“Nak Anak Membesar Dalam Budaya Melayu” Ridz Terapkan Islam & Melayu Pada Anak Serta Isteri

Share

Usahawan salun rambut, Ridz, dan isteri, Akiko Okumura dari Tokyo, Jepun mahu anak tunggalnya didedahkan dengan budaya kehidupan masyarakat Melayu dan menekankan pendidikan Islam dengan sebaiknya.

Sebelum ini, keluarga ini berpindah ke London ketika Sky berusia empat tahun, untuk membantunya yang mempunyai masalah kelewatan pertuturan.

Kini pada usia 11 tahun, Sky lebih selesa bercakap bahasa Inggeris, masih memerlukan tutor bahasa Melayu dan Jepun supaya dia fasih bertutur dalam kedua-dua bahasa itu.

Terapkan anak budaya Melayu

“Kami keluarga berbilang budaya, saya sering menghadapi pelbagai cabaran, tetapi kami bersama-sama mengharunginya.

“Saya mahu memastikan anak membesar dengan mengenali, menghormati identiti dan warisan budaya kita,” katanya.

Didik isteri, anak budaya Melayu dan Islam

“Saya sentiasa mengingatkan pengikut saya, memandangkan isteri tidak dilahirkan dan dibesarkan dengan budaya Melayu, saya sebagai suami sentiasa mendorong dan cuba mendidiknya mengikut adab dan didikan agama kita,”

“Saya bersyukur kerana walaupun Akiko tidak bukan asal agama Islam, isteri tidak pernah berpakaian tidak sopan atau melakukan perkara dilarang Islam,”

“Bagi menaikkan semangat anak dan isteri mendalami ilmu agama, saya mendapatkan khidmat guru agama untuk keluarga dan sentiasa turut serta dalam proses pembelajaran mereka.

“Sedar dan saya sendiri tidak sempurna dalam agama, jadi saya memastikan diri dan keluarga mencari ilmu agama bersama serta saling memberi sokongan,” katanya.

Jadi inspirasi

“Kami juga menggunakan teknologi (TikTok) untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan berkongsi apa yang dititikberatkan dalam mendalami salasilah masyarakat dan budaya Melayu.

“Saya bangga dengan warisan kita dalam membina jati diri yang kuat, selain mewujudkan keseimbangan antara nilai tradisional dan gaya hidup moden,” katanya.

“Saya lebih gemar berkongsi kisah pengalaman bagaimana membesarkan anak dan realiti kehidupan seharian daripada bercerita tentang kisah peribadi isteri dan anak.

“Bagi saya dan keluarga, perjalanan menemui semula warisan keluarga sama ada di Malaysia atau Jepun menjadi pengalaman menarik dalam memperkaya dan merapatkan hubungan kekeluargaan,” katanya.

Kongsi masakan Melayu, Jepun

Selain kerap memaparkan menu hidangan tradisional Jepun dimasak isterinya di Instagram, beliau pastinya mahu mereka menyukai makanan Melayu seperti petai, ulaman-ulaman dan sebagainya.

Beliau berkahwin pada Februari 2009 selepas berkenalan dengan isterinya ketika sama-sama bekerja di sebuah hotel di ibu negara.

Kredit: BH, Ridz

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa