top

Dalam mendidik anak-anak setiap orang ada pelbagai cara yang tersendiri. Tapi sesekali kalau nak cedok kaedah yang terbukti Berjaya dilakukan oleh orang yang hebat rasanya tak salah. Sedikit sebanyak kita dapat memperbaiki apa yang kurang dalam didikan yang diberikan.

Dah jadi mak ayah ni, apa yang diharapkan Cuma inginkan yang terbaik buat anak-anak. Moga dengan cara didikan yang diberikan akan melahirkan generasi akan datang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah akhlak juga.

Nak Anak Jadi Hebat Jangan Pernah Putus Doa Agar Allah Pegang Hati Anak, Doa Ibu Kan Hebat & Ajaib!Melalui perkongsian yang dibuat oleh Nur Shazareen Kamarozaman, beliau kongsikan ilmu keibubapaan yang diperolehi ketika menghadiri satu majlis. Berikut adalah perkongsian yang dibuat olehnya:

IKLAN

Suka saya kongsikan sedikit perkongsian yang saya dapat tempoh hari di sini. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat.
1. Setiap anak mempunyai karakter yang tersendiri.
Ada yang pantang dicabar, ada yang hanya boleh fokus satu perkara dalam satu masa dan sebagainya. Kenali karakter anak sejak mereka kecil untuk memudahkan kita mendidik dan mendekati mereka.
2. Banyakkan bonding dengan anak sewaktu mereka kecil.
Sentuh, usap, peluk, cium anak-anak. Tanya anak-anak kalau mereka ada masalah. Bercerita dengan mereka. Supaya kita ibu bapa jadi orang yang paling mereka percaya dan cari untuk meluah dan berkongsi.
3. Air tangan ibu
Sebaiknya ibu masak sendiri untuk keluarga. Seorang ibu akan masak with love, masak with iman, masak dengan penuh kasih sayang untuk suami dan anak-anaknya.
Kalau tak sempat, kerja-kerja yang lain boleh outsource kan kepada pembantu rumah. Tapi masak sebaiknya dari air tangan ibu.
4. Wujudkan biah/suasana solehah di dalam rumah.
Sentiasa pasang alunan al-Quran atau zikir. Gantung ayat-ayat al-Quran.
Gantung rotan sebagai simbol kita mendidik anak-anak.

Nak Anak Jadi Hebat Jangan Pernah Putus Doa Agar Allah Pegang Hati Anak, Doa Ibu Kan Hebat & Ajaib!5. Makanan sunnah
Bekalkan makanan sunnah buat anak-anak ketika di rumah seperti madu, kekacang dan kurma.
6. Pemilihan sekolah yang mempunyai asas Islam yang kukuh.
Kata ummi, mereka hidup cukup besederhana. Tapi ummi dan suaminya tak berkira serta sanggup melaburkan duit untuk pendidikan anak-anak. Dari tadika lagi anak-anaknya dihantar ke tadika yang mempunyai asas Islam yang kukuh. Begitu juga dengan sekolah rendah dan menengah. Ummi memilih sekolah yang sangat menitik beratkan agama dan juga aspek akademik serta akhlak.
7. Busybody hal anak
Pantau aktiviti anak. Kenal kawan-kawannya. Ambil tahu masalah mereka. Walaupun mereka hanya duduk di dalam bilik, intai-intailah mereka.
8. Jangan paksa anak hafal Quran.
Kalau anak-anak tak nak hafal Quran, jangan paksa. Yang penting anak-anak berakhlak seperti al-Quran, mencintai al-Quran dan mentadabbur isi-isi al-Quran. Kerana matlamat kita adalah untuk anak-anak kita menjadi anak yang soleh.
9. Kekuatan mendidik anak adalah akidah itu sendiri.
Akidah adalah perkara paling penting dalam pembentukkan anak-anak. Akidah perlu ditekankan sejak mereka kecil lagi. Kenalkan mereka dengan Tuhan mereka.
10. Anak-anak ibarat biji benih
Anak-anak seperti biji benih. Biji benih takkan tumbuh tanpa disiram dan dibaja. Kita sebagai ibu bapalah yang harus menyiram dan membaja anak-anak kita dengan didikan agama, kasih sayang dan doa.
Kalau kita frust anak-anak kita tak menjadi, boleh jadi sebab kita yang tak siram dan baja anak-anak kita sebaik mungkin.

IKLAN

Nak Anak Jadi Hebat Jangan Pernah Putus Doa Agar Allah Pegang Hati Anak, Doa Ibu Kan Hebat & Ajaib!11. Kalau ada apa-apa masalah antara kita dan anak-anak, kembalilah kepada pencipta.
Bangun malam, menangis dan mengadulah pada Allah. Minta Allah tunjuk jalan penyelesaian, buka hati anak untuk berubah.
12. Jangan pernah berhenti beri harapan
Walau apa pun keadaan anak kita, jangan pernah berhenti bagi harapan kepada mereka. Kalau ibu bapa turut berputus asa dengan anak, siapa lagi yang anak-anak ada?
13. Doa, doa, doa
Jangan pernah jemu untuk mendoakan anak-anak kita. Doa dan mintalah bersungguh-sungguh dengan Allah. Doa ibu sangat hebat dan ajaib. Jangan berhenti minta Allah supaya memegang hati anak kita.

Nak Anak Jadi Hebat Jangan Pernah Putus Doa Agar Allah Pegang Hati Anak, Doa Ibu Kan Hebat & Ajaib!Semoga kita dan keluarga kita bakal berpimpinan tangan di syurga kelak. Aminn ya rob..
Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam.

IKLAN

Nur Shazareen
Ibu biasa-biasa

Sumber: Nur Shazareen Kamarozaman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI