Kita nak anak-anak hormat kita sebagai ibu ayah tapi masih lagi layan mereka macam raja. Ikut semua cakap anak sampaikan anak susah nak dengar cakap ibu ayah.

Kadang-kala kita jadi geram dengan perangai anak yang masih kecil tapi cukup bijak memerintah ibu atau ayah hendak macam-macam. Kita terlupa sebenarnya kitalah yang mengajar mereka sedemikian tanpa sedar.

Perkongsian daripada seorang ibu, Nazz Nazihah ini mungkin boleh membuka mata kita supaya tidak terlalu ‘memuakan’ anak dengan macam-macam pilihan sampaikan mereka menjadi mengada-ngada dan tak hormat pada ibu ayah.

Nak Anak Hormat Kita, Jangan Layan Mereka Macam Raja. Pastikan Anak Dengar Cakap Ibu Ayah!

ANAK JADI SUKA MEMBENTAK

Dulu selalu tanya anak, “nak makan apa? Nasik nak? Ke nak Roti?”. Sampai lah satu hari saya tengah membeli cendawan kat gerai, terdengar seorang ayah cakap pada anaknya “nak x cendawan?”. Anaknya geleng.

IKLAN

Ayahnya tanya lagi, “kenapa tak nak? Kakak suka cendawan.” Anaknya membentak, taknak! Muka mencuka bila ayah tanya soalan sama dua kali. Saya terkesima sebab saya selalu tanya soalan yang sama pada anak.

Mak pernah sound saya, mak cakap, “you are the mother or he is the mother? He must listen to you,”.

Tapi masa mak sound tu saya blur, apa masalahnya kalau saya tanya anak nak makan apa. “Mari makan nasi.” Itu skema bahasanya cakap dengan anak. Mak kata. Kita yang menentukan dia makan apa kata mak.

Nak Anak Hormat Kita, Jangan Layan Mereka Macam Raja. Pastikan Anak Dengar Cakap Ibu Ayah!

IKLAN

Kita bukan hamba anak. Huhu. Dan sekarang ni Bilal dah mula paham, dia kena makan apa mak dia suruh makan. Ada benda kita kena tegas dengan anak, ada benda adalah pilihan mereka, eat this or no food. Learn how to syukur.

You know how hard my feeling when he says “Tak sedap lah susu ni. One more scoop mama,” He orders me like a boss, pandai mengomen ini  tak sedap, itu tak sedap. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku.

“You drink it or you put it inside the fridge. I am not going to add susu dah.”

IKLAN

“Ni tak sedap mama, rasa air masak je ni,”

“Bersyukurlah, ada orang takde rezeki nak minum susu,” then I blahh….huhu. I cannot go further with this kind of argument. When he keeps telling me, I buat pekak saja. Luckily he either drink it or he keep it inside the fridge. Dia dah mula paham mak dia.

Namun semua tu setelah saya menyaksikan sendiri how rude anak yang treated like a king. Saya mula belajar bertegas, walaupun peringkat awal dulu dia mendesak-desak kerana mula-mula saya ikut je kata dia. Tapi akhirnya dia tahu, segalanya ada batas namun proses itu sungguh menggugah emosi seorang ibu yang adakalanya begitu fragile.

Sumber: Nazz Nazihah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI