Apa yang kita tunjukkan pada anak, itulah yang anak ikut. Yang baik kita tunjukkan, baiklah yang diikuti anak-anak kecil kita. Ya kita sememangnya role model terbesar untuk anak-anak kita contohi.
Maka tunjukkanlah kasih sayang kita pada mereka. Paling utama kata superdaddy, Khairul Abdullah, tunjukkanlah kita begitu menghargai ibu mereka. Mereka akan ikut dan hormat!
Bagi aku, ini adalah benda utama seorang ayah boleh buat untuk beri impak yang besar kepada anak dia. Sayangilah ibunya.
Yes, itu sahaja. Once seorang ayah sayang ibu kepada anaknya maka secara automatik, ayah akan buat banyak benda bagi menggembirakan hati serta menyenangkan ibu anak-anaknya tadi.
1. Membantu ibu mereka dalam urusan seharian.
Ayah yang dilihat oleh anak-anaknya sentiasa membantu ibu mereka menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, mencuci bilik air, melipat dan menggosok baju dan sebagainya akan dijadikan role model.
Anak-anak nampak dengan jelas ayah membantu meringankan beban ibu mereka. Anak-anak juga akan mempunyai sikap yang sama kerana anak menjadikan ayah sebagai idola.
2. Sentiasa berlemah lembut dengan ibu mereka.
Ayah yang sentiasa bercakap dengan nada yang lembut dan tidak menengking-nengking membuatkan ibu mereka gembira dan energi tersebut turut sampai dan memberi kesan kepada perkembangan psikologi anak-anak.
Anak-anak tahu yang ayah sayangkan ibu mereka, tidak marah-marah. Mereka juga akan terbiasa bercakap dengan nada yang lemah lembut dan menjadi lebih hormat kepada ayah dan ibu mereka.
3. Zahirkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.
Selalulah ucap “i love you” atau “ayah sayang ibu” atau “papa sayang mama” kepada ibu mereka. Anak-anak mendengar dan mengetahui. Anak anak kecil sesetengahnya tak faham gesture, body language, jadi ucapan memainkan peranan penting.
Anak-anak akan ikut cakap dan luahkan kasih sayang depa pada mak dan ayah juga. Anak-anak yang meluah perasaan kasih sayang lebih tenang dan bagus emosi mereka. Begitulah.
Anak-anak aku tak sempat melihat dan memerhati aku melayan ibu mereka. Tapi anak-anak sentiasa bertanya macam tadi.
Daddy sayang mommy tak? Daddy selalu cakap I love you kat mommy tak macam daddy cakap dengan kami? Daddy selalu tolong mommy tak kalau mommy masak atau kemas rumah.
Macam-macam soalan ditanya untuk depa tahu dan yakin yang aku ni sayang pada mommy depa. So, anak-anak nak tahu dan tengok kita sebagai ayah ni sayang betul-betul pada mak atau ibu mereka atau tidak.
Jadi kita kena zahirkanlah. Biar anak lihat dan ambil contoh. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang pasti membesar dan menjadi seorang anak yang lebih baik dari segenap segi terutama emosinya.
Semoga keluarga kita dipenuhi dengan sakinah mawaddah warohmah.
Sekian.
Superdaddy
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI