Kehadiran anak dalam rumahtangga menjadi penyeri dan mengeratkan hubungan. Tentunya setiap pasangan mempunyai perancangan tersendiri tentang jumlah anak yang diimpikan. Teruja nak miliki keluarga besar, pastikan ada jarak selamat setiap kali hamil kalau sayangkan isteri.
Apabila seorang ibu hamil, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin. Sekiranya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, maka ia mungkin boleh menggugat proses kehamilan dan meningkatkan risiko pelbagai komplikasi.
Jarak kehamilan amat penting dalam sebuah keluarga untuk kepentingan bersama. Bagi pasangan yang mensasarkan anak ramai tiada masalah asalkan anda dan pasangan mengamalkan jarak mengandung atau “birth spacing”.
Menurut Public Health Malaysia, buat masa ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk kandungan seterusnya.
Ini adalah penting agar anda sebagai ibu pulih dan bersedia sepenuhnya untuk kandungan seterusnya.
Ads
Anda ada hak kepada diri dan kesihatan anda. Mengandung adalah satu risiko. Jangan tambah risiko lain yang boleh menyebabkan masalah yang lebih serius.
Hubungi doktor/misi di klinik di tempat anda. Tanyakan bagaimana anda boleh menjarakkan kandungan anda. Terdapat pelbagai cara untuk merancang keluarga anda. Bincang bersama husband anda. Suami yang baik, tidak akan membahayakan nyawa isterinya.
JARAK BERSALIN DUA TAHUN DARI TARIKH BERSALIN
Ads
Jarak sebaik-baiknya ialah dua tahun daripada tarikh bersalin terdahulu. Misalnya jika ibu bersalin pada Ogos 2017, sebaik-baiknya boleh merancang untuk hamil lagi pada Ogos 2019.
Mengandung seawal enam bulan selepas bersalin meningkatkan risiko kematian ibu.
KESAN KEPADA BAYI
Bagi kandungan yang mempunyai kehamilan jarak kurang daripada 18 bulan, bayi berisiko untuk mengalami keadaan seperti berikut;
Risiko kematian anak meningkat.
Risiko saiz bayi lahir kecil (kurang daripada 2.5kg)
Risiko kandungan kecil berbanding usia kandungan.
Risiko lahir pramatang.
Setiap pasangan dinasihatkan untuk mengamalkan perancang keluarga untuk memastikan kehamilan dapat dijarakkan dengan lebih selamat dengan kaedah yang dipercayai berkesan.
Ads
INFO JENIS KAEDAH PERANCANG KELUARGA
Berikut, merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan. Kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika ibu masih menyusukan bayi:
Kondom untuk lelaki atau wanita;
Pil mini;
Suntikan;
Implan;
Alat intrauterine (IUD)
Sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk memilih kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan usia dan tahap kesihatan ibu.
Menanti detik kelahiran bayi, suami Mawar Rashid mengimamkan sendiri solat hajat. Para peminat mendoakan agar proses bersalin akan berjalan lancar.
Suami Mawar, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada Datuk Fazley mengimamkan sendiri solat hajat sempena majlis doa selamat yang diadakan sempena menyambut kelahiran bayi mereka.
Acara itu dimuatnaik Raf di Instagram dan mendoakan harapan agar urusan bersalin Mawar nanti lancar.
rafyaakob Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari.
Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin.
Setelah bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat, keputusan ujian kehamilan akhirnya kembali positif! Soalan seterusnya yang bakal bermain di minda; ‘Bilakah tarikh bersalin saya?’
Untuk makluman, pasangan yang sedang merancang atau bakal ibu, pengiraan tarikh bersalin amat penting untuk memudahkan proses check-up dan menyediakan segala persiapan barangan si comel.
Selain itu, keluarga dan rakan-rakan anda juga pastinya teruja untuk tahu tarikh mereka boleh menatap wajah bayi, kan? Tapi, bagaimana cara mengira tarikh bersalin atau due date ini? Usah risau bakal ibu, jom ikut perkongsian ini!
Tarikh bersalin, bagaimana ia dikira?
Majoriti kehamilan berlangsung sekitar 40 minggu (atau 38 minggu sejak konsepsi). Justeru, kaedah terbaik untuk menganggarkan tarikh bersalin adalah dengan mengira 40 minggu atau 280 hari, dari hari pertama haid terakhir (LMP) anda.
Cara lain, adalah dengan menolak 3 bulan dari hari LMP anda dan kemudian, menambah 7 hari.
Secara ringkasnya, rumusannya kelihatan seperti berikut:
Tarikh hari pertama haid terakhir (LMP) – 3 bulan + 7 hari
Misalnya, jika haid terakhir anda bermula pada 11 April, ditolak 3 bulan (11 Januari) dan kemudian menambah 7 hari, maka tarikh bersalin akan jatuh pada tanggal 18 Januari.
Ini juga menjadi kaedah yang dipraktikkan doktor untuk menganggarkan due date wanita hamil. Peringatan, bersalin 1 atau 2 minggu sebelum atau selepas tarikh anggarannya juga masih dianggap normal ya!
Tarikh konsepsi (persenyawaan)
Pengiraan tarikh bersalin yang berdasarkan hari pertama haid terakhir kebanyakannya berfungsi dengan baik buat golongan wanita dengan kitaran haid yang teratur.
Tetapi jika anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur, kaedah LMP mungkin tidak begitu sesuai. Oleh sebab anggaran tarikh bersalin (EDD) adalah mustahak, anda dan doktor boleh menggunakan tarikh konsepsi jika anda dapat mengingatnya.
Kemudian, hanya menambah 266 hari untuk mendapatkan anggaran tarikh bersalin. Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
Tarikh minggu kehamilan, bagaimana doktor mengiranya?
Doktor dan bidan menggunakan 3 set kaedah yang standard untuk menghitung minggu kehamilan, iaitu berdasarkan LMP, ultrabunyi, dan melalui pemeriksaan fizikal.
Walaupun waktu bersalin tidak dapat diketahui secara tepat, proses 3 langkah ini berupaya membantu anda meramalkan tarikh jangkaan bersalin.
#1 Pemeriksaan fizikal
Ukuran rahim biasanya dapat menjadi indikasi kepada minggu kehamilan. Sekitar usia 12 minggu, doktor akan dapat merasai rahim (fundus) di atas pelvis. Selepas 18 minggu, jarak (dalam cm) antara tulang fundus dan tulang kemaluan bersamaan dengan jumlah minggu dari tempoh haid terakhir.
Dalam tempoh kira-kira 20 minggu, fundus berada di umbilicus, dan ini akan dapat memberikan gambaran kasar mengenai minggu kehamilan. Pun begitu, ini bukanlah menjadi cara yang tepat untuk meramalkan usia kehamilan dek kerana faktor-faktor seperti kehamilan kembar, obesiti, tumor rahim, atau fundus menjadi lebih tinggi atau rendah
#2 Kaedah ultrabunyi
Ultrabunyi dikatakan berguna walaupun anda tidak dapat kenal pasti LMP atau alami masalah haid tidak teratur. Ia berdasarkan siri ukuran kantung kehamilan dan janin.
Sonographer akan mengukur bayi bermula dari kepala hingga kaki dan hasilnya memberikan crown-rump length (CRL), panjang embrio atau janin dari bahagian atas kepalanya hingga ke bawah torso badan. Ini dapat membantu para doktor menganggar minggu kehamilan berdasarkan pertumbuhan bayi anda.
Sekiranya tidak ada banyak perbezaan antara kaedah ultrasound dan LMP, doktor mungkin hanya menggunakan LMP untuk menetapkan tarikh jangkaan bersalin. Contohnya, jika anggaran ultrabunyi dan LMP trimester pertama anda jatuh pada minggu yang sama, LMP dianggap ‘muktamad’.
Namun, kalau wujud perbezaan sebanyak 1 minggu atau lebih, anggaran ultrasound bakal dipertimbangkan!
Bagaimana pula cara kira due date kehamilan IVF?
Secara logiknya, cara hamil yang berbeza memerlukan kaedah pengiraan tarikh bersalin yang berlainan, kan?
Untuk makluman, ternyata tarikh jangkaan bersalin bayi IVF adalah lebih tepat berbanding proses persenyawaan yang semula jadi! Untuk bakal ibu yang hamil melalui kaedah IVF, tarikh kehamilan boleh dianggarkan dengan cara menambah 38 minggu bersamaan 266 hari, bermula saat ovum melalui proses pembenihan.
Selain itu, kalian juga boleh menambahkan 38 minggu dan menolak jumlah hari implantasi embrio. Ini kerana, tarikh akhir IVF tidak dikira berdasarkan hari persenyawaan. Mereka dikira berdasarkan tarikh pemindahan embrio.
Misalnya, jika anda melakukan pemindahan embrio 5 hari, tarikh anggaran bersalin adalah 261 hari selepasnya. Bagi yang melakukan pemindahan embrio 3 hari pula, due date akan jatuh pada hari ke-263.
Kadang-kadang, pada kehamilan yang berlaku bukan melalui IVF, due date boleh diubah atau disesuaikan semula. Perkara ini mungkin berlaku selepas hasil ultrabunyi mendapati ukuran janin tidak bersesuaian dengan saiz yang sepatutnya berdasarkan hari haid terakhir.
Tetapi, selesai IVF, jika ultrabunyi pada masa depan menunjukkan indikasi ‘wrong due date‘, tarikh jangkaan bersalin anda kemungkinan besar tidak akan berubah.
Biasanya, doktor akan memantau kehamilan dengan teliti untuk suatu tempoh bagi memastikan janin membesar seperti yang diharapkan.
Bolehkah anda rancang tarikh jangkaan bersalin?
Setiap orang pasti mempunyai sebab tersendiri untuk bersalin pada suatu tempoh yang diinginkan. Anda mungkin seorang guru dan ingin bersalin ketika cuti sekolah, atau pekerja yang sedang menjalani kursus berjangka masa panjang.
Tidak kisah apa pun alasan anda, kalian boleh cuba mengira anggaran waktu hamil untuk ‘merancang’ due date yang diidamkan. Tapi walaupun anda bernasib baik untuk hamil pada masa yang diingini, sentiasa beringat bahawa anda mungkin tidak akan dapat mengetahui hari, minggu atau bulan bersalin dengan tepat.
Akhir kata, pengiraan tarikh bersalin tidaklah serumit yang difikirkan. Namun, caranya mungkin berbeza mengikut kaedah penghamilan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lalu, pasangan instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cukup teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi.
Maryam dilihat sering berkongsi pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa lapangnya tidak ketinggalan menghasilkan beberapa kelengkapan untuk anak sulungnya.
Kini usia kandungan Maryam sudah pun memasuki 35 minggu dan sudah semestinya satu debaran buat Maryam dalam menanti kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
Terdahulu, usaha Maryam menyiapkan pakaian buat bayinya dan sanggup berjaga malam hingga waktu pagi dipuji wargamaya. Semangat dan usaha Maryam menyiapkan hadiah bingkisan untuk anak perempuan mereka itu sememangnya harus dipuji.
Semoga kelahiran baby Durian Kimchi sedikit masa lagi dipermudahkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.