Kebanyakan ibu bapa ak anak hafal al-quran dari kecil, ibu ayah kena gigih. Cuba fahami buat 5 tip penting yang dikongsikan ibu ini.
Puan Lina Karim dari Islamic Parenting Network yang mempunyai pengalaman mendidik dua orang anak yang sedang menghafal sejak bayi hingga dia sendiri berjaya membangunkan teknik hafalan DarwishDarwisya berkongsi info mengenai teknik hafalan Al-Quran.
#1: UMUR ANAK LIMA BULAN SUDAH BOLEH MULA DEDAHKAN DENGAN AUDIO
Menurut Lina, Al-Quran sepatutnya diperkenalkan seawal si manja berusia lima bulan di dalam kandungan melalui alunan bacaan ayat suci oleh ibu bapa atau audio yang dipasang.
Dengan asas ini, maka akan lebih mudah bagi mereka untuk membaca Al-Quran dan seterusnya ke peringkat menghafal. Lebih mudah sekiranya si manja sudah boleh bercakap. Paling mustahak ialah niat ibu bapa itu sendiri. Lakukanlah demi untuk mencari reda Allah dan bukan kerana kepentingan duniawi.
#2: PILIH WAKTU MENGHAFAL SEMASA FIKIRAN & BADAN ANAK MASIH SEGAR
Menurut Lina, tiada waktu khusus untuk mengaji dan menghafal. “Pilihlah waktu yang mana mereka tidak penat secara fizikal atau mental untuk mendapatkan hasil optimum. Hanya kita sahaja yang tahu waktu istimewa itu dalam kehidupan seharian anak kita. Bagi saya dan anak, waktu pagi adalah waktu yang sesuai kerana fikiran dan badan masih segar.
Ads
“Saya juga menyarankan wujudkan rutin anak bangun pada awal pagi walaupun pada hari Sabtu dan Ahad. Saya selalu dengar ibu bapa yang memberi kelonggaran untuk bangun lewat ketika anak bercuti dari sekolah. Inilah yang akan menggagalkan usaha kita mendidik mereka dengan rutin yang baik. Kita sendiri yang menggagalkannya. Jadi, saya harap ia adalah rutin ketika ibu sedang hamil hinggalah anak itu dilahirkan nanti.” kata Lina.
#3: 4 TIP PEMAKANAN SUPAYA NAK ANAK MUDAH HAFAL
Pemakanan banyak mempengaruhi diri si manja.
Sudah tentu makanan yang halal dan toyyiban menjadi sumber nutrien dan mineral untuk anak-anak.
Kurangkan pengambilan gula atau karbohidrat berproses jika kita mahu anak kita lebih tenang dan mudah mendengar kata.
Banyakkan minum air kosong.
Ambil kekacang, kismis dan kurma sebagai snek utama.
#4: SUASANA TENANG & PENUH KASIH SAYANG ITU ASAS PENTING
Ads
Suasana sekeliling akan mempengaruhi si manja dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini.
Ibu bapa perlu cuba cipta persekitaran rumah yang tenang dan penuh kasih sayang. Suasana saling ingat mengingat antara satu sama lain akan cinta pada Allah dan Rasulullah.
#5: BIARKAN BACAAN AL-QURAN SENTIASA KEDENGARAN
Biar alunan Al-Quran sentiasa kedengaran. Dengan keadaan ini, si manja akan terarah kepada perkara yang baik. Mereka akan terbiasa dengan alunan Al-Quran dan akan berasa sunyi tanpanya.
Ads
Info: Teknik hafalan DarwishDarwisya bermula bayi dengan teknik menggunakan kad imbasan. Memperkenalkan huruf pada umur bayi enam bulan akan memberi hasil pada umur mereka satu tahun lebih. Seterusnya belajar untuk membaca. Hafalan pada kanak-kanak adalah mudah, membaca adakah sukar bagi mereka.
KANAK-KANAK HAFAL AL-QURAN MUDAH MENGINGATI & MEMBACA
Hafalan Al-Quran menjadikan minda si manja tajam dalam menerima pelajaran dan tarbiah daripada ibu bapa. Hal ini diakui oleh Lina sendiri menerusi pemerhatian kepada anak-anaknya sendiri yang sedang dalam proses menghafal.
“Ya sudah tentu. Menghafal adalah kemahiran mengingat. Kemahiran penstoran dan penyimpanan data di dalam otak kita. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang menghafal ini mempunyai kemahiran photographic memory. Hal ini kerana mereka membacanya berulang sehingga muka surat yang dibaca itu terbayang-bayang di dalam minda. Mereka tahu ayat apa di atas atau di bawah atau muka surat surah.
“Saya sendiri dapat melihat peningkatan kemahiran anak saya pada umur tiga tahun. Keupayaannya menghafal tiga baris ayat (surah Al Kauthar), memerlukan masa seminggu. Tetapi pada umur tujuh tahun, dia boleh menghafal 15 baris (satu muka surat) dalam masa satu hari sahaja.
“Pada pendapat saya kemahiran ini adalah tidak biasa pada kanak-kanak berumur tujuh tahun. Malah orang dewasa pun tidak boleh mencapai tahap ini tanpa latihan yang berperingkat sebelum itu.” kata Lina yang turut memberi didikan homeschooling kepada anak keduanya.
Ujarnya, kemahiran membaca anak-anaknya dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada usia yang kecil mungkin dibantu faktor penguasaan konsep ketika belajar membaca Al-Quran. Anak-anaknya belajar membaca 80% dengan sendiri tanpa perlu diajar.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak.
Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan anak termasuk bermain bersama-sama membantu si kecil menjadi lebih seronok dan belajar banyak perkara.
Lebih menyeronokkan sekiranya ibu dan ayah boleh merealisasikan impian anak mempunyai dapur mainan sendiri. Tak semua orang mampu membelikan anak dapur mainan yang lengkap kerana harganya boleh tahan mahal sehingga mencecah ratusan ringgit.
Kreativiti yang ditunjukkan oleh Puan Hafizah Nordin dan suaminya dalam menyediakan kelengkapan dapur mainan untuk anak-anak perempuan mereka boleh dicontohi oleh ibu bapa lain.
Pretend play di dapur mainan yang seolah-olah sama seperti dapur sebenar sudah tentu membantu anak-anaknya menjadi kreatif dan otak mereka berkembang dengan baik kerana dapat belajar sambil bermain.
DIY DAPUR MAINAN ANAK *MODAL RM50* murah janji anak seronok main BARANG BELI DARI KEDAI ECO RM2
1. WALLPAPER 5 ROLL 2. PERIUK KUALI KECIK2 3. BEKAS PLASTIK PINK 4. PAIP PLASTIK 5. SINKI PUN GUNA MANGKUK STAINLESS STEEL BELI KT ECO 6. BAKUL PLASTIK PUTIH BUAT MESIN BASUH 7. PENYANGKUT LEKAT DINDING 8. LAPIK KAKI ECO
*LAIN2 BARANG DAH MEMANG ADE KT RUMAH* – KOTAK BELI STOK LAMPIN ANAK ( KOTAK AP2-APA PUN BOLEH) – MAINAN MASAK2 ANAK kumpul balik semua yang bersepah – MASKING TAPE – GAM
Cara buat kotak kabinet mainan
Mesin basuh mainan
Kabinet dapur mainan
Peti sejuk mainan
Sinki & Oven mainan
Seronoknya anak-anak boleh main masak-masak dengan dapur mainan sendiri. Tak kacau dah dapur ibu kan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sifat kucing yang manja, comel jadi tarikan anak-anak kecil untuk mendekatinya. Bahkan orang dewasa pun akan suka dan ada yang membelanya sebagai peneman di rumah.
Bagaimanapun, kucing yang tak dijaga dengan elok, mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah individu yang antibodinya lemah ataupun yang alergik.
Perkongsian dari Puan Anna Yusof baru-baru ini mengenai kes anaknya yang alergik dengan kucing selepas bermain dengan haiwan manja itu perlu dijadikan pengajaran bersama.
Maksud Puan Anna dia bukan nak benci haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu tetapi peringatan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sensitif supaya lebih berjaga-jaga.
Kali Pertama Kena Demam, Merengek
Pertama kali Muhammad Hanif Iman kena jangkitan kuman kucing ini pada Mac lalu. Masa tu kami ke rumah sepupu suami. Dia main dengan kucing jiran sepupu suami.
Balik ke rumah dia demam. Keluar biji air macam kena minyak panas. Apabila biji tu pecah terus jadi kudis besar. Masa tu memang dia merengek dan menangis je.
Masa tu memang tak tahu kena jangkitan dari kucing, Bawa ke klinik doktor tanya ada main dengan kucing ke? Ini sebab terkena jangkitan kuman dari kucing.
Kali Kedua Kena Di Bahagian Perut
Sekali lagi Muhammad Hanif Iman kena kuman dari kucing. Sebelum ini pernah kena sekali.
Pergi klinik, jumpa doktor. Doktor terus cakap, “Ada main kucing la ni”. Mula-mula timbul macam biji air besar. Then bila biji air itu pecah, terus jadi besar macam ni.
Kucing-kucing yang dia main bukan kucing liar, semuanya kucing yang dibela. Kali ini kucing di rumah Tok Wan dia. Padahal kucing itu sentiasa dimandikan, dijaga, cuma mungkin tak dicucuk vaksin.
Selepas ini, sesiapa yang bela kucing, bawalah kucing ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan terkena kuman dari kucing. Selepas ini, memang ibu akan kuarantin Iman dari main kucing sebab kasihan tengok dia merengek kata sakit.
Untuk makluman, selepas anak-anak main kucing, memang saya terus mandikan anak sebab anak kedua dan ayahnya semput serta alergik pada bulu haiwan. Tetapi setiap kali main kucing, memang Iman saja yang akan kena macam ini. Nasib dia tidak berapa nak baik agaknya.
“Stresnya anak lambat cakap. Lepas tu anak tak sebut balik perkataan yang diajar. Kita nak dia cepat pandai cakap,” beritahu ibu kepada Speech Therapist yang merawat anaknya.
Masalah anak lambat bercakap memang merisaukan ibu ayah.
Rakan sebaya lain dah petah bercakap tapi anak masih belum mahu bercakap sampai kena bawa jumpa Speech Therapist.
Menurut Iffah Rashida seorang Speech & Language Therapist ibu ayah kena faham perbezaan tahap komunikasi setiap kanak-kanak.
Ramai yang tanya.. Anak saya tak sebut balik selepas saya bagitahu perkataan tu.. macam mana yea?
Kanak-kanak ada communication style (atau interaction style) mereka sendiri
Rujukan from Hanen, ada 4 stail komunikasi kanak-kanak
Secara ringkasnya: 1) social
– jenis yg akan mulakan dulu dan senang nak berikan respon semula
2) reluctant
– akan memberi respon tetapi akan kurang memulakan satu interaksi (orang mula cakap, baru dia respon, tapi kadang-kadang respon itu tidak verbal, hanya gunakan gerak badan atau ekspresi muka)
3) passive
– tak mulakan, tak respon
4) own agenda
– random ikut suka dia
Jadi macam mana nk galakkan anak memberi respon? Especially untuk reluctant, passive and own agenda style.
Cuba guna teknik ini.
1) bercakap pada paras mata anak
2) tunggu dengan sengaja – lepas cakap satu perkataan/ayat tu, lean forward dekatkan muka dan badan ke arah anak (supaya dia tahu anda menunggu respon darinya)
3)semasa tunggu tu, kira 1-10 dalam hati, beri masa untuk anak dengar dan proses apa dia dengar.
4) SABAR, elakkan memaksa anak “cakaplah, sebutlah, adik sebut, adik ikut” – jujurnya siapa suka dipaksa untuk bercakap semasa sedang berinteraksi?
5) pastikan bila sebut perkataan atau ayat yang ditarget tu jelas dan dengan pace yang perlahan.
6) apabila anak tak ready nak sebut, its OK. Bukannya dia tak dengar, he/she just needed more time and courage to say it.
Just ulang semula
Seorang ibu ada praktis teknik ini dengan saya minggu lepas, dia tak puas hati anak memberi respon kepada saya dan tidak kepada dia.
Dia rasa sangat susah nak apply walaupun teknik ini nampak mudah, saya minta juga dia praktis dalam sesi, jgn give up!
After 5 trials dia cuba, anak dia respon dan nampak kelegaan apabila dia berjaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.