak teman.
Ads
Tapi bila usia kandungan dah 7 months and above, bila kekerapan isteri untuk hadir ke klinik kesihatan tu dah seminggu sekali…tak boleh ke kita sebagai suami usahakan untuk teman?
Datang skali, jumpa nurse dan doktor untuk dengar tentang kesihatan isteri, keadaan baby dan sebagainya?
Tarikh appointment dah ditetapkan awal-awal lagi…
Ads
TAK BOLEH TAK APA, ASALKAN CUBA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
Maka tengok la jadual kerja kita. Boleh atau tidak arrange half day, atau kluar kejap untuk temani isteri pada hari-hari tersebut. Saya penah jumpa isteri bawak motor ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk check kandungan dan pernah jugak jumpa bawa anak kecil untuk datang buat pemeriksaan pun datang dengan motor.
Mungkin suami tidak dapat cuti, mungkin suami duduk jauh, mungkin suami outstation dan tak ada disitu. Alasan itu semua mungkin boleh diterima tapi cubalah untuk usahakan buat tanggungjawab sbagai suami…
Nota kaki : Tak semua situasi dan keadaan kita patut membiarkan isteri buat segala-galanya sendiri.
Bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Tetapi apa rahsia rumah tangga bahagia hingga ke syurga? Pasti ramai ingin tahu kan? Berikut antara 7 peraturan untuk rumah tangga bahagia yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan boleh diamalkan bersama.
7 PERATURAN UNTUK RUMAHTANGGA BAHAGIA:
1. Bila kamu dah berbuat salah, akui dan jangan berdiam diri. Luahkan dan berbincanglah baik-baik. Memilih untuk memendam lama-lama pasangan tahu juga.
2. Bila pasangan marah, jangan terikut marah sekali. Kena jadi ejen penyejuk yang mendamaikan suasana. Api lawan api makin membara suasana rumahtangga. Namun kalau api dibalas air, maka terpadamlah api kemarahan itu.
3. Jangan biarkan masalah tanpa diselesaikan sebelum kamu tidur. Masalah yang berlarutan akan di bawa ke esok dan menjadi beban sehingga hari yang mendatang.
4. Sentiasa kena puji pasangan kita. Paling kurang pun sekali sehari. Kadangkala kata-kata kita itu yang jadi semangat dan penguat untuk dirinya melewati hari dengan cekal dan tabah.
5. Sungguhpun kita ini cepat terlupa, tetapi janganlah selalu terlupa untuk membuat pasangan kita tersenyum.
6. Jangan terlalu berkongsi kebahagiaan rumahtangga di media sosial. Terlalu banyak mata memerhati dan silap hari bulan ada yang cuba nak kebas pasangan kita.
Kebahagiaan yang terbaik adalah hanya dinikmati oleh kamu dan pasangan sahaja.
7. Bila pasangan merajuk, jangan biarkan lebih dari 3 hari. Perlu cari sesuatu perkara yang buat dirinya suka dan gembira. Dan paling utama adalah memohon maaf dan ajak berbincang.
Buat pasangan di luar sana. Jangan pernah berhenti untuk membahagiakan rumahtangga. Binalah ‘syurga’ di atas dunia buat pasangan. Selalulah buat dia tersenyum dan tertawa.
Pening kepala juga dibuatnya bila anak masih lagi batuk-batuk walaupun sudah mencuba beberapa jenis ubat. Bukan salah ubat tetapi mungkin ubat yang diberikan tidak serasi dengan tubuh anak kita.
Selain mencari ubat yang sesuai, mama boleh juga cuba petua ringkas ini untuk kurangkan batuk anak. Mana tahu cara ni berkesan dekat anak kita.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan dengan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai ibu bapa yang mengalami situasi dimana anak akan mengamuk (tantrum) di dalam kedai bila kehendak mereka tidak dipenuhi. Ada sesetengah dari anak kecil menghempaskan diri ke lantai, membaling barang dan menangis sekuat hati sehingga menganggu orang lain.
Ramai ibu bapa tak tahu kaedah yang betul untuk menangani masalah anak tantrum ini. Puan Ninnie telah berkongsi cara mengawal anak daripada membuat perangai di khalayak ramai.
Firash ni memang dari kecik lagi kami didik dia kalu nampak mainan kat mana-mana toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akan tengok je sambil kata umi, ni orang punya kan.
Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main-main dengan kereta control depan dia,lepastu kata adik nak ni tak? Si Firash ni tengok muka umi dan kata umi, yang tu orang punya kan. Hahhahaa
Sebab masa dia kecik dulu(masa tu dah faham apa yang kita bagitahu) bila dia nampak banyak toys kt kedai, dia kata nak, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.
Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamok guling-guling tapi mata dia macam berair, muka nampak frust) so kami faham la yg dia nak sangat-sangat benda tu especially geng-geng giant truck macam excavator, bulldozer, dump truck, daddy akan belikan TAPI bukan beli depan mata dia, bukan dia yang pegang dan bawak mainan tu ke kaunter.
Kalau dia kata nak buku, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.
Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dah ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak. Bila dah smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nmpak). Mula lah buat muka sengih manis.
Mak mertua ninnie yang ajar petua ni. Kalu nak beli mainan kat anak, jangan beli depan mata dia. Kalu tak nanti dia akan terbiasa bila nampak je toys, nak time tu jugak. Kalu tak dapat ngamuk dalam kedai tu jugak. Budak-budak kan. Bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak-nak harga toys sekarang mahal kot, tak kan tiap kali lalu kedai mainan kita nak kena belikan.
Smpai la sekarang Firash takda nak ngamuk-ngamuk, merajuk bila nampak toys banyak-banyak kat kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. Boleh pulak si firash ni jerit kat adik, “adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! Smpai menangis-nangis adik dia marah macam tu.
Lain orang lain caranya. Ini cara umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan untuk anak kami setakat ni.
Dekat Raisya pun kami buat jugak cara ni. Tapi dia tak faham sangat lagi. Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sebab nak barang, tapi dia tak suka org dukung atau pegang dia masa berjalan.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.