Ramai ibu hamil keliru nak ambil epidural ketika bersalin atau tidak. Ini kerana ramai yang mendengar pelbagai kesan buruk selepas mengambil epidural.

Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang betul tentu kesahihannya sebelum anda merujuk kepada doktor pakar.

Sebenarnya bukan semua ibu bersalin boleh sesuka hati mengambil suntikan epidural. Semuanya atas saranan dan nasihat doktor atas faktor-faktor tertentu.

Macam-macam mitos yang dikhabarkan tentang kesan buruk sakit belakang yang ibu bersalin akan rasa kalau dia ambil suntikan epidural.

Entah dari mana sumber tersebut diperolehi, tahu-tahu ramai ibu hamil yang gusar kalau-kalau ‘dipaksa’ untuk terima suntikan tersebut ketika sedang melalui fasa sakit hendak bersalin.

Oleh itu ibu-ibu hamil perlulah mendapatkan info dan maklumat yang sahih dan benar daripada doktor pakar berkenaan pengambilan epidural ketika proses bersalin sebelum membuat andaian yang bukan-bukan.

Diharap penerangan daripada Pakar Bius, Dr. Nur Ilyani Bujang dapat memberikan gambaran sebenar tentang siapa ibu hamil yang layak menerima suntikan epidural ini.

Lama saya perhatikan kumpulan mak-mak di facebook page yang banyak dakyah songsang. Makin lama makin mengarut.

Topik yang mereka hangat bincang adalah mengenai epidural. Antara dakyah songsang mereka adalah ‘Doktor bius promote epidural, takut takutkan pesakit kalau tak ambil’

Nak Ambil Epidural Atau Tak Ketika Bersalin? Kata Doktor Ibu Boleh Buat Pilihan

Secara umumnya ADA 3 KUMPULAN IBU YANG MENGAMBIL EPIDURAL

KUMPULAN 1 : IBU DINASIHATKAN MENGAMBIL EPIDURAL ATAS SEBAB PERUBATAN

1. ibu yang mengandung anak kembar dan dibenarkan bersalin secara vaginal

2. ibu yang mengandung anak songsang yang dibolehkan bersalin secara vaginal

IKLAN

3. ibu yang obesiti morbid yang berkemungkinan besar menghadapi masalah sekiranya memerlukan pembiusan separuh badan atau penuh di waktu kecemasan

4. ibu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau mild to moderate pre-eclampsia yang dibolehkan bersalin secara vagina

KUMPULAN 2 : IBU-IBU YANG DITAWARKAN EPIDURAL SUPAYA BOLEH MELALUI PROSES BERSALIN DENGAN LEBIH SELESA

mana mana ibu yang dijangkakan akan melaui proses bersalin yang lama, akan DITAWARKAN epidural. Ini termasuklah

1. ibu yang mengandung anak sulung

2. ibu yang perlu melalui induksi (induction of labour)

3. ibu yang pernah melalui kelahiran caesarean

4. ibu yang mempunyai kandungan yang bermasalah

IKLAN

5. ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis

KUMPULAN 3 : IBU YANG MEMINTA EPIDURAL KERANA TIDAK MAHU MELALUI KESAKITAN BERSALIN

Mana-mana ibu boleh meminta epidural jika mereka tiada kontraindikasi.

BOLEHKAH JIKA SAYA TIDAK MAHU EPIDURAL KETIKA PROSES BERSALIN?

Jika anda adalah ibu yang tergolong dalam KUMPULAN 1, anda tergolong dalam kumpulan di mana epidural itu memberi manfaat pada diri anda. Jika anda menolak, sudah menjadi tanggungjawab doktor untuk menasihati. Sekiranya anda masih tidak mahu, tidak mengapa. Anda berhak untuk tidak mengambilnya.

Jika anda tergolong dalam kumpulan 2 dan 3, pilihan untuk mengambil epidural adalah di tangan anda sendiri.

Nak Ambil Epidural Atau Tak Ketika Bersalin? Kata Doktor Ibu Boleh Buat Pilihan

APAKAH PILIHAN YANG SAYA ADA SELAIN DARI EPIDURAL?

IKLAN

Anda boleh pilih sama ada untuk :

1. tidak mahu ubat tahan sakit langsung

2. suntikan ubat tahan sakit seperti tramadol atau pethidine.

3. ‘patient control analgesia’ di mana sebuah mesin akan memasukkan ubat selaras dengan kemahuan anda (tidak semua tempat ada peralatan ini)

4. penggunaan gas nitrous oxide

Anda juga boleh mengurangkan rasa sakit dengan cara-cara lain seperti teknik pernafasan, urutan dan aromatherapy.

Suka juga saya ingatkan ibu-ibu bahawa tidak semua hospital mempunyai Jabatan Bius yang mempunyai bilangan kakitangan yang bertanggungjawab untuk memberi pembiusan epidural. Juga diingatkan bahawa ada ibu-ibu yang tidak sesuai untuk ambil pembiusan epidural ini kerana mempunyai kontraindikasi (situasi di mana prosedur itu tidak boleh dilakukan)

Jadi, tiada istilah promosi-promosi epidural umpama jualan murah!

Jika anda mahu pun, kadang kala permintaan anda untuk epidural tidak dapat dipenuhi atas sebab kontraindikasi atau ketiadaan servis tersebut.

Anda juga digalakkan untuk tag ibu-ibu, suami-suami yang mana anda rasa ilmu ini boleh memberi manfaat.

Dr Nur Ilyani Bujang
Pakar Bius

Sumber: Nurilyani Bujang

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI