Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa. Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai-nilai positif dlam diri anak. Jika silap tunjuk ajar dalam mendidik, ia akan memberi kesan kepada sikap anak-anak.
Melalui temubual disebuah majlis ilmu baru-baru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sedia berkongsi rahsia dalam mendidik anak-anak. Antara yang dinyatakan adalah mengenai kuasa sentuhan. Selanjutnya ikuti perkongsian ini. Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Ustazah melihat hari ini adalah dunia gajet. Ia bermaksud, ada segelintir ibu asyik menyentuh gajet. Jari jemarinya dengan dunia media sosial seperti twitter, instagram, facebook dan pelbagai lagi. Tetapi lupa nak menyentuh anak. Asyik menyentuh telefon. Oleh sebab itu, Ustazah selalu berpesan kepada anak-anak dan menantu-menantu ustazah,apabila anak-ana nak tidur , sentuh, bercakap dan peluk anak.
Jadi apabila anak-anak membesar dalam keadaan mata mereka menilai ibu dan ayah yang jarang menyentuh mereka tetapi asyik dengan menyentuh gajet. Akibatnya ia akan membuatkan anak sukar mendengar cakap ibu dan ayah. Jadi jika kita hendak anak-anak mendengar cakap, kita kena banyak menyentuh mereka.
Kuasa sentuhan
Ingat tak kepada peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Baginda gementar apabila Malaikat Jibrail menyuruhnya membaca Lantaran itu, Jibrail memeluk NNabi Muhammad SAW untuk memberi semangat.
Jadi ini bermakna sentuhan secara pelukan itu memberi semangat. Berikan pelukkan itu kepada anak-anak kita. Kita kena banyak menyentuh dan membelai. Ini kerana sentuhan itu sangat penting.
- Sentuhan itu membahagiakan kerana apabila anak menangis, ibu akan memeluk dan anak akan berasa tenang.
- Sentuhan dengan limpahan kasih sayang. Nabi Muhammad SAW selalu memeluk dan sentuh cucu-cucunya. Perbuatan baginda telah mendapat perhatian seorang sahabat yang tidak pernah memeluk anaknya seramai 10 orang. Maka Baginda bersabda bermaksud,”barang siapa yang tidak mengasihi, mereka tidak akan dikasihi. Justeru, apabila anda inginkan anak sayangi dan dengar cakap, ibu bapa harus rajin memeluk dan menyentuh anak.
- Sentuhan adalah rahmat Allah, mendapat pahala dan kekuatan emosi. Sentuhan ini akan memberi kekuatan emosi kepada anak yang dapat mengelak anak memberontak.
Yang pasti, dengan kuasa sentuhan ini, kita berharap anak menjadi seorang yang patuh kepada ibu bapa, menjadi anak soleh dan solehah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI