Kehamilan

Nak Anak Bijak Sejak Dalam Rahim? Rangsang Perkembangan Bayi 30 Minit Sebelum Tidur

Share

Ransangan bayi dalam rahim adalah satu kaedah mengajar bayi sejak dari dalam rahim lagi dan proses stimulasi ini patut diteruskan dari semasa ke semasa. Bayi ditiupkan roh oleh Allah pada bulan ke-empat dan pergerakkan pertama biasanya dirasai ketika itu.

Anggota bayi telah lengkap dibentuk selepas empat bulan ketika roh telah ditiupkan dan semasa itulah bayi patut dirangsang dan sebagai ibu bapa kita perlu isi roh ini dengan ilmu-ilmu yang baik dan positif.

Ibu hamil digalakkan untuk sering membaca Al-Quran, berkata-kata yang baik dan perlu mempunyai emosi yang stabil, ceria dan tidak murung kerana bayi juga dapat merasai emosi yang positif dari ibunya.

Mulakan sentuhan secepat mungkin kerana sentuhan pada perut merupakan satu kaedah rangsangan. Selepas empat bulan, bapanya digalakkan menyentuh bayi dengan memegang perut ibu. Kebiasaanya bayi aktif pada waktu malam selepas waktu makan malam sehingga ke tengah malam. Inilah waktu yang sesuai untuk melakukan sentuhan pada bayi sebelum tidur dan dibacakan ayat-ayat Al-Quran supaya bayi dalam kandungan dapat menghayati kalimah-kalimah suci.

Bayi dalam rahim paling aktif antara Maghrib sehingga tengah malam. Waktu paling sesuai untuk melakukan rangsangan bayi ialah 30 minit sebelum tidur – pukul 10 malam. Kedua bakal bapa dan ibu bersama-sama melakukan rangsangan selepas 7 bulan kehamilan hingga lahir.

Mengikut pakar physiology, bayi dalam kandungan boleh mendengar mulai 7 bulan. Teruskan merangsang mental bayi dengan ayat-ayat Al-Quran kerana ia akan membantu memori tersebut di simpan di dalam ingatanya dan apabila bayi lahir, dia akan mengingati ayat-ayat Al-Quran ketika pertama kali diazankan.

Jika ibu bapa inginkan anak-anak pandai dalam Bahasa, matematik, sains dan sebagainya boleh mulakan sejak bayi berusia 7 bulan di dalam kandungan kerana bayi mampu mendengar dan ilmu tersebut akan tersimpan dalam ingatanya.

Muzik juga merupakan kaedah yang baik untuk merangsang mental bayi dalam kandungan. Muzik yang mendayu juga boleh dipasang pada waktu malam kerana dapat memberi ketenangan dan membaiki koordinasi dalam otak bayi.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Saksikan rancangan Pa&Ma di Astro Prima & Prima HD pada hari Selasa jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam Jurnal Kehamilan dengan episod Rangsang Perkembangan Bayi Sejak Dari Rahim

Published by
NuFa