Nak anak cerdik, pastikan anak cukup tidur, jangan pandang ringan keperluan yang satu ini. Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak. Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh!
Nak Anak Cerdik, Pastikan Anak Cukup Tidur, Jangan Pandang Ringan Keperluan Yang Satu Ini
Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari. Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur amat mustahak kepada perkembangan si manja. Jangan pandang ringan kepada keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka.
Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
LIMA SEBAB TIDUR PENTING UNTUK MEREKA
1.REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
Ads
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
BERAPA LAMA ANAK PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
Ads
AKIBAT KURANG TIDUR KEPADA SI MANJA
Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Semua ibu ayah nak anak ‘tip top’ perkembangannya tapi terlalu sibuk dengan urusan sendiri. Sebenarnya kunci utamanya ibu ayah kena rajin luang masa berkualiti dengan anak.
Berapa ramai daripada kita yang benar-benar meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak? Apa sebenarnya aktiviti yang kita buat dengan anak ketika itu? Pejam celik, pejam celik tau-tau si kecil dah semakin membesar dan mahu melangkah ke tadika pula.
Eh, pantasnya masa berlalu. Jangan biarkan masa pergi tanpa sempat kita bagi sesuatu yang berkualiti untuk perkembangan anak. Sudahlah usia 0-6 tahun adalah ‘usia emas’ yang mesti diberi banyak rangsangan positif.
Jom kita perbaiki peranan sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak-anak kita. Semoga dengan masa berkualiti yang kita luangkan dengan anak-anak hari ini akan dapat membuahkan hasil yang membanggakan kita satu hari nanti.
Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist), Puan Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan oleh ibu bapa mengenai masa berkualiti untuk anak-anak.
QUALITY-15: TIPS LUANGKAN MASA BERKUALITI UNTUK PANTAU DAN BANTU PERKEMBANGAN ANAK-ANAK.
Ramai pula yang bertanya saya apa itu Q-15?
Q-15 merujuk kepada “QUALITY-15” iaitu 15 minit masa berkualiti yang diluangkan kepada setiap anak, setiap hari.
PENGIRAAN MASA SEHARI
1 hari = 15 minit seorang anak.
Jika seorang anak:
15 minit sehari perlu diluangkan.
Jika 2 orang anak:
15 minit x 2orang
= 30 minit sehari perlu diluangkan untuk 2 orang anak dengan average seorang anak 15 minit masa fokus pada perkembangannya secara individual.
Jika 3 orang anak? Gandakan 3 dan seterusnya.
FLEKSIBILITI UNTUK IBU BAPA SIBUK
Anda boleh gantikan 15 minit hari ini ke esok.
Contoh:
Isnin tak sempat, Selasa luangkan 30 minit (seorang anak).
Jika pada hari bekerja anda tak sempat langsung, dan hanya boleh luangkan 1 hari setiap minggu (cth: Sabtu), kirakan begini:
15 minit x 7 hari: 105 minit (1 jam 45 minit) untuk seorang anak pada hari Sabtu.
Gandakan masa yang perlu diluangkan mengikut bilangan anak.
IBU ATAU BAPA PERLU LUANGKAN?
Anda boleh berbahagi aktiviti bersama ahli keluarga. Tapi, pastikan matlamat target perkembangan anak anda tercapai.
Biasanya aktiviti Q-15 akan dibahagikan kepada 3 tema penting:
Motor kasar
Motor halus
Kognitif/bahasa
Jadi, mungkin ibu ambil 5 minit motor halus, ayah ambil 5 minit motor kasar, dan kedua2 ambil 5 minit masa kognitif/bahasa dengan bercerita bersama pada anak sebelum tidur
Mudah sahaja sebenarnya.
PERLU PAKSA DIRI UNTUK PERUNTUKKAN MASA?
JANGAN PAKSA
Pastikan mood anda elok semasa mahu melakukan aktiviti Q-15.
Pastikan mood anak anda elok semasa mahu melakukan aktiviti Q-15.
Melakukan aktiviti dalam keadaan stress tidak akan membantu perkembangan anak anda.
Ibu bapa dianggap pembuli emosi dalam diam jika suka membezakan anak-anak. Adakah anda perasan?
Bila dah ada lebih dari dua anak, sebagai ibu bapa kita tak perasan yang sebenarnya kita ada sikap suka membandingkan. Nampak macam isu remeh. Namun impak sangat besar pada jiwa anak-anak.
Perlu diketahui anak yang umurnya 0 hingga 7 tahun, minda mereka menyerap semua apa yang di dengar dan di lihat. Kelakuan ibu bapa menjadi role model mereka.
Menurut Perunding Motivasi, Azura Hashim apabila ada sikap membanding-bandingkan umpama kita meremehkan keupayaan anak-anak dan secara tidak langsung menjadikan anak itu membesar sebagai seorang yang tidak berkeyakinan dan penuh dengan tekanan.
Lebih malang lagi, potensi anak-anak tidak di gilap sebaiknya disebabkan tidak yakin atas keupayaan diri mereka.
Jika diikutkan, membanding- bandingkan anak dikatakan antara salah satu cara ibu bapa membuli anak. Mungkin bagi ibu bapa niat sebenar bukan mahu memotivasikan anak dengan membanding, sebaliknya menjadikan anak mereka seorang yang reaktif.
Sebagai ibu bapa, kita yang harus proaktif. Tukar daripada pujian atau membanding anak kepada memuji Allah.
Contohnya:
Anak yang sulung rajin dan bijak belajar
Maka pujian untuknya yang secara tidak lansung memuji Allah :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang soleh, rajin dan bijak seperti Hadif ini
(Pujian untuk Allah indirect semangat pada anak. Pujian juga berbentuk general untuk memuji anak kita yang lain).
Saat anak lain pula yang tolong walaupun mungkin terpaksa, Puji yang sama :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang solehah seperti Umairah ini. Jadi tak nampak membanding-bandingkan.
Setiap manusia diberi potensi, kelebihan yang berbeza. Salah satu bukti menunjukkan bahawa Allah Ya Musowwir Yang Maha Kreatif.
Pujian anak melalui memuji Allah boleh memperkasakan kelebihan, menutup kelemahan agar termotivasi menjadi yang lebih baik.
Kita berusaha berikan didikan yang terbaik. Selebihnya, serahkan urusan anak- anak kepada Allah Ya Baari yang maha menguruskan.
Semoga, walau di bidang apa pun, mereka menjadi insan yang memberi manfaat dan cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya kalau ada mainan anak yang rosak, kita akan kutip semuanya dan terus dibuang. Sebabnya kita tak mahu terlalu banyak mainan yang dimpan dan akan buat rumah bersepah pula nanti. Jadi lebih baik lihat semula mainan yang ada, kalau rosak eloklah dibuang.
Menurut Terapis Pertuturan, Zuraida Shahime, sekiranya ada mainan yang rosak jangan terus dibuang. Sebenarnya menggunakan mainan tersebut, ibu ayah boleh ajarkan sesuatu kepada anak-anak.
Katanya lagi, ibu ayah boleh ajarkan tentang kesan dan akibat. Sebagai contoh, jika anak tak menjaga mainan mereka dengan baik ia boleh tercabut dan patah. Paling bagus, dengan mainan rosak ni ibu ayah boleh ajarkan perkataan baru dalam situasi yang natural seperti “Alamak, tercabut.”
Cara ini dapat mengajar anak tentang kehidupan pada masa akan datang dan tak semua perkara sempurna. Sekiranya mereka tak menjaga mainan, ia berkemungkinan rosak, hilang, tak boleh digunakan dan banyak lagi.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...