top seleb

Kehadiran seorang bayi dalam sebuah keluarga adalah satu kebahagiaan untuk semua. Tambahan pula jika ia merupakan bayi sulung dalam keluarga yang dibina. Penyanyi popular, Nora Ariffin semalam berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sudah bergelar seorang nenek.

Nora memanjatkan rasa syukur selepas menantunya Putri Eilya Sofea melahirkan anak pertama di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini (Rabu).

Bayi lelaki comel tersebut dinamakan sebagai Ayden Johan.

“Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik & Soleh Macam Arwah Atok,” Tahniah Nora Ariffin, Selamat Timang Cucu Pertama Semalam!

Nora yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di posting turut meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.

Artikel menarik: Comelnya Ean Yusuf! Bayi Lelaki MUA Bellaz Jadi Perhatian Wargamaya. Bermata Kelabu Kulit Putih Melepak Macam Anak Patung!

“Subhanallah…MasyaAllah…Alhamdulillah…Segala puji hanya bagi Allah. I am so happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini.

“Happy……hanya Allah yang tahu. Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga.

“Pa, kita dah dapat cucu dah…Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman.

IKLAN

“Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik & Soleh Macam Arwah Atok,” Tahniah Nora Ariffin, Selamat Timang Cucu Pertama Semalam!

“Sama macam kita sambut Iman dulu…Congrats to my dearest son Syakir Iman dan Putri Eilya Sofea,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu Nora turut meninggalkan kata-kata nasihat buat Syakir dan isteri disamping menitipkan ucapan tahniah buat kedua-dua besannya.

“A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.

“Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.

IKLAN

“Moga Allah memberkati kami semua duniaakhirat.Allahuakbar…Allahuakbar…Wan….happy dan sangat teruja!

“Wan nak Ayden jadi anak yang baik dan soleh ye macam arwah Atok, Johan Nawawi.

“Terima kasih kepada semua tenaga kerja HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eilya Sofea.

“Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik & Soleh Macam Arwah Atok,” Tahniah Nora Ariffin, Selamat Timang Cucu Pertama Semalam!

“Terima kasih juga kepada yang telah memberikan ucapan tahniah serta doa. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.

IKLAN

“Al- fatihah buat Johan Nawawi dan Syakir Alif…We Miss you so much,” tulisnya.

View this post on Instagram

Subhanallah…. MasyaAllah… Alhamdulillah… Segala puji hanya bagi Allah. I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur diatas kurniaan ini. Happy……hanya Allah yg tahu. Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah utk kami sekeluarga. Pa….kita dah dapat cucu dah.😢😢 Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute & mcm iman. Sama macam kita sambut Iman dulu.👩‍❤️‍👨 Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea. @mosyi.johan @eilyasofea A new day has become.😘😘 Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami. Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar….Allahuakbar.. Wan….happy dan sangat teruja.😁 Wan nak Ayden jadi anak yg baik & soleh ye mcm arwah atok…Johan Nawawi. Tq to all the staff frm HUKM yg sgt membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea. Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love.😍😍😍😍😍 Welcome AYDEN JOHAN to the new world. Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Anak sulung Nora itu, mendirikan rumah tangga pada Januari 2019, selepas dua tahun mengikat tali pertunangan

Sumber: Gempak & IG Nora Ariffin

Artikel menarik: Kelahiran Yang Dinanti, Tahniah Hairi Safwan & Isteri! Timang Cahaya Mata Perempuan Setelah Dua Anak Lelaki

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina, bersiaran setiap Rabu jam 9 malam dan ulangan pada setiap Ahad jam 9.30 pagi, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

“Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik & Soleh Macam Arwah Atok,” Tahniah Nora Ariffin, Selamat Timang Cucu Pertama Semalam!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI