Nak Anak Masuk MRSM 2026, Isi Borang Kena Betul, Mak Ayah Perlu Tahu Langkah Ni!

Share

Terkini, seorang pegawai MARA memaklumkan bahawa permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya akan diproses sekiranya pemohon meletakkan program MRSM sebagai PILIHAN PERTAMA dalam borang permohonan.

Namun begitu, terdapat pengecualian sekiranya ketiga-tiga pilihan (Pilihan 1, 2 dan 3) yang disenaraikan adalah MRSM, dalam kes ini, permohonan tetap akan diproses walaupun MRSM bukan di kedudukan pertama.

Sebaliknya, jika Pilihan 1 ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM diletakkan pada Pilihan 2 atau 3, maka permohonan ke MRSM tersebut tidak akan diproses.

Penyelarasan Pengambilan MRSM & SBP Bermula 2026

Mulai tahun 2026, permohonan ke MRSM dan SBP akan disatukan melalui satu sistem permohonan tunggal, dan setiap pelajar hanya akan menerima satu tawaran penempatan sahaja.

Tujuan penyelarasan ini dibuat bagi mengelakkan sebarang pertindihan tawaran antara MRSM dan SBP serta memberi tawaran kepada yang benar-benar layak sahaja.

* Elak pertindihan tawaran antara MRSM & SBP

* Pastikan tempat hanya diberikan kepada pelajar yang benar-benar layak

* Bantu pelajar B40, terutama dari luar bandar dan miskin bandar

Ciri Penting Sistem Baru:

* Guna Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) seperti sebelum ini

* Sistem permohonan akan diselaraskan secara dalam talian

* Pelajar sekolah swasta boleh mohon melalui MyMRSM

* Inisiatif ini hasil kerjasama MARA dan KPM untuk membina sistem pendidikan berasrama penuh yang lebih adil, inklusif dan mampan.

Ini pula maklumat berkenaan program yang ditawarkan oleh MRSM sebagai panduan mak ayah untuk melakukan persediaan kelak.

Maklumat Program MRSM:

1. Program Premier STEM – Excellence:
Ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 3. Dalam program ini, pelajar akan mula belajar subjek Tingkatan 4 dan 5 lebih awal sebagai persediaan akademik yang lebih intensif.

2. Program Bitara (Tingkatan 1) di MRSM Pengkalan Chepa:
Program ini dikhususkan untuk pelajar cemerlang. Mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di MRSM tersebut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

SENARAI PROGRAM MRSM TINGKATAN 1

1. Program Premier (29 MRSM)

Melaka: MRSM Terendak

Johor: MRSM Muar, MRSM Mersing, MRSM Tun Dr Ismail

Pahang: MRSM Tun Ghazali Shafie, MRSM Kuantan

Perak: MRSM Gerik, MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Sultan Azlan Shah, MRSM Felda Trolak, MRSM Pasir Salak

Pulau Pinang: MRSM Balik Pulau

Kedah: MRSM Baling, MRSM Merbok, MRSM PDRM Kulim

Kelantan: MRSM Pasir Tumboh

Perlis: MRSM Arau

Kuala Lumpur: MRSM Kuala Kubu Bharu

Terengganu: MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Tumpat

Selangor: MRSM Kuala Selangor, MRSM Kuala Berang, MRSM Dungun

Sabah: MRSM Kota Kinabalu, MRSM Tun Mustapha Tawau, MRSM Ranau

Sarawak: MRSM Kuching, MRSM Betong, MRSM Mukah

2. Program Premier STEM-Excellence (10 MRSM)

Negeri Sembilan: MRSM Serting

Johor: MRSM Batu Pahat

Pahang: MRSM Tun Abdul Razak

Perak: MRSM Sultan Azlan Shah

Kelantan: MRSM Pasir Tumboh

Selangor: MRSM Sungai Besar

Terengganu: MRSM Besut

Sabah: MRSM Bintulu

Sarawak: MRSM Bintulu

Kedah: MRSM Langkawi

3. Program Bitara (1 MRSM)

Kelantan: MRSM Pengkalan Chepa

4. Program Ulul Albab (8 MRSM)

Selangor: MRSM Sungai Besar

Negeri Sembilan: MRSM Gemencheh

Pahang: MRSM ATM Bera

Perak: MRSM Bagan Datuk, MRSM Felda Trolak

Pulau Pinang: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kepala Batas

Terengganu: MRSM Kota Putra

Sabah: MRSM Semporna

5. Program IGCSE (9 MRSM)

Selangor: MRSM Kuala Kubu Bharu

Melaka: MRSM Alor Gajah

Negeri Sembilan: MRSM Kuala Klawang

Johor: MRSM Johor Bahru

Pahang: MRSM Tun Abdul Razak

Perak: MRSM Parit

Kedah: MRSM Langkawi

Sabah: MRSM Kota Kinabalu

Sarawak: MRSM Kuching

6. Program Teknikal (2 MRSM)

Pahang: MRSM Bentong

Pulau Pinang: MRSM Transkrian

 

Sumber: Abdul MuiezMalaysia Gazette

Published by
SRM