Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak. Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh!
Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari. Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur amat mustahak kepada perkembangan si manja. Jangan pandang ringan kepada keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka.
Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
5 SEBAB TIDUR PENTING UNTUK MEREKA
Ads
1.REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
Ads
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
BERAPA LAMA ANAK PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Ads
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
AKIBAT KURANG TIDUR KEPADA SI MANJA
Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya anak-anak kecil, lauk kegemaran adalah ayam dan jarang sekali jika mereka suka lauk kampung. Namun bagi Yana Samsudin, anak sulungnya, Aisy Mateen mempunyai minat yang berbeza kerana suka menikmati lauk kampung dan ulam.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Yana, 36, berkongsi gambar Aisy yang berusia 4 tahun sedang berselera menikmati lauk jantung pisang tumis kepada peminatnya.
Bukan itu saja, siap pakej dengan tauhu dang ikan goreng. Licin pula Aisy makan. Memang betul-betul berselera.
“Mommy rasa tersangat comel budak umur 4 tahun lebih makan lauk kampung..geram betul. Rasa nak cubit pipi tu.
“Nasib mommy ada geng suka lauk kampung! Yeay! Jemput makan semua,” tulis Yana di kapsyen gambar tersebut.
Di ruangan komen, wargamaya memberi pujian buat Mateen kerana tak semua anak-anak kecil suka lauk seperti itu. Malah ada yang memang susah nak makan nasi.
“Wah pandai la Mateen nie.”
“Hehee bagusnya kecik2 da pandai makan lauk kampung, pandai mateen.”
“Ye ke Yana…bucuk Mateen pandai mkn mknn kpg…budak bertuahhhh..”
“Wow lain maciam spiderman ni ek kak..reti n suke dia mkn tauhu kan”
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari, 37, ada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia 6 bulan.
Kredit: IG Yana Samsudin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.
Biasanya bila anak terlalu suka memberontak, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.