Ada yang tanya nak sedia apa ye untuk anak jalani proses toilet training ye. Anak kita memang kena latih dan prepare fizikal dan mental mereka untuk toilet training.
Sebab nanti anak terkejut, dan trauma tambahan pula ini adalah satu transisi penting dalam kehidupan mereka.
Melakukan kemahiran hidup dan mengurus diri yang penting, kemahiran KE TANDAS. So, ibu bapa perlu;
1️⃣ Sediakan anak dengan skill motor kasar dan motor halus yang kuat. Banyakkan bermain aktiviti yang libatkan pergerakan dan jari jemari.
Kalau kemahiran motor halus tak kuat, anak tak boleh buka pili air sendiri. Kalau kemahiran vestibular anak tak cukup, anak akan takut berada atas mangkuk tandas.
Kalau tak pandai nak guna kedua-dua tangannya dalam satu masa, anak akan susah nak pegang paip air dan basuh dalam waktu yang sama.
Kredit Gambar: Google
2️⃣ Ajar tentang body awareness.
Ajar anak kenal nama anggota badan, terangkan apa fungsi anggota badan termasuk kemaluan, zakar dan faraj.
Cara paling best, hari-hari, duduk di hadapan cermin. Biar anak lihat tubuh badannya sendiri.
Ads
Baru anak macam oh macam ni aku rupanya, bentuk rambut, mata dan tangan.
Bila anak tengah berak dalam pampers, kita cakap, ” adik tengah berak ye, teran, teran sampai habis ” supaya anak aware badannya tengah berak.
3️⃣ Ajar anak rutin ke bilik mandi ( sebelum, semasa, dan selepas ) melalui social story, kita selalu cerita tentang rutin ke bilik mandi.
Rutin ke bilik mandi
Pergi ke tandas ➡️ Buka seluar ➡️ Duduk atas mangkuk tandas ➡️ Buka pili air ➡️ Buang air kecil/besar ➡️ Basuh kemaluan ➡️ Pam tandas ➡️ Basuh tangan ➡️ Lap tangan ➡️ Pakai seluar
Ada 10 rutin tu, barulah lengkap toilet training anak kita. Nampak simple kan, tapi penting untuk anak kita tahu. Jadi, anak-anak perlu dilatih buka dan pakai baju serta seluar sendiri.
4️⃣ Tambah vokabulari anak tentang toilet training seperti apa itu tandas, paip, flush, tuala, berak ,kencing, basah, kering.
Ajar anak nama objek dalam tandas.
Ads
5️⃣ Latih anak supaya boleh faham arahan.
Caranya, ulang dan beri arahan pendek. Jom ke tandas. Jom basuh kencing. Jom basuh berak.
Kredit Gambar: Google
6️⃣Check anak dah ada tanda bersedia untuk bebas diapers seperti macam malu-malu bila berak, sorok-sorok belakang langsir ke, dah pandai tahu beritahu ke bila dia berak, waktu kering pampers sudah makin lama.
Anak dah boleh bercakap lagi lah bersedia nak TT sebab dah ada kemampuan untuk berkomunikasi.
7️⃣ Belikan potty ladder seat atau potty untuk anak. Boleh beli di shoppee atau lazada. Harga berpatutan.
Ads
Jadi, moga tips ini dapat bantu ibu ayah untuk sediakan anak untuk toilet training. Tips ini saya dapat dari kelas Toilet Training dengan Ot Aisyah Rozalli. Banyak lagi beliau ajar, ini antara ringkasannya. Selamat mencuba.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bantuan daripada ibu bapa amat diperlukan untuk anak-anak bebas lampin apabila dia berupaya bercakap untuk memberitahu mahu ke tandas dan boleh mengawal diri. Dengan 6 tips ini, anak anda boleh bebas lampin dalam masa kurang dari seminggu!
Puan Umairah Jamaah telah berkongsi 6 tip yang digunakannya ke pada anaknya selama tidak sampai seminggu, anaknya berjaya bebas lampin.
Berikut ialah perkongsiannya;
Gambar hiasan.
6 LANGKAH BAGAIMANA NAK MULAKAN FASA BEBAS LAMPIN UNTUK ANAK
Sebenarnya kan takde la susah mana pun fasa ni. Cewah, nampak tak konfiden tu.
#1 TETAPKAN MINDSET, POSITIF & TENANGKAN DIRI
Iya, jangan tak percaya inilah langkah PERTAMA yang mak ayah kena buat. Tetapkan #MINDSET diri sendiri. Kena bertenang, cuba fikir yang baik-baik aje, be positif. Fikirkan moment-moment indah yang bakal kita simpan.
Anak yang nak dilatih pun kita perlu bentuk gaya pemikirannya. Slow talk omputeh kata.
“Abang dah besar. Dah pandai pergi toilet untuk buang air sendiri.”
Bagilah kata-kata semangat apa-apa pun. Bukan ugutan ya. Sebaiknya bagi kata-kata semangat dulu sebelum mulakan sesi latihan tu.
Paling penting bab EMOSI kena jaga. Terutama emosi anak. Kita kena faham diorang masih dalam fasa latihan dan belajar.
Gambar hiasan.
#2 SIMPAN PERMAIDANI & TIKAR
Langkah kedua, gulung segala karpet-karpet atau tikar yang ada. Kita nak elak ada najis mencemar dulu atas karpet mak. Hewhewheww.
#3 SELUAR KAKI TERJERUT
Sementara dalam fasa-fasa nak bebas lampin. Pakaikan dulu SELUAR yang ada jerut kat bawah. Sebab nanti poo-poo tu takder la berteraburan.
Elakkan menengking dan memarahi.
#4 SENTIASA TANYA & ELAK TENGKING
Awal-awal latihan mulut mak ayah mesti tak lekang dengan soalan ” Nak kencing ke?”. Iya, penting ni. Soalan-soalan ni bagi anak alert dengan proses yang berlaku kat badan dia. Biasanya 15 ke 30 minit pertama anak mula nak buang air lepas minum. Hati-hati tau bila cuaca sejuk. Kena ‘extra care’.
Tapi sesekali terbabas tu normal la. Elakkan tengking anak atau merengus.
Tunjukkan demo
#5 LAKONAN DEMO
Sebaiknya buat DEMO atau lakonan awal. Macam mana anak kena bertindak kalau rasa nak kencing. Mula dengan bagi tau ibu atau ayah. Bukak seluar. Masuk tandas guna kaki kiri. Mencangkung dan seterusnya.
Masa latih anak saya Umar dulu. Saya bunyikan ‘shhhhhhhiiiiii shiiiii’ bagi dia rasa nak buang air. Ni tips yang saya buat.
#6 BAGI REWARD
Bagi REWARD kalau anak berjaya buang air sendiri. Puji setiap langkah yang dia berjaya buat. Tak perlu mahal-mahal pun Cik Puan. Cukup sekadar pujian atau ‘Give Me Five’. Tunjuk thumb up. Ada sticker bagi sticker. Naikan semangat anak.
Moga perkongsian ni beri idea dan manfaat. Terutama mak ayah yang rancang nak latih anak bebas lampin. Perkongsian ni sekadar panduan. Lain anak lain perjalanannya.
Macam mana nak bagi anak mudah bangun awal pagi tanpa sebarang masalah? Ramai ibu ayah mengakui si kecil susah dikejut awal pagi untuk ke sekolah. Bila hari sekolah bertambah liat nak kejut. Lebih mengharukan siap ada drama air mata di pagi hari lagi.
Hanya sabar sahaja yang menjadi perisai ibu ayah setiap pagi untuk mengelakkan daripadarasa marah dengan sikap anak yang susah bangun pagi. Selain tindakan mengejutkan anak, ibu ayah mungkin boleh cuba amalkan tips yang dikongsi oleh seorang ayah ini, iaitu Encik Muhammad Ahmad.
Semoga ibu ayah dapat mengamalkan tip bermanfaat ini secara konsisten. InsyaAllah nanti mudahlah anak kita nak bangun pagi tanpa sebarang masalah.
Kenapa anak kita susah untuk bangun pagi.
Zaman bujang dulu lebih 5 tahun saya tinggal di pusat tahfiz. Ada pelajar anak yatim umur 7-10 tahun pukul 4 pagi dah pandai bangun sendiri atau di kejutkan oleh abang-abang yang lain dengan mudah untuk hafal Al-Quran.
Rupanya mereka ini umur 3 tahun dah dilatih bangun awal pagi. Mak ayah dah perdengarkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas subuh. Paling lewat bangun jam 8@9am.
Antara tips ibu bapa mereka buat:
▪️alihkan anak dari tempat tidur.
▪️Letak anak disebelah ketika solat dan baca Al-Quran walaupun anak tidur balik.
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
▪️Pupuk anak dari kecil untuk bangun solat suboh.
Akhirnya umur 4 tahun dah boleh ikut abi solat suboh berjemaah di masjid.
Rupanya ini antara tips untuk elak anak-anak tidak menangis atau liat untuk bangun awal pagi pergi sekolah. Dari kecil kita asuh mereka bangun awal pagi untuk solat subuh(walaupun mereka tidur balik) dan ajar anak-anak baca doa bangun tidur…
Tanyalah diri kita. Berapa kali dalam seminggu atau sebulan latih anak-anak yang belum baligh bangun untuk solat suboh. Mungkin persoalan ini akan terjawab kenapa anak sukar bangun untuk ke sekolah walaupun darjah 4.
-EncikMatt-
Sumber: Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak akan menggunakan kedudukannya sebagai seorang selebriti untuk membantu anaknya yang minat dengan bidang seni.
Sharifah Shahira atau Shiera, 44, berkata, biarlah mereka menempa nama atas usaha mereka sendiri.
“Saya bukan seorang ibu yang suka bawa anak masa sesi penggambaran. Saya tidak akan berbuat begitu jika tiada tawaran yang diterima.
“Pada saya, kalau anak nak jadi pelakon biar dia cari sendiri dan bukan menggunakan nama saya sebagai pelakon.
“Maka, biarlah tunggu mereka besar sedikit dan sudah pandai hendak bekerja dan usaha sendiri.
“Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan diri saya juga kerana kanak-kanak ni tak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu. Mana tahu ketika penggambaran tiba-tiba mereka tak nak buat?,” katanya.
Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.
Seorang anaknya lagi, Allisya, 20, merupakan hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.
Belum Tunjuk Minat
Bagaimanapun, buat masa ini, anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.
“Sebenarnya mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali,” katanya lagi.
Sumber: Astro Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.