Wanita mengandung yang mengidam bukan sengada nak mengada-ngada. Satu keinginan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Keinginan seorang wanita hamil yang dikenali sebagai Wani, mengidam untuk mencium bau tayar menarik perhatian ramai sehingga tular.
Video yang dikongsi akaun TikTok mimiaina1 itu menjadi perhatian ramai memandangkan keinginan wanita hamil yang agak unik daripada kebiasaannya.
Difahamkan ibu hamil ini mahu menghidu bau tayar dan menyatakan hasrat tersebut kepada suami sejak seminggu lalu.
Disebabkan hal tersebut, suaminya, Syafiq telah membawanya ke bengkel motosikal bagi memenuhi keinginannya.
Ujar Wani lagi, pada awalnya suaminya menghalang untuknya melayani keinginan tersebut memandangkan tayar pastinya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya namun terpaksa akur.
“Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja,” katanya.
Dia dan suami kemudiannya ke bengkel sebelum tauke di sana bermurah hati membenarkannya membawa pulang tayar berkenaan di rumah.
“Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.
“Tapi saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk,” jelasnya.
Video yang telah ditonton hampir dari setengah juta itu menerima pelbagai maklum balas, baik positif mahupun negatif.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!