‘Anak saya tak suka dipeluk’ kata seorang ibu. Bila ditanya berapa kali dia memeluk anak, jawapanya sekali-sekala. Anak-anak yang selalu dipeluk, dicium akan selalu memeluk dan mencium ibu bapa mereka. Perbuatan yang dilakukan kepada anak-anak akhirnya akan berbalik kepada ibu bapa, jika baik perbuatan maka baiklah balasanya.
Ramai yang menyesal bila anak dah tak suka di peluk, tak suka di cium dan tak suka dekat dengan mak ayah mereka.
Salah kita tak bina connection yang kuat masa anak masih kecil.
Salah kita tak hargai peluang yang ada untuk tambat hati anak anak.
Salah kita juga sebab tak cakna pada keperluan emosi anak anak.
Sehari kita sepatutnya kena peluk anak paling kurang pun 8 kali sehari supaya anak rasa Connected dengan kita.
Sehari kita sepatutnya kena buat Eye Contact paling kurang 1 kali masa bercakap dengan anak anak untuk buat dia rasa di hargai.
Bagaimana kita layan anak anak hari ini akan beri impak besar pada bagaimana anak anak pula akan layan kita kemudian hari.
Ingatlah, dunia ni berputar macam roda…
Wallahu A’lam,
Kredit:Mohd Fhais
Parenting Influencer
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Kena Jaga Emosi Anak. Walau Masih Kecil Mereka Boleh Simpan & Serap Memori Negatif
Orang kata anak-anak itu cerminan ibu bapa. Dalam menjadi seorang ibu dan ayah yang baik pastinya kita perlu berikan contoh yang baik-baik untuk anak-anak kita terutamanya yang sedang membesar.
Menurut Dr Taufiq Razif, umur 0 hingga satu tahun adalah fasa dimana anak-anak kita nak membina rasa percaya kepada ibu dan ayah mereka sendiri. Ketika inilah si kecil akan menilai ibu bapa mereka dan juga dalam masa yang sama membina rasa percaya dengan dunia sekelilingnya.
Menurutnya lagi, sebagai ibu bapa kita perlu jaga emosi anak-anak yang masih kecil. Walaupun mereka mungkin Nampak macam tak faham dan tahu apa-apa namun memori negatif yang mereka lihat akan disimpan dan diserap.
Awas! Bahaya Tak Reti Jaga Anak Umur 1 Tahun & Ke Bawah Ni
- Mengikut teori psikosial Erik Erikson, umur 0-1 tahun adalah Fasa Trust Versus Mistrust yang mana pada umur tu lah anak belajar untuk develope rasa percaya dia pada mak ayahnya sendiri.
- Masa umur 1 tahun dan ke bawah ni la anak akan nilai mak ayahnya atau ‘caregiver’ nya. Masa umur tu lah juga anak kita akan develope rasa percaya pada dunia di sekelilingnya.
- Akibatnya sangat buruk kalau kita rosakkan trust anak kita pada umur 0-1 tahun tu. Contohnya anak kita akan develope rasa tak percaya pada mak ayahnya sendiri, akan memberontak, mudah cemas, kuat meragam dan suka buat masalah disiplin bila dah besar sikit nanti.
- Masa umur 1 tahun ke atas sepatutnya anak kita dah kena masuk fasa yang lain dah. Sebab tu la bab trust ni kena setel awal awal lagi sebelum anak masuk ke umur 1 tahun ke atas.
- Itulah kenapa jangan la bohong anak walaupun nampak remeh & emosi tu kena la jaga bila di depan anak. Nak perang dengan pasangan pun perang dingin dah la bila di depan anak. Kalau nak perang nuklear, sila menyorok di bilik lain.
- Jagalah emosi kita di depan anak yang masih kecil ni kerana gangguan pada emosi mereka akan efek perkembangan mereka suatu hari nanti. Walaupun mereka nampak comel dan tak tahu apa apa tapi memori negatif tu tetap akan mereka simpan dan serap!
- Tolong kongsikan info ni pada pasangan yang lain kerana mereka juga berhak untuk jadi ibubapa yang pada untuk anak anak mereka
- Lebih penting lagi adalah kita ajarkan ilmu ni semua pada pasangan kita sendiri kerana nak didik anak dengan cara yang hebatperlukan kerjasama kedua belah pihak
Sumber: Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Off TV, Tak Bagi Telefon, Anak Mengamuk Semacam! Itu Tandanya Dah ‘Ketagih’ Gajet
Gajet ni bahayanya adalah dia boleh mengakibatkan ketagihan. Sebab tu kita kena control penggunaannya pada anak-anak.
Menurut Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli penggunaan gajet pada anak kena dikawal dari awal.
Saya sendiri personally ada “gadget time” untuk anak-anak. Sebab saya pilih untuk dedah dalam keadaan terkawal.
Semasa gadget time anak-anak:
– tak boleh install apa-apa apps
– tak boleh duduk dalam bilik. Mesti di hadapan kami sahaja.
– hanya buka untuk rujukan dan membaca (saya install EPIC, so video dan bahan bacaan dari situ sahaja yang mereka boleh buka)
– saya izinkan main game semasa gadget time selepas mereka habis baca 1 buku (pendapat saya: digital game adalah zaman mereka).
– Social Media memang saya tak dedahkan langsung, termasuk penggunaan whatsapp. Anak saya hanya tahu call sahaja guna phone, in case of emergency.
– Anak saya TIADA PHONE SENDIRI.
Ada ramai rakan-rakan saya pilih untuk tidak dedah langsung. Bagaimana kita nak kawal, terpulang pada kita. Tapi, kalau kita pilih untuk dedahkan, atau sudah terlanjur dedahkan…
Kita perlu jelas dengan guideline penggunaan gadget pada anak-anak. Terutamanya kalau anak kita tu kecillllll sangat lagi. Dan… kita perlu SANGAT ALERT tentang tanda-tanda anak kita KETAGIHAN.
Ketagihan gadget adalah SANGAT BAHAYA kepada perkembangan otak anak-anak ya.
Lihat Tanda-Tanda Ini Pada Anak. Kalau Ada Salah Satunya, Maknanya Jangan Ambil Mudah
9 Tanda Anak Ketagihan Gajet:
KEGAGALAN KAWALAN
Anak tak boleh ikut bila kita letak kawalan penggunaan. Tak boleh stop main gadget. Dan tak boleh bila dengar kita kata tak boleh gadget.
ANAK HANYA MAHU GADGET SEBAGAI REWARD
“Gadget Time” sahaja yang anak mahukan. Bila kita minta anak pilih apa hadiah yang dia mahu, anak hanya mahu “PHONE”. Bila kita buat reward chart, anak hanya minta waktu penggunaan “PHONE” dipanjangkan. Ini juga tanda ketagihan ya…
CERITA TENTANG APA YANG DIMAINKANNYA DALAM GADGET SAHAJA
Kat meja makan, cerita tentang “minecraft”. Kat depan cerita tentang Red Ball. Asal cerita je, cerita tentang game favourite dia dalam gadget. This is not healthy.
Anak-anak perlu eksplore dan rasa minat dengan KEPELBAGAIAN PERKARA di muka bumi. Bukan hanya gadget.
MENGGANGGU KEHIDUPAN SOSIAL
Sentiasa berkepit dengan gadget. Tak boleh berenggang. Makan bawa gadget, nak tidur bawa gadget (eh.. bunyi macam kita pula kan?)
Tapi, sentiasa mahu gadget sehingga anak sukar bersosial, mata tu ke gadget sahaja adalah tanda ketagihan.
PERNAH BERGADUH ANAK-BERANAK TENTANG GADGET
“Awak ni asyik phone je!!!”
Kita pernah marah anak tentang penggunaan gadget dia, anak pernah mengamuk dengan kita tentang gadget dia, bergaduh adik-beradik berebut harta gadget tu. Ni tanda-tanda anak ketagihan gadget.
ANAK TUNJUK TANDA ADDICTION WITHDRAWAL
Bila kita off TV, off gadget, dia punya mengamuk semacam. Bila kita ambil gadget dia, jerit tak boleh bawa bincang. Orang ketagih, tak dapat barang, memang dia akan mengamuk tak boleh bawa bincang tau. So, tu tanda anak kita ketagihan ya.
MASA DENGAN GADGET SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENINGKAT
Sepanjang masa anak nak tengok skrin. Kita kata “stimulation tolerance” dia meningkat. Dia boleh duduk, dalam posisi yang sama berjam-jam masa tengah main gadget tu. Bunyi guruh di langit ke, bunyi air di tempayan dicurahkan ke, semua dia tak dengar dah. Ni bahaya tau. Teruk dah addiction anak kalau macam tu.
ANAK CURI-CURI GUNA
Anak akan cari cara apa pun untuk curi-curi bawah gadget ke dalam bilik, bawa tidur, masukkan dalam beg sekolah. Ni memang tanda addiction gadget dah tahap agak teruk. Rules yang kita bagi, semua dah tak mahu ikut. Dan mula sorok-sorok, curi-curi langgar rules.
Ni RED ALERT ADDICTION ye, mama ayah
HANYA DENGAN GADGET ANAK BAHAGIA
Bila tiada gadget, anak macam ayam berak kapur. Tiada pancaran kebahagian, asyik marah-marah, monyok tak tentu hala. Dapat je gadget, matanya bercahaya, sinar kebahagiaan terpancar dari wajah anak yang polos dan mulus.
Haaa… Ni TANDA BESAR GADGET ADDICTION.
So, mama ayah kena kawal betul-betul. Re-schedule semula penggunaan gadget. Kalau rasa tak mampu control, tak payah bagi langsung.
Saya ada berikan beberapa cadangan untuk kurangkan kebergantungan anak pada gadget di posting ini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157687806588323&id=627523322
Dan macam mana pula kalau kita TAK PASTI KITA BOLEH CONTROL ATAU TAK?
Baca sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157690902923323&id=627523322
Semoga bermanfaat perkongsian ini.
SAY NO TO GADGET ADDICTION!!!
Sumber: OT Siti ‘Aisyah Rozalli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akibat Tersedak Susu, Nyaris Nyawa Anak Melayang. Allah Masih Bagi Peluang Ibu Peluk Mahsuri
Situasi bayi tersedak susu adalah satu situasi yang menakutkan dan merisaukan ibu bapa atau penjaga. Dalam keadaan bayi tersedak susu, biasanya keadaan bayi dah kebiruan atau tercungap-cungap.
Keadaan ini berlaku apabila susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru-paru menyebabkan masalah pernafasan dan juga boleh menyebabkan bayi meninggal tanpa disedari ibu bapa.
Bagi memastikan keadaan ini selamat pada bayi, ibu bapa atau penjaga kena alert dan jika boleh pada waktu malam ‘korbankan’ sedikit masa tidur untuk pastikan anak-anak benar-benar selesa dan sendawa bila siap menyusu.
Jangan biarkan anak menyusu hingga tertidur sendiri tanpa pengawasan kita kerana risiko tersedak susu boleh berlaku.
Perkongsian pengalaman dari seorang ibu, Puan Marzi Hassan yang baru berlaku baru-baru ini semasa anaknya Dhia Puteri Mahsuri berusia 1 tahun 8 bulan boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.
Pengalaman anak tersedak susu. Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ia satu mimpi kerana dapur dan bilik tidur jaraknya agak jauh. Lagipun pintu bilik tertutup rapat. Kalau fikir logik tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga.
Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri… Allahu rabbi… Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju… Tangan dan kakinya sejuk… Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burpppp…. Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul.
Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Kali ini terjadi pada Ammy sendiri. Allahu Akbar, terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur. Satu pengajaran buat Ammy.
Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan…
- Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
- Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
- Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yg diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
- Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kira lah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa. Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita.
Sumber: Marzi Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI