Pelakon, Yatt Hamzah berkongsi bagaimana cara dia berusaha untuk mendapatkan anak lelaki setelah memiliki 4 cahaya mata perempuan. Perkongsian ini dikongsi melalui Borak Pa&Ma dan apa yang paling penting amalkan surah yang dikongsi dan sabar dengan aturan Allah.
Selain itu, Yatt turut berkongsi bagaimana dia menenmpuhi kelahiran kelima-lima anaknya dengan kaedah induce.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Pengalaman setiap anak berbeza. Setiap anak pun ada rezeki masing-masing. Macam pengalama Yatt, satu-satunya anak lelaki Yatt lahir lebih awal berbanding kakak-kakak sebab air ketuban dah pecah awal 3 minggu dari Estimated Date of Delivery/EDD (due date).
Yang lain semuanya pengalaman Yatt lahirkan anak secara normal kecuali yang sulung terpaksa bersalin secara pembedahan. Wallahi ramai yang tanya Yatt camana nak mudah bersalin normal?
Sejak bersalin 3 July 2021 lalu, ramai dah tahu yang Yatt berjaya juga bersalin NORMAL walaupun hampir-hampir CZER. Ramai ibu-ibu tanya tips untuk mudah bersalin normal.
Jawapannya, Yatt ni susah sangat bersalin normal walaupun dalam 5 anak, 4 kali normal, yang 1st Czer.
Eh kenapa susah pula? kan dah 4 kali normal!! dan tak pernah ambil epidural walaupun setiap kali bersalin memang rasa macam nak mati.
Ok Yatt start dengan Kak Nia @suci.hananiamalikaam anak PERTAMA yang lahir pada 28 Feb 2010. Yatt overdue 2 minggu sebab TIADA BUKAAN. Warded 1minggu, 3 hari diseluk masuk induce pil & air untuk kuatkan lagi contraction. Air ketuban dah dipecahkan. Masa tu memang rasa macam NAK MATI sebab terlalu sakit contraction, nak pecah meletop rahim tu rasanya. 1st time dapat rasa macam mana sakitnya melahirkan. Dah setengah mati berusaha bersalin normal, akhirnya selepas 9 jam terpaksa di CZER juga sebab bukaan hanya 3 cm dan risau baby berak & lemas. So merasalah sakit bersalin normal dan czer.
Anak KEDUA @sucihumairaiqlima lahir pada 28 Dec 2016, 6 tahun lepas anak pertama. Overdue lebih 1 minggu, juga dipaksa warded awal, masuk induce 2 hari sebab TIADA BUKAAN sama macam sebelum ni. Warded 3 hari, Harini masuk ubat, esoknya lepas 24 jam baru bersalin dan ALHAMDULILAH dapat bersalin NORMAL walaupun dengan bantuan VACUM.
Anak KETIGA @sucihayfaamedina benda yang sama juga, slow progress bukaan tapi Alhamdulillah dapat NORMAL juga selepas 2 minggu overdue, edd 13 Mac 2018, tapi lahir pada 1 April 2018 selepas 24 jam di induce dan VIRAL kerana tali pusatnya berbelit 2 kali di lehernya.
Anak KEEMPAT #SUCIHAWAZULAIKHA lahir pada 30 December 2019 selepas 1 MINGGU OVERDUE namun PALING CEPAT PROGRESS BUKAAN kerana bersalin NORMAL pada hari yang sama di induce.
Berbeza dengan Anak KELIMA #SAYFMOHAMMEDZUBAYR yang lahir pada 3 July 2021 lalu! Lahir awal 3 minggu dari EDD, kakak-kakaknya semua OVERDUE! Dia lahir selepas 41 jam di induce. Lebih 8 jam dalam labour bertarung untuk NORMAL dan bila tiba masa dihantar ke OT untuk CZER, Allah takdirkan dapat NORMAL di saat-saat akhir setelah teran secara paksa walaupun bukaan 5cm sahaja.
Doa Mudahkan Kelahiran
Untuk mudahkan bersalin dan kurangkan rasa sakit Yatt amalkan baca Ayat Kursi, Doa Nabi Yunus dan doa banyak-banyak moga dipermudahkan urusan. Minta juga orang sekeliling untuk turut doakan kita. Dan Alhamdulillah Allah permudahkan.
Doa Minta Allah Hadirkan Anak Lelaki
Dulu saya memang mengharap sangat-sangat dapat anak lelaki. Tapi sekarang saya tak terlalu nak mengharap tetapi lebih kepada berdoa untuk Allah berikan (Kalau ada rezeki) untuk dapat anak lelaki. Kalau tak dapat, tak apa sebab saya fikir kita kena bersyukur. Ramai lagi diluar sana yang diuji tak dapat mengandung jadi kita yang Allah kurniakan zuriat tak kisah perempuan atau lelaki kena bersyukur.
Saya selalu minta orang sekeliling doa, ibu ayah, keluarga mentua dan sahabat-sahabat supaya kami dikurniakan zuriat lelaki. Setiap kali saya tahu sahabat-sahabat nak ke Mekkah, saya akan kirim doa. Saya pun tak ada amalkan apa-apa petua. Cuma jaga makan dan amalkan doa sahaja. Bila dah dapat anak no.4 perempuan. Saya pun anggap tak apalah bukan rezeki. Ini yang terbaik yang Allah bagi.
Dan masa saya hamil sekali lagi, saya tak kisah perempuan atau lelaki. Masa scan doktor kata memang nampak lelaki. Tapi tak mengharap. Bila dia lahir, doktor angkat terus saya rasa sebak lepas tengok jantina.
Saya share doa buat semua followers Pa&Ma, amalkan Surah Asy-Syura ayat 49.
“Dia kehendaki dan memberikan anak laki-laki kepada siapa yang Dia kehendaki,”
InsyaALLAH kalau menjadi amalan, akan dapat apa yang kita usahakan. Amalkan dan sabar. Bila tiba masa Allah akan beri bila tiba masa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.