Supaya anak lupa gajet, ada aktiviti homeschooling yang rangsang minda seawal usia tiga tahun. Malah bila masuk tadika, anak-anak sudah biasa dengan aktiviti ini yang memudahkan pembelajaran di kelas nanti.

Kini mama dan papa boleh mendidik menerusi dalam bentuk permainan. Pada peringkat usia ini, anak belajar menerusi bermainan. Ikuti cadangan aktiviti homeschooling untuk si manja berusia tiga hingga enam tahun.

Aktiviti rangsangan yang dimaksudkan tentunya jenis hands on, tidak sama sekali bergantung kepada gajet. Penggunaan sumber barangan yang ada di sekeliling mengurangkan kos yang perlu dikeluarkan. Yang perlu anda peruntukkan ialah masa, kesabaran serta minat. Mama dan papa tunggu apa lagi. Ayuh kita mulakannya dari sekarang.

 

Reka bentuk doh mainan

Nak Anak Lupa Gajet, Ada 10 Aktiviti Homeschooling Rangsang Minda Anak Seawal Usia Tiga Tahun

Doh mainan warna-warni menjadi godaan besar kepada si manja. Tekstur lembut dan warna ceria menguja adik untuk mencetuskan rekaan pelbagai bentuk. Mama dan papa boleh buat sendiri doh mainan bersama dengan adik menggunakan tepung, krim tartar, pewarna makanan dan air panas. Begitu juga dengan jeli flubber yang lembut dan kenyal. Bermain dengannya merangsang deria rasa pada telapak tangan dan jari adik.

Berimaginasi dengan kadbod

Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak gemar bermain dengan kertas kotak atau kadbod. Berikan sahaja mereka kotak kosong, mereka boleh sahaja berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya. Biarkan dia bebas bermain dengan melakonkan watak yang digemarinya. Berikan pensel warna atau pen penanda untuk dia melukis lampu signal, nombor plat dan tingkap kereta.

Mewarnai

Nak Anak Lupa Gajet, Ada 10 Aktiviti Homeschooling Rangsang Minda Anak Seawal Usia Tiga Tahun

IKLAN

Mewarnai memberikan peluang untuk si manja bermain dengan warna dan kreativitinya. Pensel warna, krayon atau cat air adalah antara sumber yang boleh digunakan adik pada sekeping kertas. Adik boleh duduk berjam-jam lamanya untuk aktiviti ini. Aktiviti ini amat balik untuk adik belajar mencampurkan warna dan melakarkannya. Finger paint buatan sendiri lebih selamat dan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah iaitu air, gula, garam, tepung jagung dan pewarna makanan.

Menggunting dan melekat

Berikan peluang kepada si manja bermain dengan gunting. Biar dia menggunting sekeping kertas berwarna dan tampalkan pada kertas kosong menggunakan gam. Aktiviti ini akan membantu si manja mengembangkan kemahiran motor halusnya.

Memasak bersama

Nak Anak Lupa Gajet, Ada 10 Aktiviti Homeschooling Rangsang Minda Anak Seawal Usia Tiga Tahun

Pilih satu menu ringkas seperti mufin, kek cawan, biskut cip coklat atau jeli yang boleh anda siapkan bersama. Biar dia terlibat secara langsung daripada penyediaan bahan-bahan dan peralatan. Dia akan belajar untuk bekerjasama dan memahami proses memasak.

Kraf daun kering

IKLAN

Keluar dari rumah kutiplah helaian daun yang gugur. Kumpulkan pelbagai bentuk dan jenis. Kemudian tampalkan pada buku. Berikan si manja pen penanda dan lakarkan mata, mulut dan telinga pada kertas bagi membentuk satu karakter seperti katak, ular, kucing dan sebagainya.

Bermain blok kayu

Nak Anak Lupa Gajet, Ada 10 Aktiviti Homeschooling Rangsang Minda Anak Seawal Usia Tiga Tahun

Adik bebas berimaginasi bila bermain dengan blok kayu. Blok kayu adalah alat mainan yang asas yang dimiliki si manja. Biarkan dia menyusun mengikut rekaan yang diingininya. Kemudian apabila dia siap, anda tanya rekaan apa yang dibinanya. Ada yang mengatakan bangunan, rumah ada balkoni atau sebuah sofa.

Origami

Origami ialah salah satu aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Mama dan papa tunjukkan cara dan si manja akan mengikutnya langkah-langkah yang ditunjukkan. Si manja semakin mahir otot tangannya ketika dalam proses membuat lipatan. Dia juga belajar untuk meniru apa yang anda lakukan. Bila siap tentunya adik seronok dan kagum melihat hasil origaminya.

IKLAN

Main peranan

Nak Anak Lupa Gajet, Ada 10 Aktiviti Homeschooling Rangsang Minda Anak Seawal Usia Tiga Tahun

Main peranan menjadi kegemaran adik kerana adik boleh melakonkan watak yang digemarinya. Biar mama atau papa jadi pesakit dan adik jadi doktor. Boleh juga anda jadi pelanggan dan dia menjadi tukang masak. Anda berdua akan berdialog dan dia akan belajar secara spontan. Ketika ini anda bolehlah menambahkan perkataan baharu dalam perbualan anda dan si manja.

Dress up atau fesyen

Nak Anak Lupa Gajet, Ada 10 Aktiviti Homeschooling Rangsang Minda Anak Seawal Usia Tiga Tahun

Anda mesti mempunyai skaf atau kain perca yang tidak digunakan. Letakkan dalam satu kotak dan namakan kotak tersebut sebagai kotak “Fesyen” adik.  Dia akan bebas mencipta jenis pakaian yang dia suka dengan menyarungkan skarf sebagai kain dan baju. Adik bebas berimaginasi dan membina keyakinan dalam mempersembahkan setiap baju rekaannya. Dia juga menajamkan skil komunikasinya.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI