Tertarik untuk menemu ramah ibu ini kerana teruja melihat usahanya menghiasi salah satu bilik di rumah sebagai ruang pembelajaran anaknya di salah sebuah grup mengemas di Facebook. Susun aturnya terletak kemas dan ditanda agar memudahkan anaknya untuk belajar. Menurut Syuhaidah Asmaa Khalid, 33, dia mula mengadakan ruang khas buat anaknya Adam Daniel, 6, sejak lima tahun lalu disebabkan alat mainan yang dibeli semakin banyak.

Artikel Berkaitan: [Ibu Ini Kongsi Caranya Buat Homeschooling Di Rumah Dengan Cara Menyeronokkan]

Tambah Syuhaidah lagi, tujuan dia mewujudkan ruang ini adalah untuk memudahkan aktiviti pembelajaran dan bermain di tempat yang sama. Dia juga mahu memudahkan Adam untuk mencari segala alat tulis dan alat mainan tanpa perlu mencari di seluruh rumah. Rekaan di dalam bilik ini juga mudah untuk Adam kerana setiap kabinetnya dibuat sesuai dengan ketinggiannya.

Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata
Ruangan khas yang disediakan oleh Syuhaidah dan suaminya untuk Adam bermain dan belajar

Banyak Buat Rujukan Di Internet
Ketika ditanyakan tentang inspirasinya ketika mengemas, dia memberitahu kebanyakan idea dekorasi didapati dari internet. Selain itu, dia banyak mendapa idea dari Pinterest dan Instagram. “Sebenarnya banyak idea menarik yang boleh kita jadikan contoh di internet. Semuanya cantik-cantik. Kita kena rajin cari dan sesuaikan mengikut bajet yang ada,” kata Syuhaidah.

Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata
Untuk menguatkan otot tangan dan kaki Adam, Syuhaidah dan Azizul membina wall climbing untuk anak mereka

Bercerita tentang konsep, Syuhaidah memberitahu ia merupakan sebuah ruang untuk bermain sambil belajar. Ada unsur Montessori diselitkan dalam dekorasi ruang tersebut supaya Adam boleh meneroka sendiri persekitarannya untuk membantu dalam pembelajarannya.

Ads

Suami Rajin Bantu Dan Bagi Sokongan
Suami Syuhaidah, Azizul Othman, 36, memainkan peranan penting dalam membantunya membuat dekorasi ruangan ini. Azizul bertanggung jawab untuk memasang perabot, mendril dan sebagainya. Selain itu, Syuhaidah dan Azizul juga banyak berbincang tentang rancangan serta bajet untuk membuat dekorasi tertentu. “Kami akan rancang bersama-sama mengikut kemampuan. Semuanya dibuat sedikit demi sedikit, bukannya sekali harung, ”tambah Syuhaidah lagi.

Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata
Azizul menyokong dan selalu bantu Syuhaidah untuk membuat dekorasi rumah dan bilik aktiviti Adam

Buat Home Schooling Dengan Anak
Kata Syuhaidah, dia akan membuat latihan pembelajaran dengan anaknya dalam tempoh 10-20 minit sahaja kerana perhatian budak kecil untuk fokus dengan sesuatu tidak lama. Memandangkan Syuhaidah seorang guru, dia selesa untuk mengajar anaknya di rumah selain menghantar anaknya ke pra sekolah. Bukan untuk memberi tekanan, tetapi sekadar meluangkan masa dan menarik minat Adam untuk belajar.

Ads
Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata
Syuhaidah tidak pernah memaksa Adam untuk belajar setiap masa, tetapi sering habiskan masa bermain bersama

Dari segi penyediaan bahan pembelajaran, Syuhaidah tidak suka membazir. Dia tidak beli, tetapi membuatnya sendiri. “Saya beli material dari kedai-kedai murah atau internet saja. Kemudian saya akan buat semuanya sendiri. Saya suka mengajar sendiri Adam ni sebab boleh pilih kurikulum untuk mereka kuasai. Saya ikut silibus untuk mengajar Adam mengikut peredaran usianya, ” kata Syuhaidah.

Artikel Berkaitan: [Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain]

Ads

Lebih Sedia Dan Suka Belajar
Ketika ditanyakan tentang kebaikan menyediakan anak dengan didikan home schooling sebelum dihantar ke sekolah, Syuhaidah memberitahu Adam lebih berminat untuk belajar. Anaknya juga lebih santai dan merasakan belajar itu menyeronokkan kerana sepanjang mengajar Adam, Syuhaidah mengetengahkan konsep bermain sambil belajar.

Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata
Biasa dididik ibunya, kini Adam suka belajar dan akan membaca sebelum masuk tidur

Anaknya itu juga sudah menguasai skil motor kasar dan halus, boleh membaca dan menulis dengan baik serta meminati aktiviti rekreasi seperti sukan badminton dan taekwando. Pada usianya enam tahun, kini Adam sudah mula membaca Al-Quran.

Artikel Berkaitan: [Anak Belajar Dalam Keadaan Santai Tidak terlalu Terikat Dnegan Silibus. Pakar Kongsi Kelebihan Homeschooling]

Kena Bertenang
“Jika mahu mengajar anak sendiri, perlu ada rasa sabar. Prosesnya ambil masa dan boleh jadi tegang. Kalau ibu suka marah-marah, anak akan jadi bosan dan merasakan belajar itu susah. Sediakan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk menarik minatnya belajar dan elakkan daripada memaksa. Untuk menjayakan usaha itu, paling penting dapatkan rujukan atau contoh-contoh bahan mengajar daripada internet atau sertai kumpulan sokongan homeschooling yang ada di facebook, ” akhiri Syuhaidah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI