Syawal sudah kini sudah dihari keempat, jemputan rumah terbuka raya diterima daripada sanak saudara dan rakan taulan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, siap sedia dari awal supaya mood anak sentiasa terjaga.
Ya, memang betul. Hanya ibu bapa yang memahami anak. Satu perihal yang sangat penting dan memberikan impak besar kepada si kecil iaitu tidur. Keperluan ini sangat mustahak untuk si kecil dan ia perlu dititikberatkan oleh ibu bapa
Perkongsian Puan Uswatun Hasanah, Kaunselor Tangisan Bayi, Baby Language ini boleh anda jadikan panduan untuk memahami bagaimana tidur memberikan impak besar kepada keseluruhan tingkah laku anak.
ANAK ‘OVERTIRED’ = HORMON STRES MENINGKAT= HORMON TIDUR MENURUN
Bila badan manusia mengesan bahawa kita telah masuk fasa letih dan malangnya tiada usaha ke arah tidur/berehat di dapatkan segera, maka sistem kita akan memasuki fasa respon ‘fight or flight’ bila mula terlalu letih (overtired) .
Atau bahasa mudahnya fasa badan merespon bila berdepan dengan sebarang ancaman survival (untuk terus hidup, terus bergerak dan berfungsi).
Demi survival ‘terpaksa terus berjaga’ dalam kes ini, maka hormon stress seperti Cortisol akan dirembeskan. Dalam kadar yang optimum, Cortisol ini bagus untuk kita . Sebab? Cortisol pada kadar yang tertentu, membantu selaraskan perkara-perkara seperti bendalir badan dan tekanan darah. “MALANGNYA”, ia turut membuat kita segar dalam masa yang sama. Malah, kehadiran nya menghalang hormon tidur iaitu Melatonin untuk beraksi.
Ads
Makin Letih, Makin Sukar Lelapkan Mata
MAKA, ini lah punca mengapa bila kita terlalu letih, makin sukar nak terlelap. Sebagai orang dewasa, kita akan mencari jalan untuk mengatasi situasi ini. Misalnya, kita mengisi masa dengan menyibukkan diri membuat sebarang kerja.
‘Masa’ dan ‘aktiviti’ yang kita buat, membantu penyingkiran Cortisol dari sistem badan kerana Cortisol boleh di singkirkan melalui bendalir badan seperti air mata, air liur, urin dan peluh.
Ads
Boleh Jadi Hiper Atau Menangis & Mengamuk
SAMA halnya dengan bayi dan anak kecil. BEZANYA, mereka tak pandai nak ‘sibukkan diri’. Lalu SAMA ADA, mereka jadi lagi ‘hiper’ melompat ke sana sini enggan tidur atau lagi malang mula menangis dan mengamuk lama serta menolak semua usaha untuk menidurkan mereka. Kenapa?
#1:Badannya sedang cuba singkirkan Cortisol dan ia bukan proses yang 10-15 minit boleh siap, NO.
#2: Anak ‘serabut’ sebab sistem otak dah masuk mood segar/berjaga tetapi badannya pula sangat letih.
Ads
Anak Mengantuk Jangan Halang & Tangguh
Bantu dan benarkan anak tidur pada bila-bila masa yang dia perlu, mahu dan patut dapatkan. Jangan halang dan tangguh, atau anak akan lebih sukar di tidurkan.
Tidur di mana dan cara bagaimana itu tak penting, asalkan anak tidur. Dan, suka atau tak, hakikatnya, hidup ada anak kecil TIDAK AKAN SAMA dengan semasa bujang dahulu.
Tangguh Dulu Supaya Anak Boleh Tidur Sempurna
Saya masih ingat bagaimana kami (saya dan suami) akan menangguhkan aktiviti beraya untuk memberi masa anak tidur dengan ‘lebih sempurna’ di rumah bila perlu.
Juga, bagaimana sebahagian tetamu hanya dapat mengirim duit raya buat anak-anak kami kerana tak dapat berjumpa mereka yang sedang kesedapan tidur.
Selalu ingat, ibubapa yang harus ‘masuk’ ke dalam hidup anak, bukan anak yang harus ‘masuk’ ke dalam hidup ibubapa.
Ingatkah lagi bagaimana perasaannya apabila mendengar perkataan pertama dituturi oleh anak? Mungkin sesetengah bayi agak lewat pertuturannya tetapi keterujaan yang kita rasai tetap sama. Perkataan pertama terlalu dinanti-nantikan oleh setiap ibubapa. Ibubapa yang berkesempatan untuk merekod momen gemilang itu sudah pasti akan menghebahkan keterujaan di media sosial untuk dikongsikan bersama seluruh dunia.
JANGAN LUPA MOMEN ITU
Semakin anak menguasai bahasa dan pertuturan, semakin mudah kita menguruskan anak. Jika ‘tantrum’ kerap berlaku ketika usia awal kerana ketidakupayaan anak untuk meluahkan emosi dan ketidakupayaan anak untuk menyampaikan apa yang diingininya, berkembangnya bahasa dan pertuturan mengurangkan kadar meragam anak.
Jika sebelum ini kita perlu meneka-neka apakah yang diingini anak, keupayaan untuk bertutur membuka peluang komunikasi yang lebih bermakna di antara ibubapa dan anak.
Bagaimanapun keterujaan yang kita rasakan itu selalunya tidak lama.
Semakin usia anak meningkat, semakin anak pandai bertutur, semakin anak menguasai bahasa, semakin anak tahu meluahkan emosi dan semakin anak berupaya menyampaikan keperluannya, komunikasi di antara ibubapa dan anak mula menjadi semakin hambar.
Ibubapa mula diam kerana sibuk.
Ibubapa semakin diam kerana ‘technoference’.
Ibubapa diam kerana anak sudah terbukti normal boleh bertutur, kenapa perlu dirisaukan lagi?
Kenapa perlu meluangkan masa mendengar anak bertutur seperti ketika anak kecil dahulu?
Anak diam bukan kerana tidak boleh bertutur tetapi anak diam kerana tidak teruja untuk berbual.
Anak diam kerana dia sudah dibiasakan untuk ‘berbual’ dengan gajet.
Anak diam kerana tidak pasti adakah ibubapa sudi mendengar.
Anak diam kerana rakan lebih memahami perasaannya.
Anak diam kerana tidak diberi peluang untuk bersuara walaupun dia boleh bertutur.
Jika dahulu ‘tantrum’ anak kecil semakin mudah diurus apabila dia boleh bertutur meluahkan emosi dan keperluannya, kini ‘tantrum’ anak remaja sukar diurus kerana dia tidak meluahkan emosi dan keperluannya walaupun boleh bertutur.
Jangan lupa bagaimana kita ternanti-nantikan saat anak menutur perkataan pertamanya dahulu. Luangkan masa dan berbuallah.
Doktor Selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Ace yang berusia 3 tahun 4 bulan dan disahkan menghidap ‘Mild Autism’.
Menurutnya, dia akur apabila guru di sekolah baru Ace meminta untuk Dr.Say memohon kad OKU buat anak sulungnya itu kerana menurut pendapat guru tersebut, banyak kelebihan dan kemudahan yang Ace bakal dapati daripada kad tersebut.
Dr. Say meluahkan rasa bagi pihak anaknya dan mengundang sebak ramai pengikut di Instagram.
Rata-rata berpendapat pilihan sekolah yang kedua adalah tepat dan sesuai untuk Ace. Ada juga yang berpendapat Ace mungkin lebih gembira jika ditempatkan di sekolah baru.
Hakikatnya anak-anak pada usia empat tahun masih belum bersedia untuk memberi fokus terhadap sesuatu perkara di dalam kelas. Justeru, kelas untuk kanak-kanak di bawah empat tahun masih menumpukan sepenuh masa dengan aktiviti bermain sambil belajar.
Kanak-kanak di peringkat usia begini tidak sesuai ditumpukan masanya dengan perkara akademik yang lebih kepada abstrak tetapi lebih kepada aktiviti yang konkrit atau maujud.
Mereka melakukan penerokaan menggunakan deria menggunakan motor kasar dan motor halus. Contohnya bermain bongkah atau lego, kanak-kanak menggunakan deria sentuhan motor kasar dan motor halus.
Malah, mereka kurang fokus di dalam kelas dan tumpuan terhadap sesuatu perkara tidak lama iaitu dalam masa lima minit diberi tumpuan sepenuhnya kemudian perlahan-lahan beralih kepada perkara yang lain.
Bagaimana hendak didik anak ini bermain sambil belajar cara yang betul? Ini caranya!
1.PELBAGAIAKTIVITI
Perlu memberi perhatian dengan mengalihkan aktiviti yang berlainan setiap kali anak-anak beralih tumpuan. Tanya dengan anak-anak terhadap aktiviti yang digemari dan berikan peningkatan cabaran dari mudah ke sukar. Contohnya bermain puzzle atau cantuman yang mudah kepada aras yang mencabar minda anak-anak. Kemahiran penyelesaian masalah menerusi bermain puzzle dapat meningkatkan kereativiti kanak-kanak dalam menyelasaikan masalah dalam situasi tertentu. Beri penghargaan pujian untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak meneruskan aktiviti selanjutnya.
2. IBU BAPA TURUT SERTA
Ibu bapa digalakkan memberi ruang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak semasa di rumah. Maksudnya semasa anak-anak melakukan aktiviti ibu bapa digalakkan berada di sampingnya. Terdapat peningkatan jika anak-anak diberi tumpuan oleh ibu bapa. Kajian menunjukkan semakin banyak penumpuan ibu bapa terhadap anaknya, perkembangan kognitif dan sosialnya lebh baik. Kajian lain juga menunjukkan banyak kemahiran yang diperolehi oleh anak-anak seperti kemahiran bahasa, penerokaan, penyelesaian masalah, pembelajaran akademik, interaksi sosial, kerjasama, permainan kompleks, kebaikan terhadap keupayaan untuk memberi tumpuan.
3. NO HOMEWORK!
Anak-anak di peringkat usia empat tahun tidak sesuai untuk diberikan kerja rumah sebagaimana kanak-kanak sekolah yang formal. Masalahnya perspektif orang dewasa yang terlalu cepat inginkan kejayaan akademik sehingga terlupa akan fitrah mereka yang masih di peringkat deria konkrit. Mereka masih lagi dalam proses penerokaan deria konkrit untuk melengkapkan diri dengan kemahiran domain seperti bahasa, fizikal, kognitif, sosio emosi dan estetika.
4. MASA YANG SINGKAT
Anak-anak yang berusia empat tahun sebagaimana yang telah dinyatakan di atas minat dan tumpuan terhadap sesuatu perkara adalah singkat iaitu hanya 5 minit sahaja! Mereka akan duduk sekejap sahaja melakukan sesuatu perkara. Jika memberi aktiviti membuat latihan tentunya tidak sesuai bagi diri anak-anak ini.
5. JENIS PERMAINAN
Sediakan permainan yang berbentuk konkrit iaitu permainan yang melibatkan sentuhan, gerakan motor halus dan kasar. Anak-anak di peringkat deria konkrit, fitrahnya memang banyak bermain. Bermain dalam peringkat ini adalah belajar. Mereka menggunakan alat permainan untuk meneroka kehidupan sebenar. Baginya bermain merupakan media pembelajarannya untuk mengetahui sesuatu perkara dan berimaginasi. Menerusi main mereka belajar menyelesaikan masalah, berbahasa, bersosialisasi dengan rakan sebaya, belajar mematuhi peraturan bermain dan mempertingkatkan kemahiran kognitif.
6. RAKAN SEBAYA
Semasa bermain anak memerlukan rakan. Peranan ibu bapa hendaklah membimbing cara mereka bersosialisasi. Setiap perkara yang negatif perlu ditegur dan diperbetulkan pada masa itu juga. Umpamanya jika anak-anak cuba mengusik kawan, ibu bapa perlu mendampingi anak dan cuba berbincang dan menyelesaikan masalahnya. Memupuk sikap positif memerlukan kesabaran. Mendenda anak-anak tanpa berbincang dan memperbetulkan kesalahannya adalah jalan yang singkat dan menghasilkan kesan negatif.
Kesimpulannya anak-anak berusia empat tahun masih lagi di peringkat pemikiran deria konkrit. Aktiviti berbentuk akademik tidak sesuai untuk diberikan kepada anak-anak ini. Berikan mereka aktiviti yang sesuai dengan tahap usianya seperti aktiviti berbentuk konkrit yang menggunakan bahan maujud.
Aktiviti bermain sambil belajar merupakan teras kaedah pembelajaran untuk anak-anak berusia empat tahun.
Ibu bapa malah guru tadika dan pengasuh taska perlu menyedari akan tahap usia dan fitrahnya yang tidak boleh disamakan sebagaimana pemikiran orang dewasa semasa mendidik anak-anak ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian ketika satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.