Kebanyakan ibu bapa ak anak hafal al-quran dari kecil, ibu ayah kena gigih. Cuba fahami buat 5 tip penting yang dikongsikan ibu ini.

Puan Lina Karim dari Islamic Parenting Network yang mempunyai pengalaman mendidik dua orang anak yang sedang menghafal sejak bayi hingga dia sendiri berjaya membangunkan teknik hafalan DarwishDarwisya berkongsi info mengenai teknik hafalan Al-Quran.

Nak Anak Hafal Al-Quran Dari Kecil, Ibu Ayah Kena Usaha Buat 5 Tip Penting Ini

#1: UMUR ANAK LIMA BULAN SUDAH BOLEH MULA DEDAHKAN DENGAN AUDIO

Menurut Lina, Al-Quran sepatutnya diperkenalkan seawal si manja berusia lima bulan di dalam kandungan melalui alunan bacaan ayat suci oleh ibu bapa atau audio yang dipasang.

Dengan asas ini, maka akan lebih mudah bagi mereka untuk membaca Al-Quran dan seterusnya ke peringkat menghafal. Lebih mudah sekiranya si manja sudah boleh bercakap. Paling mustahak ialah niat ibu bapa itu sendiri. Lakukanlah demi untuk mencari reda Allah dan bukan kerana kepentingan duniawi.

 

#2: PILIH WAKTU  MENGHAFAL SEMASA FIKIRAN & BADAN ANAK MASIH SEGAR

Menurut Lina, tiada waktu khusus untuk mengaji dan menghafal. “Pilihlah waktu yang mana mereka tidak penat secara fizikal atau mental untuk mendapatkan hasil optimum. Hanya kita sahaja yang tahu waktu istimewa itu dalam kehidupan seharian anak kita. Bagi saya dan anak, waktu pagi adalah waktu yang sesuai kerana fikiran dan badan masih segar.

IKLAN

Saya juga menyarankan wujudkan rutin anak bangun pada awal pagi walaupun pada hari Sabtu dan Ahad. Saya selalu dengar ibu bapa yang memberi kelonggaran untuk bangun lewat ketika anak bercuti dari sekolah. Inilah yang akan menggagalkan usaha kita mendidik mereka dengan rutin yang baik. Kita sendiri yang menggagalkannya. Jadi, saya harap ia adalah rutin ketika ibu sedang hamil hinggalah anak itu dilahirkan nanti.” kata Lina.

Nak Anak Hafal Al-Quran Dari Kecil, Ibu Ayah Kena Usaha Buat 5 Tip Penting Ini

 #3: 4 TIP PEMAKANAN SUPAYA NAK ANAK MUDAH HAFAL

Pemakanan banyak mempengaruhi diri si manja.

  • Sudah tentu makanan yang halal dan toyyiban menjadi sumber nutrien dan mineral untuk anak-anak.
  • Kurangkan pengambilan gula atau karbohidrat berproses jika kita mahu anak kita lebih tenang dan mudah mendengar kata.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Ambil kekacang, kismis dan kurma sebagai snek utama.

#4: SUASANA TENANG & PENUH KASIH SAYANG ITU ASAS PENTING

IKLAN

Suasana sekeliling akan mempengaruhi si manja dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini.

Ibu bapa perlu cuba cipta persekitaran rumah yang tenang dan penuh kasih sayang. Suasana saling ingat mengingat antara satu sama lain akan cinta pada Allah dan Rasulullah.

Nak Anak Hafal Al-Quran Dari Kecil, Ibu Ayah Kena Usaha Buat 5 Tip Penting Ini

#5: BIARKAN BACAAN AL-QURAN SENTIASA KEDENGARAN

Biar alunan Al-Quran sentiasa kedengaran. Dengan keadaan ini, si manja akan terarah kepada perkara yang baik. Mereka akan terbiasa dengan alunan Al-Quran dan akan berasa sunyi tanpanya.

IKLAN

Info: Teknik hafalan DarwishDarwisya bermula bayi dengan teknik menggunakan kad imbasan. Memperkenalkan huruf pada umur bayi enam bulan akan memberi hasil pada umur mereka satu tahun lebih. Seterusnya belajar untuk membaca. Hafalan pada kanak-kanak adalah mudah, membaca adakah sukar bagi mereka.

KANAK-KANAK HAFAL AL-QURAN MUDAH MENGINGATI & MEMBACA

Hafalan Al-Quran menjadikan minda si manja tajam dalam menerima pelajaran dan tarbiah daripada ibu bapa. Hal ini diakui oleh Lina sendiri menerusi pemerhatian kepada anak-anaknya sendiri yang sedang dalam proses menghafal.

“Ya sudah tentu. Menghafal adalah kemahiran mengingat. Kemahiran penstoran dan penyimpanan data di dalam otak kita. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang menghafal ini mempunyai kemahiran photographic memory. Hal ini kerana mereka membacanya berulang sehingga muka surat yang dibaca itu terbayang-bayang di dalam minda. Mereka tahu ayat apa di atas atau di bawah atau muka surat surah.

“Saya sendiri dapat melihat peningkatan kemahiran anak saya pada umur tiga tahun. Keupayaannya menghafal tiga baris ayat (surah Al Kauthar), memerlukan masa seminggu. Tetapi pada umur tujuh tahun, dia boleh menghafal 15 baris (satu muka surat) dalam masa satu hari sahaja.

“Pada pendapat saya kemahiran ini adalah tidak biasa pada kanak-kanak berumur tujuh tahun. Malah orang dewasa pun tidak boleh mencapai tahap ini tanpa latihan yang berperingkat sebelum itu.” kata Lina yang turut memberi didikan homeschooling kepada anak keduanya.

Ujarnya, kemahiran membaca anak-anaknya dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada usia yang kecil mungkin dibantu faktor penguasaan konsep ketika belajar membaca Al-Quran. Anak-anaknya belajar membaca 80% dengan sendiri tanpa perlu diajar.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI