
Kenapa anak-anak umur 3 hingga 4 tahun perlu DIAJAR MENGGUNTING terlebih dahulu sebelum diajar MEMBACA DAN MENULIS?
Sebab kemahiran menggunting ialah ASAS kepada LITERASI (kemampuan untuk membaca dan menulis).
Senang cerita, menggunting ni memudahkan proses literasi. Bila menggunting, anak-anak akan dapat:
✅ Melatih pergerakan jari
✅ Menguatkan otot tangan dan kemahiran menggenggam objek dengan betul
✅ Melatih koordinasi dua tangan
✅ Melatih kemahiran visual (koordinasi mata dan tangan)
✅ Merangsang deria sentuhan
✅ Merangsang kemahiran motor halus
✅ Melatih fokus
Semua kemahiran di atas penting untuk memudahkan proses literasi.
Jadi kalau nak anak pandai membaca, pandai menulis, kenalah ajar menggunting dulu, kan?
Sumber: Masturah Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Bandingkan’ Anak Pun Penting Juga. Terapi Pertuturan Kongsi Cara Mudah Periksa Perkembangan Anak

Bandingkan perkembangan anak juga sangat penting. Sebagai contoh anak sepatutnya sudah boleh mula menyebut 1 patah perkataan menjelang 1 tahun 6 bulan, jika mereka masih tidak dapat menyebutnya, ia dianggap lewat. Bandingkan anak mengikut carta perkembang anak tersangatlah PENTING.
Jika berlaku sebarang masalah sekurang-kurangnya ibu bapa masih sempat untuk mendapatkan nasihat pakar berpengalaman. Terapis pertuturan, Puan Aishah Kassim berkongsi sedikit ilmu tentang bagaimana cara untuk ibu bapa untuk mengetahui sama ada anak mempunyai masalah kelewatan berbahasa.
Ramai yang tanya macam mana dan bila nak detect anak delay ke tak?
Ok saya bagi roughly idea berkenaan macam mana nak detect anak delay bercakap ya… cara senang macam ni je:
1) Compare dengan child normal development chart.. boleh google je.. dekat internet banyak
2) Umur 1 tahun patut dah boleh hasilkn first word (perkataan bermakna contoh: Mama refer pada ibunya) – kalau lepas 1y6m masih belum ada first word dah masuk kategori delay.
– Umur 2 tahun patut anak-anak dah mula combine perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN.. contoh: nak susu, mama nak, jom tido etc.. kalau sebutan pelat tak apa lagi time ni.. kalau 2y6m belum buat ayat lagi dah masuk category delay bahasa
– Umur 3 tahun anak start buat ayat 3 PATAH PERKATAAN.. contoh: nak makan roti, mama jom makan etc… kalau 3y6m masih tak combine 3 patah.. dah masuk category delay..
– Umur 4 tahun dah start bercerita dah.. dan ayat yang anak hasilkan 4 patah dan keatas..
– Umur 6 tahun dah macam perbualan orang dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yang kita tanya.. apa, siapa, kenapa, macam mana, bila & berapa.. kalau masih tak boleh dah masuk category delay..
Delay bahasa pun ada peringkat jugak.. ada ringan, sederhana & teruk.. bergantung berapa jarak umur semasa dengan kemahiran bahasa semasa..
Yang saya bagi ni skill minimum yang kanak-kanak patut ada ya.. kalau lebih, bagus 😊
Jadi.. jangan takut untuk check dan buat assessment tengok performance anak tau.. 😊😊 .. start awal, improvemnt lebih cepat dan lebih banyak masa untuk kejar umur masuk skolah…
Kredit: Aishah Kassim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Terlalu Riang, Tak Reti Duduk Diam Sepanjang Hari? Cuba Periksa Perkembangan Ini

Anak anda mungkin kelihatan terlalu bertenaga. Mereka bermain sepanjang hari dan apabila anda menyuruh mereka berhenti, mereka mula buat perangai dengan membaling barang permainan dan menangis.
Anda melihatnya sebagai normal kerana anda beranggapan bahawa setiap kanak-kanak adalah bertenaga. Meskipun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa anak anda terlalu bertenaga dan mungkin mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?
Apakah itu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?
Ia merupakan keadaan kesihatan yang biasa dikesan pada kanak-kanak dan remaja. Menurut kajian yang baru dijalankan, ADHD selalunya terjadi kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ia mempunyai kecenderungan kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Anak anda mungkin didiagnos dengan ADHD sekiranya mereka mempunyai tiga kriteria di bawah ini:
Tidak boleh memberi tumpuan. Anak anda mungkin mempunyai masalah memberi tumpuan yang penuh kepada sesuatu. Mereka mudah untuk beralih perhatian dengan pandangan dan bunyi yang tidak berkaitan. Apabila anda memberikan mereka tugasan, mereka menjadi bosan dan kerap melakukan kesilapan. Mereka juga cenderung untuk berubah daripada satu tugas ke tugasan lain, tanpa menyiapkan tugasan yang asal
Terlalu aktif. Ini merupakan tanda yang paling ketara kepada ADHD. Anak anda akan berasa sukar untuk duduk diam pada mulanya. Sebaliknya, mereka akan mula bergerak, menyentuh barang sekeliling, bermain dengan apa sahaja dan bercakap tidak berhenti-henti. Anda akan berasa bahawa mereka mempunyai tenaga yang banyak dan tidak akan letih
Impulsiviti. Tanda ini bermaksud anak anda bertindak tanpa berfikir. Sebagai contohnya, sekiranya anda bertanyakan soalan kepada mereka, mereka tidak akan berfikir panjang atau tunggu sehingga sampai giliran mereka, dan mereka akan menjawab soalan sebelum soalan tersebut habis ditanya. Ini adalah kerana mereka sukar untuk duduk diam atau senyap.
Bagaimanakah ADHD menjejaskan kehidupan anak anda?
ADHD ialah kecelaruan tingkah laku yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap seluruh aspek kehidupan kanak-kanak, seperti pencapaian akademik, kehidupan sosial, dan kesihatan fizikal dan psikologikal. Selain itu, semasa mereka membesar, mereka akan mempunyai masalah dengan situasi yang baru. Ini adalah kerana kanak-kanak ADHD tidak mempunyai kemahiran sosial, mereka mudah marah atau terlalu gembira. Ini akan membawa kepada kebimbangan.
Adakah terdapat sebarang penyembuhan?
Masa kini, masih tiada cara untuk menghilangkan ADHD sepenuhnya. Tetapi menurut perspektif kesihatan, ADHD lebih baik dirawat dengan menggunakan kombinasi ubat-ubatan dan terapi tingkah laku. Di antara ubat yang doktor anak anda mungkin berikan adalah stimulan untuk membantu meningkatkan daya tumpuan anak anda dan mengurangkan tahap impulsiviti. Manakala, terapi tingkah laku bergantung kepada usaha ibu bapa. Ia mengambil masa untuk membina kemahiran sosial kanak-kanak. Bersabarlah dan bertimbang rasa apabila mengajar anak anda. Ini akan membantu mereka mempelajari kemahiran sosial dan kawalan kendiri dengan lebih baik. Ia mungkin sukar buat kali pertama, tetapi setiap usaha yang gigih akan memberikan keputusan yang menggembirakan, bukan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Hari raya bakal menjelang tiba. Mesti akan meriah dengan kehadiran anak-anak yang ceria. Mama papa jom ikuti 13 tip supaya mama papa tak kelam kabut.
Aisyah Rozalli, Juru Terapi Cara Kerja Pediatrik berkongsi tentang persedian raya yang mama dan papa boleh lakukan untuk memastikan hari raya yang bakal menjelang tiba berjalan lancar. Beliau yang juga ibu kepada 4 orang anak menulis turut berkongsi tip praktikal yang boleh digunakan oleh semua ibu bapa & 8 benda wajib ada ketika keluar beraya. Berikut ialah perkongsian beliau;
Hari raya tinggal beberapa hari je lagi. Kalau ikut tarikh saya menulis artikel ini, ada lagi 9 hari lagi menjelang hari raya Aidilfitri.
Alhamdulillah. Saya doakan semoga Ramadhan tuan puan kali ini sangat bermakna.
MENGURUSKAN ANAK SEPANJANG HARI RAYA YANG SIBUK
Antara kerisauan dan persediaan yang kita ibu bapa sering lakukan adalah pengurusan anak-anak kecil semasa hari raya. Terutamanya pada hari raya pertama yang memerlukan kita membawa anak berjalan ke sana sini.
Saya sudah mula buat mental planning dari minggu kedua Ramadhan.
Antara mental planning yang kita selalu lakukan semasa membuat persediaan raya bersama anak-anak termasuk:
- Pemilihan baju raya yang menyerap peluhdan selesa.
- Pemilihankasut raya yang senang dipakai-buka untuk anak-anak toddlers yang dah mula berjalan sendiri.
- Beg kecil yang akan membawa segala perkakas anak-anak sepanjang berjalanraya yang di dalamnya terkandung:
- Wet wipes (senang nak lap mulut anak, tangan, meja rumah orang yang anak kita kotorkan secara sengaja mahupun tak sengaja, secara comel mahupun menggeramkan).
- Lampin pakai buang (kalau anak masih memakainya)
- Baju sepersalinan (atau dua,tiga persalinan) untuk anak dan mak (kot anak termuntah kat baju ibu atau ayah)
- Plaster (kot terluka yang menyebabkan tangisan sekuat tenaga)
- Termos air panas berisi air panas (kalau ada anak yang masih menyusu botol) termasuklah segala barang penyusuan anak
- Permainan manipulatif untuk lekakan anak
- Bekas letak duit raya anak (sebab ayah diorang mesti kata “Suruh Mama simpan. Nanti hilang.” Kan? Kan?)
- Botol air masak seorang anak satu (Ajar anak-anak jaga botol air masing-masing. Mereka perlu belajar jaga kesihatan diri.)
- Dan senarainya berterusan mengikut keperluan-keperluan tambahan keluarga
Yang saya senaraikan di atas adalah perkara-perkara fizikal. Perkara-perkara fizikal ini amat penting bagi memastikan anak-anak kita selesa sepanjang berjalan raya. Kerana sesungguhnya anak yang selesa, menjamin kesejahteraan ibu bapa.
KESELAMATAN DAN PERILAKU ANAK
Memastikan anak mengikut arahan, menjaga keselamatan dan duduk sopan santun semasa kita pergi berjalan raya adalah satu cabaran. Terutamanya kalau anak anda macam anak saya. 3 orang anak lelaki yang lasak dan kreatif. Tapi… Manja… Boleh pening dibuatnya kadang-kadang. Main sikit punya lasak, tapi bila terhantuk antara satu sama lain sikit, raungannya sehingga ke lorong belakang rumah depan boleh dengar.
- Antara kaedah yang biasa Terapis Kanak-kanak guna adalah memberikan Social Story atau Cerita Sosial untuk anak-anak faham do’s and dont’s semasa apa-apa event persekitaran yang kita mahu anak-anak faham.
- Social story ini perlu dimulakan awal. Tak boleh pagi raya baru nak mula tunjuk. Anda sudah boleh mula tunjuk sekarang. Ajak anak anda lihat gambar-gambar social story yang anda sediakan dan terangkan pada mereka atau ajak mereka berbincang dengan anda tentang gambar yang anda tunjukkan.
Beliau juga turut berkongsi social story yang boleh digunakan mama papa untuk membantu anak memahami arahan yang diberikan.
Sumber: otaisyahrozallicom.wordpress.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI