Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
Ads
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Ads
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
Ads
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
https://www.instagram.com/p/B18bxteHQ9P/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kenapalah anak saya ni buat perangai gini. Selalu sangat mengamuk. Aduhai..stress saya dibuatnya.”
“Dulu, asal tak nampak saya melalak kemain, sekarang macam-macam perangai yang mengeramkan saya. Mana taknya, mainan orang dia rebut, kongsi..emm jangan haraplah. Kadang tu tolak kawan. Geram betul saya. Dah cakap baik-baik tak nak dengar. Berbuih dah mulut ni pesan kat dia. Buat juga.”
“Orang kata jangan dibiarkan perangai macam ni. Nanti jadi budak degil. Tapi, kesian pula bila dah pukul. Tapi kalau tak buat gitu, menjadi-jadi plak perangainya.”
Dalam perkongsian oleh Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan, Ibu Rose sebelum ini umur 1 tahun 6 bulan macam ni tak boleh pukul atau hukum. Jadi apa nak dilakukan sebenarnya.
Baik, demi meredakan keresahan, biar Ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Anak jenis kerap menangis tanpa tahu puncanya kadang-kadang memeningkan kepala ibu bapa. Orang kata serba tak kena.
Namun jika keadaan ini tak dikawal, tidur anak pun pasti akan terganggu. Kalau tahu sakit, senang nak rawat. Ada beberapa sebab sebenarnya anak kecil menangis selain badannya tak sihat. Sama ada tak selesa dengan keadaan sekeliling, lampin penuh, nak susu atau tak selesa di bahagian perut.
Melalui perkongsian dari Ustaz Mujahidin al-Banjari dari Pusat Perubatan Islam al-Mujahidin, beliau ada berkongsikan cara membuat minyak bawang putih-lada hitam yang sesuai diamalkan untuk bayi yang kembung perut dan juga untuk individu yang mempunyai masalah angin dalam badan.
Cara Buat Minyak Bawang Putih-Lada Hitam
“Sejak akhir-akhir ini ramai pesakit datang mengalami masalah angin dalam badan (banyak angin dalam badan).
“Jika badan banyak angin disebabkan gangguan makhluk halus boleh cuba cara di bawah.”
“Cara ini cumalah ikhtiar saja. Semua atas izin Allah. Buat dengan yakin, ikhlas dan sabar. Insya-Allah pasti dipermudahkan Allah.”
Buat Cara Macam Ini :
1) Ambil salah satu minyak masak sama ada minyak kelapa atau minyak gamat. Letakkan dalam piring kecil.
2) Kemudian letakkan sedikit lada hitam ke dalam piring.
3) Selepas letak lada hitam letakkan bawang putih sedikit ke dalam minyak.
4) Selesai letak semua itu lalu baca :
Al fatihah – 3 x
Al ikhlas – 3 x
Bismillah 5 – 3 x
Selawat – 3 x
5. Selesai baca sapukan di perut anda.
Ini Yang Akan Berlaku, Jika Ada Gangguan
Jika ada gangguan dan banyak angin dalam badan, anda akan sendawa keluarkan angin. Sekiranya bayi anda kerap kembung perut buat seperti di atas sapukan pada perut baby dan tapak kaki baby.
InshaAllah izin Allah perut anak kecil anda tidak akan kembung lagi.
“Cara ini hanya sebagai ikhtiar sahaja, kesembuhan semua atas izin Allah.”
—————————————————————————————————–
27 Tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka, Santau Dan Sihir
Antara tanda-tanda tersebut adalah:
– Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
– Akan kerap sesak nafas sakit dada ulu hati
– Selalu rasa resah gelisah berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
– Seringkali sakit kepala, makan ubat tetap sakit
– Kerap kembung perut sedawa angin
– Asyik rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
– Kitaran haid tak normal
– Lambat mendapat zuriat
– Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami@isteri
– Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
– Ketika marah kerap meminta cerai
– Tidak suka tidur bersama
– Nafsu tiada terhadap suami@Isteri
– Tercium bau badan busuk hanyir, nafas berbau pada tubuh suami@isteri
– Suka bersendiri di dalam bilik
– Tidak suka tempat-tempat yang bising
– Sukar tidur malam
– Mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi yang kerap
– Alami mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang kerap.
– Kerapkali mimpi pasangan kita curang
– Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
– Kerap bermimpi tempat kotor busuk
– Kerap terbau kemenyan, colok malah setanggi
– Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal
– Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
– Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
– Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain
Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.
Moga info di atas bermanfaat pada mereka yang memerlukan.
Semua ibu ayah mesti sentiasa mendoakan agar anak-anak mempunyai daya ingatan yang kuat terutama yang sudah masuk ke sekolah. Daya fokus dan ingatan yang kuat membantu anak untuk mudah belajar.
Selain daripada mengamalkan makanan yang boleh menguatkan daya ingatan anak-anak seperti makan kismis, kurma, madu, ikan salmon, telur, kekacang, susu dan yogurt, kita sering disarankan supaya rajin merangsang otak anak.
Rangsangan otak anak melalui aktiviti tertentu juga mampu meningkatkan daya ingatan serta tumpuan anak. Antara aktiviti yang disarankan seperti menari, belajar seni mempertahankan diri, belajar bermain bola dan berenang. Ini kerana aktviti ini membantu untuk meningkatkan fungsi frontal lobe otak.
Frontal lobe bukan setakat kawal emosi, ia juga membantu mengawal pengurusan, membuat keputusan dan memori.
Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti, ada amalan yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk menguatkan daya ingatan anak seperti dikongsi oleh seorang ayah, Mahadi Abdullah dalam videonya.
Semoga dapatlah kita memanfaatkan perkongsian beliau yang diperolehi dari seorang ustaz di sebuah sekolah tahfiz di Senggarang, Batu Pahat Johor.
Menurutnya, dia ada bertanyakan kepada ustaz tersebut apakah amalan yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk bagi anak kita kuat daya ingatan. Jadi inilah yang dikongsikan oleh ustaz tersebut.
Amalan ini elok diamalkan selepas waktu solat dan ajak anak-anak untuk buat sama-sama.
1. Angkat tapak tangan kanan
2. Sebut Ya Qowi yang bermaksud Yang Maha Kuat
3. Kalau boleh baca 11 kali
4. Selepas itu jangan lepaskan tangan dulu tapi berdoalah kepada Allah
“Ya Alllah Ya Tuhanku kuatkan daya ingatanku, kuatkan daya fokusku, kuatkan hafazanku supaya mudah hafal al-Quran, kuatkan daya ketahanan tubuh badanku, kuatkan iman dan takwaku.
5. Selepas itu usap muka dan sebut Amin…
Semoga ibu ayah semua dapat mengamalkan amalan ini dalam usaha membantu anak mempunyai daya ingatan yang kuat dan dipermudahkan belajar terutamanya menghafal al-Quran agar menjadi hamba Allah yang taat serta berjaya dunia akhirat.
Sumber: Brainiq Khalifah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.