Nak Anak & Suami Mudah Dengar Apa Yang Kita Cakap, Ini Rahsianya!

Share

Biasanya isteri dan ibu selalu merungut kenapa pasangan dan anak kita susah nak dengar cakap. Asyik kena ulang je benda yang sama baru mereka dengar. Sampai satu tahap ibu pun jadi rasa nak marah.

Ok perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Puan Wawa Shauqi ini boleh anda aplikasikan dalam rutin harian. Mana tau tip ini boleh menenangkan hati kita.

Wajib baca ni kalau kita nak anak-anak kita dan pasangan kita mudah buat apa yang kita cakap. Ini bukan nak bagi resepi nasi kangkang ke apa.

Tak payah semua tu kalau kita faham sains di sebaliknya. Bila kita faham ni, insya Allah anak lebih cepat buat apa yang kita suruh. Tak perlu menempik pun.

Semua orang tau bahawa deria manusia ada 5. Deria pendengaran, deria penglihatan, deria rasa, deria bau dan deria sentuh. Deria-deria ni akan proses maklumat di sekitar kita. Termasuklah maklumat berbentuk arahan.

Menariknya, 75% maklumat diproses oleh deria penglihatan. 13% diproses oleh pendengaran. 6% dari sentuhan dan 3% masing-masing dari deria rasa dan deria bau.

Ini kerana, menurut Dr Rizal Abu Bakar, 70% reseptor deria ada pada mata. Jadi, mata memproses maklumat 60,000 lebih laju dari deria lain.

Bermakna, kita kena gunakan betul-betul kelebihan deria penglihatan ni. Supaya bila kita suruh, anak dan pasangan boleh buat tanpa bertangguh.

Tapi macam mana? Kebanyakan suruhan kita berbentuk arahan. Berbentuk teks. Banyak masuk kat deria pendengaran je. Posible ke nak bagi arahan dalam bentuk visual?

Ok, cuba tip-tip ni :

1) Pertama, pandang mata ketika bercakap.

Dengan memandang mata, tumpuan anak/ pasangan hanya pada kita. Jadi kita boleh sampaikan maklumat tanpa gangguan.

Kedua, bercakap dengan perlahan. Cuba pendek-pendekkan ayat suapaya tak lebih dari 10 perkataan dalam satu ayat.

Ketiga, sentuh anak. Sama ada gosok bahu, belai bekang badan, belai rambut atau pegang tangan. Sentuhan boleh mengeluarkan hormon oksitoksin. Ingat, correction lebih mudah bila ada connection.

2) Beri arahan yang jelas

Satu lagi cara kita nak pastikan otak kita memang ‘visually wired’. Bila orang kata “jangan bayangkan gajah merah”, otomatik otak kita akan create imej gajah merah tu.

Begitu juga dengan otak anak. Bila kita sebut “Jangan melompat”, otak mereka lebih pantas memproses perkataan ‘melompat’ tu. Jadi mereka akan terus melompat.

Beri arahan yang jelas seperti “Abang jom duduk kat sini. Kita tarik nafas sama-sama”.
Berbanding “Kenapa kicap ni tak simpan lagi” sebut dengan jelas “Ambil kicap atas meja dan masukkan dalam peti.”

3) Tunjukkan cara

Kadangkala, anak bukan tak nak ikut cakap kita. Tapi mereka tak tau macam mana nak buat. Jadi, tunjukkan cara untuk buat dulu.

4) Guna kaedah story telling

“Safa ingat tak hari Sabtu lepas Safa tolong mama memasak? Safa potong sayur dan basuhkan. Jom kita memasak macam tu.”
Kaedah ni, kita kena sediakan visual melalui cerita dalam otak anak tu. Baru dia boleh bayangkan dan buat.

5) Social Story

Kaedah ini diguna dikalangan anak-anak istimewa seperti autism. Ia membantu anak-anak memahami situasi tertentu dan bagaimana menghadapinya. Ia juga sangat berkesan untuk membantu anak-anak konsisten dengan rutin.

6) Kaedah imaginasi

Dunia kanak-kanak penuh bahagia dan kaya imaginasi. Jadi guna betul-betul imaginasi mereka bila menyuruh.

Contohnya, bila nak suruh anak kemas mainan:

“Wahh,,banyaknya ikan. Mari kita tangkap masuk dalam bakul”
Kalau nak menyuruh anak susun bantal pula, anggapkan bantal seperti kubu.
“Alamak, kubu kita dah runtuh. Ayuh kita bina balik.”

Fakta ni juga mengukuhkan teori bahawa “Kanak-kanak tak buat apa yangbkita suruh. Tapi buat apa yang kita buat.”

Always send good vibes bila menyuruh, supaya orang tak rasa intimidate dengan arahan kita. Kadang-kadang, tambah perkataan “jom” dalam ayat suruhan pun, boleh memberi impak yang besar tau.

Tolong kongsi kat sahabat-sahabat kita. Mudah-mudahan kurang sikit pening mereka nak handle anak-anak.

Kredit: Wawa Shauqi (Parenting Writer)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy