yana guna

Sebagai seorang ibu, kita harus bijak menarik perhatian anak ketika bersembang dengannya terutama anak lelaki. Mereka mungkin kelihatan seperti tidak kisah, tetapi impak dari cara kita mendekati mereka akan terlihat apabila anak-anak ini semakin menginjak dewasa.

Artikel Berkaitan: [Awas! 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak]

Selebriti serba boleh, Yana Samsudin turut berkongsi beberapa tip ketika berkomunikasi dengan anak untuk membina kepercayaan dalam diri mereka.

View this post on Instagram

korang dinner aper malam ni?? haaa nampak tu @aisymateen dah beso panjang ni, ader jer permintaan dia sendiri ? . . kitorang akan dengar juga idea dan cadangan dia, kalau boleh guna pakai kita akan ikut tapi kalau tak ngam yana akan bagi solusi dan terangkan hingga dia faham… . . tak sangka usia dari 2 tahun lebih dia dah pandai bagi idea & ber negotiation. . . now dah 3 tahun ni, lagi lah… semalam dia bagi teka teki kat kita! ? . . sebab tu, tips untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik… nak bercakap dengan 1: Anak lelaki guna tone suara rendah.. 2: Mata bertentangan sama paras (eye level) 3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas. 4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan "faham tak?" kalau dia ada respon, jawab "faham atau dia menganguk " tandanya dia faham lah tu… 5: Dan yang paling terakhir serta basic ialah "SENYUM " kat anak kita!! bagi senyuman paling manis sekali!!! Dan pelukan paling hanggat dan penuh kasih sayang!!!! ??? . dengar macam dealing dengan orang besar kan? tapi percayalah dak kecik anak kita tu bijak sebenarnya…. #TipsBolehGunaPakai #MateenDanMommy

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Ads

Berkongsi tentang hal ini menerusi salah sebuah posting di laman Instagram peribadinya, Yana memberitahu dia selalu mendengar cadangan atau pendapat Aisy Mateen dan sekiranya perlu dibangkang, Yana akan pastikan dia memberi penerangan atau solusi terhadap perkara itu. Ibu muda ini juga menyenaraikan beberapa teknik berkomunikasi berkesan melalui posting tersebut.

Artikel Berkaitan: [Masa Pandang Baby, Rajinlah Bercakap Dengannya. petua Anak Cepat Cakap Dari Speech Therapist]

Ads

Tip untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik, nak bercakap dengan :

Ads

1: Anak lelaki guna tone suara rendah
2: Mata bertentangan sama paras
3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas
4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan ‘faham tak?’ kalau dia ada respon, jawap ‘faham atau dia mengangguk’ tandanya dia faham lah tu.
5: Dan yang paling terakhir serta basic adalah ‘SENYUM’ kat anak kita! Bagi senyuman paling manis sekali dan pelukan paling hangat dan penuh kasih sayang!

Pa&Ma bersetuju dengan perkongsian Yana ini kerana ia dapat membantu para ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak tanpa membelakangkan mereka. Semoga dengan perkongsian berguna ini dapat memberi manfaat kepada kita semua ketika melayan karenah anak-anak. Terima kasih Yana!

Sumber: Yana Samsudin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI