Nak Anak Bijak Kena Rajin Sediakan 10 Makanan Ini. Murah & Kaya Zat, Baik Untuk Otak!

Share

Makanan yang yang kaya dengan zat baik untuk perkembangan otak si manja. Mulakan dari awal untuk menjana perkembangan otak si kecil dan badan yang sihat.

Mama papa boleh sediakan 10 jenis makanan super ini untuk si kecil. Elakkan makanan rapu yang tidak berkhasiat dan pemakanan seimbang.

Selain makanan super dan mengelakkan makanan ringan atau segera, senaman dan aktiviti fizikal juga penting untuk si kecil.

10 MAKANAN SUPER BAIK UNTUK SI KECIL

1. BROKOLI

Brokoli  adalah superfood sejati kerana kandungan vitamin C yang hebat dan juga mengandungi fitonutrien beta, asid fizik dan kalium. Cara penyediaan brokoli yang terbaik ialah dikukus kerana ia boleh mengelakkan kurangnya kandungan vitamin C di dalamnya.

2. AVOKADO

Avokado adalah buah yang sarat dengan nutrien yang diperlukan oleh si manja. Ia mengandungi protein tertinggi dalam kategori buah dan kaya dengan lemak mono tak tepu iaitu jenis lemak yang “baik” yang membantu mencegah penyakit jantung.

3. KELEDEK

Keledek adalah sumber baik kalium, vitamin C, dan serat dan sumber beta-karoten yang sangat baik. Ia kaya antioksidan yang membantu mencegah jenis kanser dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga mempunyai rasa manis semula jadi.

4. OATMIL

Oatmil mengandungi vitamin E, B, potassium dan zink yang membantu otak berfungsi pada kapasiti penuh.

5. SUSU DAN YOGURT

Susu adalah sumber protein dan vitamin B yang baik untuk perkembangan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Ia mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan  dan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Protein & karbohidrat memberikan tenaga kepada otak.

6. TOMATO

Tomato tinggi kandungan lycopene, pigmen merah dalam tomato yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu mencegah kanser dan penyakit jantung. Lycopene boleh diserap dengan lebih cekap oleh badan jika tomato dimasak dengan lemak seperti minyak zaitun.

7. BAYAM

Sayuran berwarna hijau ini mengandung vitamin A yang tinggi, vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosforus, mangan dan zat besi.

8. TELUR

Telur sarat dengan protein dan sangat baik untuk otak si manja. Bahagian kuning telur  mengandungi choline yang berfungsi menguatkan daya ingatan.

9. MENTEGA KACANG

Kacang dan kekacang ialah sumber vitamin E dan thiamin yang membantu fungsi  otak dan sistem saraf.

10. BIJIRIN PENUH

Otak memerlukan glukos dan bijirin penuh membantu menyeimbangkan paras glukos dalam darah. Bijirin penuh mengandungi vitamin B yang amat diperlukan oleh sistem saraf.


Rancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga akan ke udara dengan tajuk Solusi Bayi Jaundis. Bagi anda yang ingin mendapatkan info padat, tip daripada pakar serta perkongsian daripada ibu bapa mesti tonton episod ke-11 ini yang akan ke udara pada 19 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Prima HD.

Published by
Azma ML