Anak yang cerdik dan pintar perlu dirangsang dari awal. Ibu ayah dan orang di sekeliling memainakn peranan sangat besar.
Merangsang otak si kecil bukanlah perkara yang sukar. Ibu dan ayah tentu boleh melakukannya. Rangsangan otak yang awal akan memberikan impak pada fasa kehidupannya akan datang. Otaknya berkembang pesat pada tiga tahun pertama.
Otak bayi akan mula berhubung untuk membuat sambungan yang tidak terhingga banyaknya usia tiga tahun pertamanya menghasilkan berbilion-bilion sel dan beratus-ratus trilion sambungan. Sambungan ini nanti adalah penting untuk mewujudkan kemajuan perkembangan positif dan dibuat melalui pengalaman positif setiap hari, berulang dengan ibu bapa dan penjaga (taska dan pengasuh).
Maka, penting bagi ibubapa dan penjaga memastikan lapan perkara ini dilakukan pada bayi anda.
1.Respons bila bayi menangis
Setiap kali bayi anda menangis, jangan biarkan lama sebaliknya berikan respons. Ambil langkah untuk menenangkannya dengan mengusapnya dan hilangkan tangisannya. Sentuhan bonding dan respons positif seperti ini akan melatih otak bayi untuk memberikan isyarat emosi yang selamat.
2.Fokus dan perhatian
Ads
Bayi yang rasa selamat dan rapat dengan anda akan mula menerokai, belajar dan menyerap pelbagai perkara yang baru. Berikan respons dan tindak balas yang jelas kepada keperluan, kehendak dan apa juga aksi si manja. Otaknya yang sedang berkembang baik dan belajar menyesuaikan diri apabila anda memberikan tindak balas kepadanya secara konsisten.
3.Urutan bayi
Urutan akan mengurangkan ‘rentan emosi’, rasa selamat dan membuatkan bayi rasa ‘feel good’. Sentuhan anda akan akan menggalakkan pertumbuhan si kecil. Ia juga mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
4.Tindak balas kepada tangisannya dengan perkataan dan intonasi
Ads
Apabila dia menangis,cuba untuk memberikan reaksi dengan berkata-kata seperti “Alahai sayang mama, kenapa nangis?”. Dengan memberikan respons yang penuh kasih sayang dan kata-kata yang positif sebegini, otak bayi akan membentuk hubungan antara neural dan mencipta cantuman antara sel-selnya. Bayi juga akan secara tidak langsung akan belajar tentang perkataan, bahasa, tentang cause-effect dan skil berfikir.
5.Beri tumpuan kepadanya
Bila bayi sudah mula pandai menunjuk, pastikan anda memandang ke arah apa yang ditunjukkannya dan berikan reaksi. ‘Joint attention’ ini akan memberikan rasa betapa pentingnya apa yang dibuatnya kepada anda. Berkongsilah apa juga yang disukai dan perkara yang sedang dibuatnya.
Ads
6.Bermain bersama
Permainan seperti agah dan peekaboo akan memberikan peluang untuk si kecil belajar untuk memberikan respons kepada pergerakan mudah dan permainan yang berurutan. Mustahak untuk anda memdapatkan permainan yang sesuai dengan usianya supaya dia boleh menerokai dan berinteraksi. Alat permainan seperti patung yang melompat keluar apabila dibuka (Jack in the box) dan bongkah yang disusun bertingkat akan membantu si kecil belajar mengenai sebab-akibat dan berfikir.
7.Menyediakan tempat selamat untuk merangkak dan bermain
Pembelajaran non-verbal (spatial learning) sangat mustahak dan si kecil yag sudah merangkak akan mula belajar tentang ‘bawah, atas, dalam, luar, dekat’ dan ‘jauh’. Ini penting untuk si kecil menyediakan peta dalam mindanya tentang sekelilingnya dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya ketika merangkak dan bermain.
8.Menyanyi sambil menggerakkan badan
Nyanyian sambil menggerakkan badan akan membantu si kecil untuk belajar tentang bunyi dan penyesuaiannya dengan pergerakan motor kasar dan halus. Anda juga boleh membacakan selawat dan zikir. Ia juga menggalakkan bayi belajar tentang ritma, bunyi-bunyian dan bahasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melatih sensori dalam persekitaran rumah mudah sahaja jika tahu caranya dengan betul. Latihan ini penting untuk perkembangan anak terutama anak usia empat tahun supaya lebih berdikari, berani dan melatih anak boleh membaca dan menulis. Latihan sensori ini untuk perkembangan motor halus dan kasar anak-anak. Ikuti corentan Puan Nurul Hanan Arifin,Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Isu sensori dan kesedarannya semakin meningkat. Mengapa dahulu tidak timbul isu ini? Kerana pendedahan anak-anak terhadap waktu bermain yang benar-benar menyeronokkan dan gaya hidup kita dahulu telah mampu melatih kebanyakan keperluan sensori dan terus menyokong perkembangan tabii.
.
Cabaran kehidupan masa kini telah memendekkan masa bermain anak-anak dan gaya hidup kini juga telah mengurangkan latihan sensori secara natural.
.
Mari kita bantu perkembangan sensori anak-anak dengan aktiviti cadangan di rumah ini.
.
1) Kerap bermain pasir dan mengorek tanah. Sediakan peralatan bermain tanah. Benar kan anak mengorek tanah dan mencari cacing. Kalau dah main tanah, mesti nak main air pula. Dan lagi seronok dapat cari cacing dan rama-rama.
.
2) Tugaskan anak untuk basuh pinggan. Ini untuk beri anak bermain air. Bukan sahaja latih sensori tapi akhirnya anak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab boleh membantu basuh pinggan selepas makan! Basuh tandas pun boleh biar otot tangan banyak kerja, bilik air pun bersih.. Basuh kasut..
.
3) Ajar anak membasuh dan memasak nasi. Anak perempuan saya sejak 4 tahun paling suka membasuh beras dan memasak nasi. Dia paling marah kalau saya masak tanpa menunggunya. Berapa cawan beras, berapa kali basuh beras, humayra dah boleh buat dengan baik, saya akan bantu kalau nampak terkial-kial. Kini humayra 5 tahun, dia semakin mahir.
.
4) Melukis, bantu anak dengan banyakkan aktiviti melukis dan mewarna. Tak perlu tunggu masuk pertandingan, tak perlu tunggu masuk tadika atau sekolah. Kertas dan buku mewarna biar banyak di rumah. Buat stesen khas. Hari-hari biar anak melukis atau mewarna. Melukis objek sebenar, meniru lukisan dalam buku cerita, lukis kartun kegemaran. Kita semua tak perlu jadi artis pelukis, just Google how to draw dinosaur, how to draw bird. Ikut kegemaran anak.
.
5) Menconteng. Kalau melukis dan mewarna ibu ayah rasa untuk anak besar, untuk anak-anak 1 tahun, berikan kertas dan berikan pensel untuknya menconteng. Lagi seronok kalau boleh beri crayon yang warnanya terang seperti buncho, beli yang oil pastel, bukan wax crayon. Warna terang baru anak suka.
6) Playground. Bawa anak bermain di taman. Otot mereka perlu diransang. Tambah satu cabaran baru setiap kali anak dah mahir. Jadikan ia pengalaman seronok. Ibu ayah main sama. Bukan anak main seorang.
7) Lumba lari atau jogging dengan anak. Pernah lumba lari dengan anak? Jom buat hari ini. Anak-anak suka. Latihan keseimbangan badan, motivasi nak menang, paling best latih jantung dan otot jadi kuat, tambah oksigen dalam badan.
.
8)Main bola dengan anak. Semua anak suka main bola, lelaki, perempuan, besar, kecil. Boleh buat pelbagai gaya. Ala bola sepak , ala bola jaring. Hanya perlukan ruang sahaja. Kalau ruang terhad main baling-baling dekat. Kalau ada padang boleh main lagi advance. Main bola boleh latih anak berfikir pantas utk buat keputusan ya. Macamane tu.
. 9) Benarkan anak makan sendiri. Ibu ayah benarkanlah anak menyuap makanan sendiri walaupun atuk dan nenek marah kerana menyangka anak tidak kenyang. Anak-anak pada usia 1 tahun, telah ada keinginan untuk makan sendiri. Sekiranya anak makan sendiri, setiap hari ia meransang derianya untuk merasai tekstur nasi, sayur , ayam, carrot. Ajari juga adab, cara suap nasi dan sebagainya hingga nanti ia cekap makan sendiri.
.
Sumber: Natural Learning Initiatives
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya seminggu bagi satu surah, demikian cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar memudahkan cara anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil.
Bella yang sudah khatam Al-Quran pada usia enam tahun. Ia adalah sesuatu yang membanggakan. Angkasawan pertama negara ini bukan sahaja mementingkan ilmu dunia, malah melengkapkan anaknya dengan ilmu agama.
Semalam beliau telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang membantu Bella menghafal Surah Al-Maun.
Setiap malam Ahad saya cuba mendorong Bella untuk menghafal satu surah pendek.
Dan Alhamdulillah … Mudah untuk Bella. Dan saya merasakan menghafal menjadi sesuatu yang semula jadi kepada anak-anak apabila anda memulakan mereka muda.
Perkenalkan AlQuran kepada anak-anak anda dari usia yang sangat muda. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Membaca Al-Quran membersihkan hati dan pasti meningkatkan daya ingatan mereka.
Itu tak boleh, ini tak boleh. Disebabkan larangan sebegini, lama-kelamaan anak pun jadi pemalas. Ini antara kesilapan ibu bapa sendiri.
Mungkin awalnya kita melarang anak sebab kita nak jaga tingkah laku mereka. Tapi disebabkan kesilapan ‘terlalu menjaga’ itulah anak jadi hilang yakin diri, penakut, malas dan sebagainya apabila makin besar.
Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu beri pendedahan biar anak belajar sesuatu dari kesilapan supaya menjadi peringatan apabila umur semakin meningkat.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Occupational Therapist, Puan Liyana Raya, beliau menyatakan antara salah satu sebab anak jadi generasi pemalas adalah ibu bapa.
Kenapa saya perlu katakan begitu?
Kerana kita lebih suka melihat anak kita duduk daripada bergerak ke sana ke mari. Rimas melihat mereka berlari dan membuat bising. Lantas gajet menjadi ‘peneman’ untuk membuatkan anak itu diam dan seterusnya leka . Bagaimana kita nak expect anak kita bila besar nanti boleh menjadi seorang survivor? Bergerak pun salah, maka bila sampai masa mereka harus mencari pekerjaan, kita yang carikan untuk mereka,bukan mereka sendiri sebab malas nak bergerak katanya.
Kerana kita halang anak-anakmain kotor, sepahkan rumah, malah duduk atas lantai perhimpunan pun tak boleh. Main benda-bendamessy ni tak nak bagi, kata kita, penat nak kemas la.. nak mencuci la.. laaaaa kita pun malas, apatah lagi anak kita.
Ada strateginya untuk main benda-benda kotor…. bila sampai saat kita nak kemas, ajak anak-anak kemas sekali sambil menyanyi lagu ‘clean up… clean up… everybody everywhere… clean up, clean up, everybody do their share’. Boleh cari dalam youtube lagu clean up Barney. Lagi satu, boleh je kita sediakan ruang untuk messy play. Control permainan yang boleh menyebabkan kotor seperti playdough, water colour, kinetic sand. Gunakan ketika nak main bersama anak-anak dan sediakan ruang yang sesuai. Berikan masa untuk bermain bersama kita. Kita duduk sekali main dengan anak-anak. Lepas tu basuhlah sama-sama.
Belajar, belajar dan terus belajar. Bila belajar, nak duduk aje la kerjanya kan… bagi flashcard,bagi puzzle ABC numbers ,alif ba ta…duduk. Kalau anak bangun sebab tak nak belajar, anak kena marah. Lama-lama anak pun rasa stresnak belajar sebab asyik kena marah saja.
Apa la salahnya bagi anak main apa yang dia nak, lepas tu kita join la anak… sembang-sembang sambil bagi input colours, shapes, numbers, letters yang ada pada ketika dia bermain tu. Kalau salah, jangan dimarah. Apa yang kita expect? Nak anak pandai dengan sekali ajar je? Saya tak faham kenapa parents perlu ada expectation macam ni. Kita nak belajar sesuatu perkara baru pun memakan masa yang lama dan practice berkali-kali, apatah lagi anak-anak kita yang masih kecil. Adoi la……
Dengan perkara-perkara macam ni terjadi dalam kehidpan seharian, maka kita boleh expect, satu masa nanti, generasi pemalas akan muncul. Yang mana hanya tahu duduk, tak boleh terima beban kerja berlebihan, dan suka berlengah-lengah.
Kesihatan tulang belakang adalah asas kepada pergerakan harian dan kualiti hidup yang baik. Sebagai struktur utama tubuh, ia menyokong berat badan, melindungi saraf tunjang,...