Sebenarnya mudah nak mendidik anak jadi soleh dan solehah jika ibu bapa tahu panduan untuk melakukannya.Hakikatnya untuk menjadi ibu bapa cemerlang buat anak-anak, ‘keyword’ nya adalah sikap penyabar dan tahu ilmu keibubapaan dalam mendidik anak-anak.
Perkongsian Puan Hjh.Zaharah Awang Ibu Zarahmengenai petikan ceramah Ustaz Pahrol Mohd Joi surau Al Kauthar D4 Bandar Baru Bangi tiga tahun lalu boleh menjadi penanda aras untuk kita mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.
Antara perkongsiannya:
- Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin Khamis dsbnya… tambah lagilah utk mendidik orang lain…maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak keadaan matlamat kita utk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
- Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia ‘pemalas’. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.
- Letakkan misi dan visi yang jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.
- Anak bukan milik kita tapi amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.
- Ibu sama dgn Ramadhan sb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.Sb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
- Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yang sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan…didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
- Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah.Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.
Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak. Sekarang ni anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya. Akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tapi sempadan amat besar pengaruhnya.
- Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya…
- Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
- Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah banjir dan sebagainya tawasul anak menjadi baik. Contoh: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
- Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus ruar-ruarkan… anak yang tak dapat elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita… jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai
Moga perkongsian Puan Hjh. Zaharah Awang yang merupakan Pengerusi Persatuan Tadika Islam Selangor, supaya ibu bapa muhasabah diri, mohonlah hidayah dan agar mudah dalam mendidik anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI