Ibu yang pertama kali ada anak, kalau nak bagi bayi makan kena tunggu anak itu cukup 6 bulan ya! Kadangkala kekurangan info menyebabkan ramai ibu terutama yang baru pertama kali ada anak akan mudah mendengar cakap orang lain.
Sudah ada banyak kes berlaku yang melibatkan masalah kesihatan bayi terjejas akibat pemberian makanan pejal sebelum usianya 6 bulan. Diharap ibu-ibu rajinlah mencari info dan maklumat dari sumber yang tepat mengenai bab pemakanan bayi.
Perkongsian daripada Jururawat Terlatih Bel Nawhen yang aktif menulis di facebook ini patut dijadikan panduan berguna oleh semua ibu yang baru mempunyai anak. Baca perkongsian beliau ini yang sangat penting.
Bayi secara umumnya akan melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dalam dua tahun pertama kehidupan.
Terutama bab berat yang akan bertambah seiring dengan usia.
1) Susu ibu adalah makanan terbaik bayi
• Susu ibu mengandungi pelbagai zat dan nutrien. Ia amat menepati keperluan bayi.
• Nutrien dari susu ibu itu sendiri mudah hadam dan diserap oleh bayi.
• Khasiat susu ibu juga termasuk mempunyai sebatian imunology yang melindungi bayi dari jangkitan terutama cirit birit (terjadi kerana kurang penjagaan kebersihan terutama pada pemberian menggunakan botol susu atau bayi ada alergic susu formula)
2) Kekerapan penyusuan bergantung kepada usia bayi sebagai contoh
0-1 bulan = 8 kali penyusuan (60ml/feeding)
1-2 bulan = 7 kali penyusuan (90ml/feeding
2-4 bulan = 6 kali penyusuan (120ml/feeding)
4-6 bulan = 6 kali penyusuan (150ml/feeding)
** 1 oz (auns) = 30 mls
** Walaupun jumlah penyusuan semakin berkurang mengikut usia, tetapi jumlah pemberian meningkat mengikut demand bayi selaras dengan tumbesaran bayi.
3) Semakin besar bayi (mencapai usia 6 bulan), semakin aktif mereka. Susu ibu sahaja TIDAK cukup bagi memenuhi keperluan tenaga dan pemakanannya. Diusia 6 bulan, makanan pelengkap perlu diperkenalkan. Tujuannya untuk membekalkan tenaga dan nutrien lain.
4) Fungsi Nutrien Tambahan:
• Tenaga
Mengekalkan fungsi badan dan membolehkan bayi aktif sepanjang hari. Sumber : Kekacang, beras, gandum dan jenis ubi.
• Zat Besi
Merupakan komponen haemoglobin dalam sel darah merah yang membawa darah beroksigen ke semua bahagian tubuh. Sumber : Hati, daging.
• Zink
Penting bagi tumbesaran dan fungsi imun tubuh. Sumber : Hati, daging, ayam, ikan, kuning telur.
• Vitamin A
Membantu dalam mengekalkan kesihatan kulit selain penting untuk fungsi mata. Sumber : Susu ibu, hati, kuning telur, buahan, sayuran warna oren (lobak merah, labu), sayuran hijau tua (bayam, kangkung, brokoli).
5) Bila boleh mula makanan pelengkap?
• Apabila bayi berusia 6 BULAN (waktu ini sistem penghadapan bayi sudah matang)
• Apabila bayi menunjukkan tanda bersedia untuk menerima makanan pelengkap seperti:
~ Boleh duduk tanpa sokongan atau sedikit sokongan dan boleh mengawal kepalanya.
~ Cepat lapar atau meminta susu lebih kerap selepas diberi susu.
~ Mampu mengawal lidah dengan baik.
~ Mula mengunyah atau menggerakkan mulut sepeti mengunyah.
~ Gemar memasukkan benda kedalam mulut.
~ Menunjukkan minat kepada makanan atau yang anda makan atau cuba merampas makanan dan membuka mulutnya.
** Diingatkan sekali lagi, perkenalkan makanan pelengkap apabila bayi berusia 6 BULAN, bukannya sebelum itu.
6) Kekerapan pemberian makanan pelengkap.
6-8 bulan = Makanan 2-3kali sehari. Susu ibu 5-6 kali. Tidak perlu SNEK. Boleh beri jika bayi boleh terima.
9-11bulan = Makanan utama 3-4kali sehari. Susu ibu ikut permintaan. Snek 1-2 kali.
1-2 tahun = Makanan utama 4-5kali sehari. Susu ibu ikut permintaan. Snek 1-2 kali.
** Snek berkhasiat bermaksud buah-buahan seperti pisang/betik/biskut mengikut umur dan pertumbuhan gigi. Bukannya jajan.
7) ✔ BOLEH
• Perkenalkan SATU makanan pada SATU masa. Contoh, mulakan dengan bubur nasi yang dilenyek/dikisar/dicair/ atau sayur/buah yang dipuree sehingga bayi boleh menyesuaikan diri.
• Tunggu sehingga 4 HARI (4 day rules) selepas memperkenalkan makanan baru. Selain boleh mengesan alahan terhadap sesetengah makanan jika ada, anak akan menunjukkan penerimaan atau tidak terhadap makanan yang diperkenalkan.
• Mulakan dengan kuantiti yang sikit, barulah tambah mengikut kesesuaian peringkat umur bayi.
• Boleh campur jenis makanan dalam satu hidangan mengikut khasiatnya apabila bayi sudah mula membiasakan diri dengan makanan yang diperkenalkan.
• Pastikan beri anak makan apabila bayi lapar, sebelum meragam atau hilang selera makan.
• Pastikan tekstur dan rasa makanan sesuai dengan tahap perkembangan si bayi.
• Beri peluang kepada bayi (mengikut keupayaan) untuk ambil makanan sendiri atau minum menggunakan cawan.
• Beri makanan tanpa gangguan dari televisyen, mainan semasa makan. Gangguan akan menyebabkan selera makan bayi terputus.
• Makan sekali bersama bayi anda.
⛔ TIDAK BOLEH
• Mencampur semua makanan berlainan jenis kepada bayi dalam satu masa semasa memperkenalkan makanan pelengkap.
• Elak beri makanan yang boleh membuatkan bayi tercekik seperti kekacang, daging ayam yang tidak dilecek/carik sempurna.
• Paksa bayi untuk makan atau beri makanan berlebihan. Berhenti apabila anak anda memalingkan muka atau mengeluarkan makanan yang disuap.
** Weaning/memperkenalkan makanan pelengkap di usia 6-8 bulan BUKAN untuk memberikan bayi kenyang tetapi memperkenalkan bayi dengan tekstur dan rasa.
** Mulakan pengenalan makanan pada unsur karbohidrat seperti nasi, oats, gandum, kentang, ubi, keledek kemudian barulah sayur dan buahan.
** Diusia 7-8 bulan perkenalkan pula dengan protein base diet.
** Pemberian cerelac tidak digalakkan kecuali dicadangkan oleh dietician atas masalah bayi yang tertentu.
Rujukan : Nutritionists’ Choice Cookbook.
Notakaki:
Pemberian puree hanya sesuai pada usia tertentu sahaja (6-8bulan). Gigi bayi dah tumbuh. Dah boleh ajar mengunyah.
Sumber: BelNawhen
#SayaJururawat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI