Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting, terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal. Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu, dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu.

Nak Anak Jadi Lebih Bijak? Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Hal ini kerana, bagi menghasilkan susu badan, tubuh anda memerlukan banyak tenaga.

Kajian menunjukkan tenaga harian yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi adalah kira-kira 2,000 kJ (478 kalori) lebih daripada yang diperlukan oleh seorang wanita normal.

Angka ini diukur dalam enam bulan pertama penyusuan penuh atau eksklusif, di mana bayi hanya diberikan susu ibu sahaja. Selepas tempoh ini, anak anda akan memerlukan kurang susu badan, dan, lantaran itu, anda juga akan memerlukan kurang tenaga.

6 Makanan Untuk Ibu Menyusui – Buat Bayi Lebih Cerdik

#1 Protein

Nak Anak Jadi Lebih Bijak? Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Bayi yang sedang membesar memerlukan banyak protein, jadi anda perlu untuk membekalkan banyak protein dalam diet anda. Ini bagi memenuhi keperluan si manja anda.

Protein adalah penting untuk perkembangan, dan pembaikan sel. Jumlah purata protein yang ibu penyusuan perlukan setiap hari ialah 54g, tetapi sesetengah ibu mungkin perlukan 67g sehari, atau mungkin juga lebih.

Sumber Protein termasuklah:

Ads
  • Daging
  • Telur
  • Tenusu
  • Sayur kacang, kekacang dan produk soya

Vitamin untuk ibu menyusu #2 Folat

Folat ialah jenis vitamin B yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan sihat bayi anda. Secara purata, ibu yang menyusukan bayi memerlukan 450μg folat sehari, tetapi anda mungkin perlu 500μg setiap hari, atau lebih. Sumber folat termasuklah:

  • Sayuran berdaun hijau
  • Bijirin penuh
  • Kacang pis dan kekacang
  • Avokado
  • Ekstrak yis

#3 Iodin

Nak Anak Jadi Lebih Bijak? Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

 Iodin ialah mineral penting untuk penghasilan hormon tiroid untuk memastikan perkembangan otak dan sistem saraf. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan 190μg iodin setiap hari, tetapi sesetengahnya perlu mengambil 270μg setiap hari.

Sumber baik iodin termasuklah:

  • Makanan laut
  • Susu
  • Sayuran

#4 Zink

Zink adalah penting untuk perkembangan sistem imun bayi. Ibu yang menyusukan bayi perlu 10mg zink setiap hari, tetapi sesetengah ibu memerlukan 12mg zink sehari, atau mungkin lebih. Sumber zink termasuklah:

Ads
  • Bijirin gandum penuh
  • Susu
  • Makanan laut
  • Sayur kacang, kekacang, dan produk soya

#5 Vitamin A

Nak Anak Jadi Lebih Bijak? Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Vitamin A adalah penting untuk perkembangan normal anak dan membantu untuk melawan jangkitan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 800μg vitamin A setiap hari, tetapi sesetengah ibu mungkin memerlukan sehingga 1,100μg setiap hari, atau lebih.

Sumber baik vitamin A termasuklah:

  • Susu
  • Keju
  • Telur
  • Spesies ikan berlemak
  • Sayuran berwarna oren-kekuningan
  • Buah-buahan seperti labu, mangga, aprikot
  • Sayuran seperti lobak merah, bayam, dan brokoli

#6 Vitamin B6

Vitamin B6 membantu proses metabolisma dan pembentukan sel darah merah. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 1.7mg sehari vitamin B6, tetapi anda juga mungkin perlu 2mg setiap hari atau lebih.

Sumber baik vitamin B6 termasuklah:

Ads
  • Daging organ dan otot
  • Ayam itik
  • Ikan
  • Bijirin penuh
  • Kubis Brussels
  • Kacang pis hijau
  • Sayur kacang

Kekal hidrat

Penyusuan boleh membuatkan ibu berasa amat dahaga. Jadi, anda perlu minum sekurang-kurangnya 700ml air setiap hari untuk menggantikan cecair yang hilang dari penyusuan.

Kekal mendapatkan cecair yang sihat seperti air kosong, susu, jus, dan mengelakkan alkohol. Minuman berkafein (teh, kopi, dan kola) boleh diambil, tetapi perlu dihadkan pengambilannya.

Tip untuk bantu anda makan dengan betul

Penyusuan semasa beberapa hari terawal boleh jadi amat memenatkan untuk ibu. Jika anda berasa sulit, minta bantuan bagi kekal mendapatkan diet yang sihat.

Dengan hasrat untuk mendapat diet yang sihat, seimbang dan berserta air, anda perlu makan lima atau enam hidangan kecil setiap hari, berbanding tiga hidangan besar sehari.

Bagi memberikan kualiti susu terbaik untuk anak anda, ingatlah untuk mengambil sedikit daripada makanan yang dinyatakan di atas dalam diet anda, dan elakkan makanan yang pedas dan panas, begitu juga dengan yang berkafein dan minuman beralkohol.

Sumber: Panel Hello DOKTOR

Nak Anak Jadi Lebih Bijak? Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI