Nak Anak Makin Bijak, Selalulah Berikan 8 Jenis Makanan Ini!

Share

Ibu ayah mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam pelajaran. Pun begitu nak pastikan anak bijak bukanlah satu tugas mudah. Harus melihat keupayaan anak itu sendiri.

Namun ibu ayah boleh berusaha berikan 8 jenis makanan ini sejak kecil lagi. Pakar nutrisi, Miss Valerie Kong berkongsi makanan yang baik untuk otak anak-anak kecil. Wajib berikan pada anak kita!

Makanan Paling Baik
Antara makanan otak untuk kanak-kanak yang paling biasa disyorkan ialah ikan salmon, tuna, telur, kekacang, bijirin, pelbagai jenis beri, pelbagai jenis sayur, susu, yogurt dan juga protin yang rendah lemak.

Berikut merupakan senarai makanan dengan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Salmon
Salmon kaya dengan Omega 3 fatty Acid, DHA dan EPA yang mampu Menjaga kelenturan otak, meningkatkan inteligensi, tingkah laku, emosional dan sosial. Malah mampu meningkatkan daya tumpuan dan pemikiran yang lebih tajam.

Telur
Telur pula merupakan sumber protin yang penting malah mengandungi kolin yang tinggi. Kolin penting untuk membantu perkembangan daya ingatan atau memori.

Kekacang
Banyak energi yang dibekalkan oleh kekacang seperti karbohidrat kompleks dan protein. Ia memberikan energi lebih lama dan membantu kemampuan berfikir kanak-kanak.

Gandum/Oat
Variasi makanan ini kaya dengan vitamin B, E, kalium dan Zink. Makanan ini membekalkan energi yang penting untuk otak malah membantu perkembangan dan kesihatan sel-sel serta saraf tissues supaya otak berfungsi optimal.

Sayur-sayuran berwarna
Contoh sayur terbaik adalah seperti bayam, ubi jalar merah, brokoli, tomato, lobak merah, labu serta kobis merah. Kesemua makanan ini kaya nutrisi dan antioksidan yang membatu sel-sel otak menjadi sihat.

Buah Berry
Variasi buah beri mengandungi antioksidan, vitamin C, omega 3 yang cukup tinggi malah mampu mencegah kanser. Paling penting ia memperbaiki fungsi daya ingat.

Susu & Yogurt
Dua makanan ini mengandungi Vitamin B yang cukup tinggi. Bagi otak, ia meningkatkan pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter serta sumber energi untuk otak.

Protein Rendah Lemak
Protin rendah lemak mengandungi zat besi yang tinggi. Membantu anak tetap berkonsentrasi dan menjaga daya ingatan.

Tip Dan Cara Masak
Cara yang paling sesuai untuk menyediakan makanan untuk anak-anak adalah dengan “Clean Eating Method” iaitu seasli yang boleh. Ajar anak-anak kita untuk makan buah-buahan dan sayur yang segar. Belajar untuk makan sayur-sayuran tanpa mengunakan minyak yang banyak. Disarankan mengikut cara makan sihat seperti kurang minyak, garam dan gula.

Published by
SRM