Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan dengar cakap ibu bapa. Semakin hari semakin besar cabaran ibu bapa hari ini untuk mendidik anak-anak. Zaman anak-anak membesar dengan gajet dan segala macam teknologi yang banyak mendedahkan mereka kepada perkara negatif jika di salahgunakan.
Pendidikan anak adalah perkara yang sangat penting di dalam Islam. Di dalam al-Quran Allah SWT menceritakan cara Luqman Hakim mendidik anaknya sebagai panduan untuk semua. Bahkan Rasulullah s.a.w turut berpesan kepada umatnya dalam hadis-hadis baginda tentang cara mendidik anak mengikut ajaran Islam.
1. Ajar tauhid dan aqidah pada anak
Sematkan dalam hati anak-anak tentang kewujudan Allah. Sejak dari kecil biasakan mereka tahu siapa pencipta mereka, siapa mencipta alam ini dan segala makhluk-makhluk yang ada di sekeliling mereka.
Biarpun mula-mula anak mesti keliru dan tak faham siapa Allah tapi dengan cara memberi penerangan yang mudah, insyaAllah si kecil akan faham. Bila anak tahu kewujudan Allah, dosa dan pahala kalau berbuat jahat dan baik maka mereka akan berlumba-lumba untuk buat baik kerana mahu masuk ke dalam syurga. Sentiasa ingatkan untuk meminta pertolongan hanya dari Allah.
Sementara dalam hadis Nabi s.a.w ada disebutkan yang bermaksud
Rasulullah s.a.w bertanya kepada seorang budak perempuan, “Di mana Allah?”. Budak tersebut menjawab “Allah di langit”. Baginda bertanya pula, “Siapa aku?” Budak itu menjawab, “Engkau Rasulullah”. Rasulullah kemudian bersabda, “Bebaskan dia, kerana sesungguhnya dia adalah wanita mukminah”. (HR Muslim dan Abu Daud).
2. Ajar anak mengerjakan ibadah
Sejak kecil lagi ajar anak bagaimana cara mengerjakan ibadah dengan betul seperti diajar oleh Rasulullah s.a.w. Mulakan dari cara bersuci, solat, puasa dan lain-lain ibadah.
Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (HR.Al-Bukhari).
“Ajarlah anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia 10 tahun (jika enggan bersolat).”
Bila mereka sudah biasa menjaga ketertiban dalam bersolat, ajaklah mereka untuk bersolat jemaah di masjid. Dengan melatih anak sejak kecil maka Insya-Allah bila besar mereka sudah terbiasa dengan ibadah-ibadah tersebut.
3. Ajar anak baca al-Quran, hadis, doa dan zikir yang mudah
Mulakan dengan surah Al-Fatihah dan surah-surah yang pendek serta doa tahiyat untuk solat. Jika boleh digalakkan menyediakan guru khusus bagi mereka mengajar tajwid, menghafal al-Quran serta hadis. Begitu juga dengan doa dan zikir harian. Sejak usia kecil lagi biasakan anak dengan amalan doa-doa harian seperti doa makan, naik kenderaan, masuk tandas, tidur supaya perlahan-lahan mereka boleh menghafalnya dan menjadikan satu amalan.
4. Didik anak dengan adab dan akhlak yang mulia
Ajarlah anak dengan berbagai adab Islami seperti makan dengan tangan kanan, minum air mesti duduk, membaca Bismillah sebelum makan dan minum, menjaga kebersihan, mengucapkan salam dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan akhlak. Tanamkan dalam diri mereka akhlak-akhlak mulia seperti berkata dan bersikap jujur, menolong ibu ayah, menghormati orang yang lebih tua, sayang kepada yang lebih muda, tidak kedekut dan macam-macam lagi.
5. Larang anak dari melakukan perbuatan yang diharamkan
Anda mestilah kerap mengingatkan anak supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak baik dan diharamkan dalam Islam seperti mencuri, mengambil hak orang lain, berjudi, minum arak, melawan ibu bapa dan lain-lain lagi.
6. Tanamkan sifat jihad dan keberanian dalam diri anak
Kerap bacakan anak kisah-kisah kehebatan dan keberanian Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dalam peperangan untuk menegakkan Islam supaya mereka mengetahui baginda dan sahabat-sahabatnya adalah hero yang berani dan patut disanjung dan dikagumi. Bukannya watak superhero kartun ciptaan manusia yang sering ditayang di televisyen. Tanamkan juga dalam diri anak-anak untuk cinta dan sayangkan agama Allah dan keinginan untuk memperjuangkan Islam serta tidak takut untuk berjihad di jalan Allah. Didik juga anak supaya berani melakukan amal ma’ruf nahi munkar, dan tidak takut kepada perkara yang tidak benar melainkan hanya kepada Allah. Jangan menakut-nakutkan anak dengan cerita-cerita bohong, seram, hantu, binatang tertentu dan tempat gelap. Sebaliknya hanya katakan pada mereka takut itu hanya kepada Allah SWT sahaja.
7. Biasakan anak dengan pakaian yang patuh syariah
Biarpun anak masih kecil tapi biasakan mereka memakai pakaian yang sesuai mengikut jantina masing-masing. Jangan biasakan anak memakai pakaian yang ketat dan menunjukkan aurat keterlaluan walaupun anak kecil belum baligh dan tidak wajib menutup aurat lagi.
Demikianlah beberapa ajaran dari Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak. Semoga kita sebagai orang tua dapat merealisasikannya dalam mendidik anak-anak. Dalam proses mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, hendaklah ibu ayah selalu bersabar, tak jemu menasihat dan mengingatkan anak dengan lembut dan penuh kasih sayang. Jangan menengking dan memaki hamun mereka sekiranya ada yang membuat kesilapan sebaliknya penting untuk memberi tunjuk ajar dan membetulkannya. Semoga usaha kita diredai oleh Allah SWT.
Sumber: anakmuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daripada Kurung Anak Dalam Rumah Baiklah Bawa Anak Main Di Luar. Sekurangnya Banyak Benda Boleh Belajar
Bawalah anak ke play ground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak-anak.
Malah kita sendiri pun semasa kecil membesar di play ground. Boleh ingat lagi tak, almost everyday kan kita main dekat play ground?
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Liyana Raya di play ground la otot dan sendi kita dirangsang. Sebab itu kita jadi kuat. Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest, back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita untuk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata!
Kenapa jadi macam ni? Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.
Play ground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Kanak-kanak perlu bergerak. Kita dulu memang boleh duduk diam eh? Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?
No point bagi anak duduk diam. Sebab kalau anak duduk diam, ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni. Disebabkan kita nak anak duduk diam, hasilnya kita dapati:
– Anak akan sukar fokus
– Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas
– Anak kurang keyakinan diri
– Anak tidak boleh mengawal emosi
Sebab dengan adanya playground, anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan.
– Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak!
– Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.
Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah:
– We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh, takut anak itu ini… sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon!
HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance untuk mereka memanjat di mana, pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana…… so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides, jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dengan jatuh dan menahan sakit, maka anak kita semakin kebal jadinya.
– Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit, kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat, duduklah rumah…. dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kadang-kadang kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yang membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda-benda seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan, itulah yang kita dapat.
– Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap… change your mind and words. Daripada cakap jatuh, lebih baik pergi tolong anak dan bantunya macam mana nak elak daripada jatuh.
Kita,kalau orang tengah kacau kita berseronok, kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini.
“Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yang anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama macam kita, bukan robot nak diarahkan itu ini.
Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa… tapi tulah kan, setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground, krik krik krik aje….. anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama macam kita dulu-dulu. Sebab anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan seperti ini namun kerana stage of play anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.
Sumber: Liyana Raya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yusuf Is Kandar” Telatah Comel Yusuf Sebut Nama Sendiri Buat Ramai Terhibur. Cutenya!
Yusuf Iskandar memang bijak dan selalu tampil dengan aksi-aksi comel. Makin petah rupa-rupanya Yusuf, dia sudah pandai menyebut namanya sendiri.
Hairul telah berkongsi beberapa momen dia bersama Yusuf dan Hanis ketika mengerjakan umrah. Antaranya ialah video Yusuf memberikan sedekah kepada kanak-kanak dan para jemaah dan meminum air zam zam.
MOMEN YUSUF KETIKA MENUNAIKAN UMRAH
View this post on InstagramMekah Memories. Alhamdulillah kami dah selamat pulang ke tanah air
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
YUSUF BERSIAP-SIAP UNTUK KE MASJID BERSAMA DADDY
View this post on InstagramBila Yusuf tengok Daddy dah ready nak gi masjid / Backpack from @happikiddo_
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
YUSUF INGAT NAMA DIA KANDAR
Antara video yang mencuit hati ialah yang memaparkan Yusuf menyebut namanya sendiri. Kata Yusuf, “Yusuf Is Kandar” kerana menterjemah ‘Is’ pada pangkal nama keduanya itu sebagai ialah.
hairulazreen @theyusufiskandar ingat nama dia hanya KANDAR sebab
is = ialah ?
View this post on Instagram@theyusufiskandar ingat nama dia hanya KANDAR sebab is = ialah ?
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Kata Yusuf, Daddy is Hairul, Mommy is Hanis. Manakala Yusuf is Kandar.
Aksi comel Yusuf mencuit hati netizen. Ramai yang mengakui menonton video ini berulang kali hingga video ini mencapai hampir 300 ribu tontonan dalam masa sehari!
CLEVER BOY
ULANG TONTON LEBIH 10 KALI
Sumber: hairulazreen & theyusufiskandar
Artikel berkaitan: [Rupanya Ini Tabiat Yusuf Sebelum Tidur, Sampai Sakit Leher Mommy. Keknis Belikan Hair Extension Hijau Untuk Yusuf]
[10 Tip Pemakanan Berguna Hanis Zalikha Buat Untuk Yusuf Iskandar]
Leukemia akut merupakan penyakit kanser darah putih yang dihidap oleh kanak-kanak. Ketahui kupasan pakar dan perkongsian pengalaman ibu bapa tentang simptom dan punca terjadinya penyakit barah ini pada kanak-kanak dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Anak Leukemia,Apa Sebabnya?” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 25 Disember 2018.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teknik Sandwich Ini Amat Mudah Dan Berkesan Untuk Tegur Anak
Kerap kali kita terlajak kata terus tegur kesalahan anak atau pasangan. Cuba teknik ni, ia memang biasa dalam latihan komunikasi secara positif.
Konsepnya: Sandwich or Bayangkan Burger
i) Roti
ii) Isi daging
iii) Roti Semula
Ia lebih sopan dan complete gitu, kan. Maka dalam komunikasi ia lebih berkesan dan tidak mengejutkan, atau mencederakan hati si penerima teguran.
Jadi caranya, hanya kenalpasti isi daging – apa nak ditegur. Intro roti atas dan penutup roti bawah tu boleh ambil standard ayat ini dan ubah sahaja ikut konteks daging tadi.
Contoh: Nak tegur anak, bermain dengan air sampai terpancut di luar bilik air, basah lantai.
TEGUR SEGERA UNTUK SAFETY: boleh terus ke daging –
“Tidak boleh pancut air di luar dari bilik air, tetapi hanya pancutkan di dalam bilik air sahaja (Teknik Nabi: Tegur kesalahan, mulakan dengan apa TIDAK boleh dan disusuli APA BOLEH). Jika tak, Abang tutup pintu mandi, ok (Teknik Nabi Beri Solusi/Alternatif).
Kemudian, guna teknik sandwich ini, waktu tenang dan anak akan lebih hargai.
Waktu lepas solat selesai, panggil si anak tadi, dan bicara bersemuka berduaan sahaja.
i) Roti atas sekali: Abang Fateh anak soleh Mummy, mari sini. Mummy tahu Fateh suka mandi, dan Fateh pandai jaga keselamatan dalam rumah kita, selalu tutupkan pintu dan pagar rumah kita, kan? [Si anak mengangguk-angguk dan seperti tahu ada sesuatu mesej penting Mummy nak sampaikan]
ii) Isi daging: Tadi Fateh pancut air sampai terkeluar dari bilik air tu, sebab air tu panas ya *(saya perasan point ini semasa saya mandi, baru saya perasan ya air panas maka berkemungkinan sebab itulah dia duk pancutkan air dan terpercik ke luar, dia ada mention kenapa kenapa air panas tapi dia tak relatekan punca dan akibat dalam tingkahlaku salah dia). Okay Fateh tak perasan, kan. Lain kali Fateh tutup aja pintu, so bila pancut tu tak lah basah kat luar. Fateh kan tahu ia bahaya. Takut Mummy terjatuh, orang lain terjatuh, kan?
iii) Roti penutup: Ok mari sini anak soleh Mummy yang prihatin, Mummy tahu Fateh tak sengaja, terima kasih sebab boleh duduk dengan Mummy dengar kata Mummy. InsyaAllah lepas ni Fateh akan berhati-hati, kan? [sambil pegang kedua bahu dia dan cium dahinya]
*si anak mengangguk-angguk dan tersenyum, mahu segera pergi ke depan menonton tv nya.
Jauh di sudut hati, saya tahu dia cukup sedar hal ini, dan akan amat hargai tindakan saya, serta yang paling utama, mesej penting ini masuk ke minda sedar dia secara penuh tanggungjawab.
Sumber: Maznah Ibrahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI