Ibu ayah mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam pelajaran. Pun begitu nak pastikan anak bijak bukanlah satu tugas mudah. Harus melihat keupayaan anak itu sendiri.
Namun ibu ayah boleh berusaha berikan 8 jenis makanan ini sejak kecil lagi. Pakar nutrisi, Miss Valerie Kong berkongsi makanan yang baik untuk otak anak-anak kecil. Wajib berikan pada anak kita!
Makanan Paling Baik
Antara makanan otak untuk kanak-kanak yang paling biasa disyorkan ialah ikan salmon, tuna, telur, kekacang, bijirin, pelbagai jenis beri, pelbagai jenis sayur, susu, yogurt dan juga protin yang rendah lemak.
Berikut merupakan senarai makanan dengan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Salmon
Salmon kaya dengan Omega 3 fatty Acid, DHA dan EPA yang mampu Menjaga kelenturan otak, meningkatkan inteligensi, tingkah laku, emosional dan sosial. Malah mampu meningkatkan daya tumpuan dan pemikiran yang lebih tajam.
Ads
Telur
Telur pula merupakan sumber protin yang penting malah mengandungi kolin yang tinggi. Kolin penting untuk membantu perkembangan daya ingatan atau memori.
Kekacang
Banyak energi yang dibekalkan oleh kekacang seperti karbohidrat kompleks dan protein. Ia memberikan energi lebih lama dan membantu kemampuan berfikir kanak-kanak.
Ads
Gandum/Oat
Variasi makanan ini kaya dengan vitamin B, E, kalium dan Zink. Makanan ini membekalkan energi yang penting untuk otak malah membantu perkembangan dan kesihatan sel-sel serta saraf tissues supaya otak berfungsi optimal.
Sayur-sayuran berwarna
Contoh sayur terbaik adalah seperti bayam, ubi jalar merah, brokoli, tomato, lobak merah, labu serta kobis merah. Kesemua makanan ini kaya nutrisi dan antioksidan yang membatu sel-sel otak menjadi sihat.
Buah Berry
Variasi buah beri mengandungi antioksidan, vitamin C, omega 3 yang cukup tinggi malah mampu mencegah kanser. Paling penting ia memperbaiki fungsi daya ingat.
Ads
Susu & Yogurt
Dua makanan ini mengandungi Vitamin B yang cukup tinggi. Bagi otak, ia meningkatkan pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter serta sumber energi untuk otak.
Protein Rendah Lemak
Protin rendah lemak mengandungi zat besi yang tinggi. Membantu anak tetap berkonsentrasi dan menjaga daya ingatan.
Tip Dan Cara Masak
Cara yang paling sesuai untuk menyediakan makanan untuk anak-anak adalah dengan “Clean Eating Method” iaitu seasli yang boleh. Ajar anak-anak kita untuk makan buah-buahan dan sayur yang segar. Belajar untuk makan sayur-sayuran tanpa mengunakan minyak yang banyak. Disarankan mengikut cara makan sihat seperti kurang minyak, garam dan gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa berbelanja ratusan ringgit membeli dan menghias tempat tidur bayi semata-mata nak nampak cantik dan menepati kehendak hati. Tapi tindakan ibu bapa jugalah menyumbang kepada perkara yang tak diingini atau dalam bahasa mudahnya ‘lokasi pembunuhan’ tanpa disedari.
Kalaulah ibu tahu bayi kecil hanya perlukan SEKEPING TILAM RATA DAN ILMU untuk tidur lena.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah ibu bapa kena tahu bukan semua yang di iklan itu selamat. Ini kerana:
– 35% iklan bayi gagal patuhi anjuran tidur selamat.
– Menjelang 2016, 40% iklan bayi masih memaparkan imej bayi tidur meniarap: posisi paling berisiko untuk kematian mengejut (SIDS)
– 70% kesalahan iklan katil bayi ialah kerana menonjolkan pelapik tepi katil (crib bumper) yang meliputi sekeliling katil. Sekeliling kawasan tidur bayi seharusnya lapang dan terbuka.
– 56% kesalahan iklan katil tidur bayi kerana memaparkan SEMUA OBJEK yang berpotensi tinggi melemaskan bayi seperti selimut, bantal kepala, bantal peluk, patung mainan, mainan gantung bertali dan tilam lembut berpad kusyen. Semua objek berpotensi di tarik bayi ke arah mukanya atau bayi bergerak/beralih arah ke arah objek dan tersembam atau objek terjatuh ke kawasan muka dan kepala bayi.
-13% iklan katil/bilik bayi memaparkan kawasan yang di penuhi pelbagai patung mainan lembut.
*Hasil kajian analisis iklan 1758 majalah dari 1992, 2010- 2015*
“Avoid commercial devices marketed to reduce the risk of SIDS—These devices include wedges, positioners, special mattresses, and special sleep surfaces. There is no evidence that these devices reduce the risk of SIDS or suffocation or that they are safe.” Pediatrics 2011;128:1030–1039
Sekali lahir terus dapat 10 anak! Ini yang dinamakan rezeki. Siapa sangka seorang ibu berusia 37 tahun yang pada awalnya hanya dijangka akan lahirkan bayi kembar enam, tetapi waktu lahir dikejutkan dengan kehadiran 10 orang serentak.
Menerusi laporan The Mirror, kelahiran ini berlaku di Cape Town, Afrika Selatan. Ibu ini dipercayai melahirkan bayi kembar 10 di sebuah hospital di Bandar Pretoria pada bulan ini.
Lahirkan bayi ketika kandungan 29 minggu
Wanita yang dikenali sebagai Gosiame Thamara Sithole ini memberitahu bahawa dia telah melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan menerusi pembedahan ketika kandungannya berusia 29 minggu.
Menurut laporan itu, Gosiame bakal memadam rekod yang pernah dicatat Halima Cisse dari Mali yang melahirkan sembilan bayi di sebuah hospital di Maghribi pada Mei lalu. Namun begitu, laporan mengenai hal tersebut masih belum disahkan oleh doktor atau Guinness World Records.
Sepanjang mengandung kerap sakit
Gosiame yang bekerja sebagai pengurus stor sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun. Wanita ini turut berkongsi beberapa kesukaran dan kesakitan yang dialami olehnya semasa mengandung kali ini.
Ujar Gosiame, dia sering sakit pada bahagian kaki dan pedih ulu hati. Malah, dia juga merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mengandung.
Menurut suami Gosiame iaitu Teboho, kesemua bayi yang dilahirkan itu diletakkan di dalam inkubator sebelum dibenarkan untuk pulang. Sebagai suami, dia berasa gembira dan beremosi dengan kelahiran cahaya mata ini.
Sebelum ini, doktor menjangka isterinya akan melahirkan enam bayi, namun jumlah itu meningkat kepada lapan selepas menjalani satu imbasan. Semasa bersalin, doktor terkejut apabila mendapati ada dua lagi bayi di dalam rahim isterinya itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara diantaranya dengan menggunakan botol plastic BPA-Free, botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu BPA-Free. Terdapat pelbagai ciri-ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat dari bahan BPA-FREE. Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polycarbonate. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. BPA boleh melarut ke dalam susu apabila ia didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah dari bahan BPA-FREE. Kebiasaannya jangka hayat botol BPA-FREE adalah sekitar 6 bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.
Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
#1 Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar dan sekaligus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
#2 Warna Botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia dari plastik.
#3 Bau Botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu dari ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!