Perkenalkan si kecil dengan pelbagai jenis tekstur makanan mengikut tahap usia rupanya mempunyai faedah kepada skil pertuturan anak dan membantu mereka bercakap. Ada sebab kenapa mereka perlu diberikan makanan mengikut tahap usia iaitu puri, makanan dilenyek, dikisar & makanan lembut yang dipotong.
Memberikan makanan pelengkap kepada bayi selepas usia 6 bulan bukan hanya menampung keperluan nutrien kepada tumbesaran tubuh bayi. Pegawai dietetik ini berkongsi info yang sebenarnya ia boleh membantu si kecil menguasai skil pertuturan atau bercakap.
Menurut Puan Fizah Sobri, ibu bapa boleh membantu perkembangan anak untuk menguasai skil pertuturan dengan melatih mereka menggunakan makanan.
Setiap jenis makanan seperti puri, makanan yang dilenyek, makanan yang dikisar kasar serta makanan lembut yang dipotong kecil memberikan peranan kepada merangsang lidah si manja.
TEKSTUR MAKANAN BANTU ANAK BERCAKAP
Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
PERKEMBANGAN BAYI PALING PANTAS SEMASA BERUSIA 0-2 TAHUN
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun
Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang
Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah
FASA BAYI MEMAKAN PURI
Fizah turut berkongsi 5 info yang berlaku semasa bayi diberikan puri. Katanya, dalam keadaan puri bayi hanya akan;
- Merasa makanan dan telan.
- Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
- Transition (peralihan) dari susu ke makanan pelengkap.
- Jangan risau kalau baby tak nak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup.
- Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.
FASA BAYI DIBERIKAN MAKANAN YANG DILENYEK
Dalam fasa memberikan makanan yang makanan lenyek, Fizah telah berkongsi 5 info ini;
- Bayi perlu kuatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut.
- Lidah sudah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’.
- Sensori pada lidah jauh lebih banyak dari tangan.
- Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8 bulan.
- Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
FASA TRANSISI MAKANAN DILENYEK KEPADA KISAR
- Fungsi makanan jenis ini ialah untuk menguatkan lidah baby untuk meng’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
- Melatih menggunakan gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah.
- Makanan ada tekstur yang kasar tapi tidak terlalu kasar agar baby dapat cabaran untuk mengunyah ketika makan.
– kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
– dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
FASA DIBERIKAN MAKANAN DIPOTONG KECIL BERTEKSTUR LEMBUT
- Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
- Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
- kuantiti 5 – 7 sudu besar
- Ini akan emberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
Jangan risau rumah bersepah atau makanan tumpah ke lantai lagi banyak dari dimakan anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah.
TIP MENGUBAH TEKSTUR MAKANAN SI KECIL, JANGAN MENDADAK
Ubah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak.
Contohnya 3 kali makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1 kali makan lenyek 2 kali puri
Keesokan hari 2 kali lenyek dan 1 kali puri
Seterusnya 3 kali lenyek.
Sumber: Fizah Sobri, www.nasihatdiet.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI