Hadirnya si comel Bunga Elhaq seakan membawa sinar bahagia dalam hidup keluarga pasangan penerbit dan pengarah, Sheila Rusly dan Jinggo.
Mana tidaknya, kepada Bungalah segala kasih dan sayang dicurahkan. Tidak hairanlah Bunga, anak pelakon Elisya Sandha menjadi cucu kesayangan.
Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18 Jun 2022 kini sudah pun berusia setahun.
Melalui Instagram, baik Elisya begitu juga dengan Sheila turut berkongsi momen bahagia ketika kelahiran Bunga serta turut mengadakan sambutan majlis hari lahir buat Bunga.
Namun paling menyentuh hati pastinya ucapan dan nasihat yang dititipkan khas buat Bunga oleh Daddanya, iaitu Jinggo.
“Bunga Elhaq, setahun dulu Dadda pernah cakap, masa akan berlalu dengan cepat.
“Bunga akan membesar. Daddy and Mummy akan lebih banyak tanggungjawab. Uncle Mikha akan lebih matang. Dan Dadda and Nanna akan semakin tua dan semakin jauh kebelakang.
“Nak bagi kemewahan, ambil lah apa yang Dadda and Nanna punya. Nak kan kasih sayang, dari saat Bunga hadir ke dalam kendungan Mummy, Dadda and Nanna sudah terasa sayang.
“Tiada apa yang Dadda mampu bagi pada Bunga lagi selain doa Dadda and Nanna agar Bunga Elhaq menjadi Bunga kebanggaan Mummy and Daddy. Happy birthday @bungaelhaq,” luah Jinggo.
Tidak hanya Jinggo, bahkan Elisya dan Sheila turut berkongsi beberapa entri sepanjang sambutan hari lahir Bunga.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Ibu Mampu ‘Me Time’ Lewat Malam Setelah Anak Tidur
Sebagai seorang ibu, dunia kita seringkali dipenuhi dengan tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Dari pagi hingga malam, ibu-ibu sibuk menguruskan keluarga – memasak, mengemas, membantu anak-anak dengan kerja sekolah, dan pelbagai lagi.
Namun, ada satu waktu yang sering kali menjadi ‘satu-satunya’ kesempatan ibu untuk mendapatkan ruang sendiri, iaitu apabila anak-anak sudah terlelap dan malam sudah larut.
Me Time Ibu-Ibu Waktu Tengah Malam Jadi Pilihan
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Psychology menunjukkan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil atau berusia bawah 12 tahun sering berhadapan dengan kekurangan masa untuk diri sendiri.
Oleh kerana tanggungjawab yang tinggi untuk menjaga anak-anak, banyak ibu yang hanya dapat menikmati masa “me-time” mereka selepas anak-anak tidur. Dalam kajian ini, lebih daripada 60% ibu mengakui mereka hanya mempunyai waktu untuk diri sendiri pada lewat malam.
Kenapa agaknya? Untuk kebanyakan ibu, waktu selepas anak tidur adalah satu-satunya masa untuk mereka merasakan kebebasan – tanpa gangguan. Mereka mungkin menggunakannya untuk menonton TV, membaca buku, atau hanya berehat sejenak. Ada juga yang menggunakan waktu ini untuk kerja atau hobi peribadi, demi menjaga keseimbangan hidup.
Kepentingan Me Time untuk Ibu-Ibu
Walaupun nampak seperti waktu yang sedikit, sebenarnya me-time sangat penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal ibu-ibu.
Menurut American Psychological Association, ibu yang tidak memberi ruang untuk diri mereka berisiko tinggi mengalami tekanan, keletihan mental, dan masalah kesihatan lain. Ketiadaan masa untuk diri sendiri boleh menyebabkan burnout, yang akhirnya memberi kesan buruk kepada hubungan dengan anak-anak dan pasangan.
Kajian Mengenai Pengaruh Me Time terhadap Ibu
Satu kajian yang dijalankan oleh University of Michigan menunjukkan bahawa ibu yang meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri menunjukkan peningkatan dalam tahap kebahagiaan, kesihatan mental, dan hubungan keluarga. Ini kerana ibu yang dapat merehatkan minda mereka akan lebih sabar, positif, dan lebih mampu memberi perhatian kepada keperluan anak-anak dengan lebih baik.
Walaupun jelas me time itu penting, cabaran besar bagi ibu adalah untuk mencari masa. Ada ibu yang merasakan rasa bersalah apabila meluangkan waktu untuk diri sendiri, seolah-olah mereka mengabaikan keluarga. Hal ini boleh menyebabkan mereka merasa terperangkap dalam satu kitaran tanpa henti, yang akhirnya memberi kesan negatif kepada kesejahteraan diri mereka.
Selain itu, kebanyakan ibu juga sering berhadapan dengan kekurangan waktu kerana bebanan tugas rumah tangga yang tidak pernah selesai. Mereka merasa bahawa apabila anak-anak tidur, itulah satu-satunya masa untuk menyiapkan kerja rumah atau menyelesaikan tugasan lain yang tertunda. Maka, walaupun me time itu penting, seringkali ia terpaksa dikorbankan demi tanggungjawab yang lain.
Apa pun, setiap ibu perlu mengingatkan diri bahawa mereka juga berhak untuk mendapatkan rehat dan masa untuk diri sendiri. Me-time bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan terbaik untuk menjaga keluarga.
Dengan sedikit perancangan dan sokongan dari pasangan, ibu dapat menemukan keseimbangan yang lebih baik antara keluarga dan masa peribadi. Me-time bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan yang boleh membantu ibu untuk menjadi versi terbaik diri mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!
Macam-macam gelagat anak kecil kita. Ada yang suka mandi kolam tapi tak nak naik. Ada yang suka masuk kedai mainan tapi nak bawa balik mainan dan pelbagai lagi ragam. Namun inilah yang dikatakan anak kecil.
Namun jangan dibiarkan anak dengan fasa individual ini lama-lama. Cepat-cepat ajar anak untuk ‘move on’ dan beritahu anak sebabnya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy mengenai masalah ini. Cepat-cepat betulkan dengan tip ini.
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak saya pun ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama, mak ayah perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak.
Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik kalian mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tidak sebegitu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.
1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah.
Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya. Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan”
“Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang.
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Konsep saya mudah,
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan & Jagakan Adik, Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya
Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai, begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak-anak yang bakal menjadi ikutan.
Anak-anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali dalam kehidupan yang akan datang, sama seperti perkongsian Puan Sariah tentang anak sulungnya. Ikuti perkongsian ini.
Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulong yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.
“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas tu pada adiknya.
Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
‘Buat baik.’
Suami buat baik pada isteri.
Isteri buat baik pada suami. Dan,
Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.
Wallahu a’lam.
Masih belajar untuk buat baik
Kredit: Sariah Suhailah Chik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI