Wang dan masa yang terhad selalu menjadi punca utama kita untuk membawa anak-anak merehatkan minda. Namun perkongsian seorang bapa yang juga penulis kekeluargaan, Firdaus Syakirin ini membuka mata semua.
Benar wang yang banyak bukanlah kunci utama untuk membuka peluang membawa anak bercuti. Berehat, healing dan bercutilah mengikut kewangan kita. Yang penting kita rehat dan mencipta memori dengan anak dan keluarga.
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok la cara sikit.
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Jadi tak seronok jugak.
Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah hari-hari. Si anak p belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui.
Ads
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat. Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah tu.
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak, tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan. Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Pendidikan tinggi sentiasa menjadi tonggak utama dalam membentuk masa depan negara. Dalam memastikan tiada pelajar tercicir dan setiap anak muda berpeluang mengejar ilmu tanpa terbeban kewangan, Kerajaan terus memperkukuh inisiatif bantuan pendidikan melalui Belanjawan 2026.
Pengumuman yang dibuat oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, jelas memperlihatkan keprihatinan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan usaha berterusan ke arah kelestarian pendidikan tinggi negara.
BELANJAWAN 2026 – MANFAAT KEPADA PEMINJAM PTPTN DAN KELESTARIAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA
Pembentangan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) akan memberikan manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN menyambut baik pengumuman inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2026 dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Kerajaan atas keprihatinan terhadap kebajikan peminjam dan pelajar. Inisiatif yang diumumkan adalah seperti berikut: i. Pendidikan percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan peruntukan RM120 juta setahun; ii. Pengecualian bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah. Ini memberi manfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun; dan iii. Sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara tetapi culas membuat bayaran balik.
Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar daripada keluarga miskin. Selaras dengan komitmen memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif, pinjaman PTPTN kepada pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar berdasarkan data e-Kasih yang melanjutkan pengajian di IPTA akan ditukar kepada biasiswa bermula tahun 2026. Langkah ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian.
Kerajaan juga terus menitikberatkan usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi di Malaysia. Sehubungan itu, pelajar digalakkan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik. Sebagai penghargaan kepada mereka yang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Kerajaan memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peminjam berpendapatan B40 dan M40.
Pada masa yang sama, Kerajaan menekankan kepentingan kelestarian dana PTPTN demi memastikan generasi masa depan turut berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi. PTPTN merupakan kemudahan pinjaman yang perlu dilunaskan semula bagi menjamin kesinambungan dana kepada peminjam baharu. Oleh itu, sekatan perjalanan ke luar negara akan dilaksanakan secara bersasar kepada peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan.
Inisiatif yang diumumkan ini mencerminkan semangat pembaharuan nasional dan komitmen Kerajaan dalam melaksanakan agenda Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kelestarian pendidikan negara. Perincian lanjut berkenaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini akan diumumkan oleh PTPTN dalam masa terdekat.
Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim (Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN)
Kesimpulan
Langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada ribuan pelajar dan peminjam, malah menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam memperkukuh masa depan pendidikan negara.
Dengan bantuan yang disasarkan dan keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah serta sederhana, setiap pelajar kini berpeluang menamatkan pengajian tanpa dibelenggu beban hutang. Dalam masa yang sama, komitmen terhadap pembayaran balik pinjaman kekal penting untuk menjamin kesinambungan dana bagi generasi pelajar akan datang.
Belanjawan 2026 bukan sekadar angka dalam helaian bajet tetapi ia adalah harapan baru buat anak muda Malaysia untuk terus melangkah dengan yakin, membina masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Sarung tangan nipis atau mitten bayi memainkan peranan penting dalam melindungi kulit halus dan sensitif bayi daripada geseran yang boleh menyebabkan iritasi. Ia juga berfungsi sebagai pelindung ketika bayi mencakar muka tanpa sedar, mengurangkan risiko calar serta ketidakselesaan pada wajah mereka.
Di samping itu, sarung tangan membantu mengekalkan suhu badan bayi agar sentiasa hangat dan selesa, terutamanya dalam cuaca sejuk atau penghawa dingin yang kuat. Bagaimanapun, penggunaan sarung tangan perlu disesuaikan mengikut usia dan tahap perkembangan motor halus bayi untuk memastikan mereka tetap dapat merasai tekstur dan stimulasi deria dengan baik.
Umur dan Tanda Perkembangan untuk Berhenti Pakai Sarung Tangan
0–3 Bulan
Pada peringkat neonatal hingga awal infant (0–3 bulan), sarung tangan membantu mengawal refleks mencakar. Ia digalakkan dipakai semasa tidur dan aktiviti rehat.
3–6 Bulan
Apabila bayi mula menunjukkan kawalan tangan asas—seperti memegang objek besar atau mainan getah ringkas—mulakan sesi berundur dari sarung tangan. Contohnya, biarkan sarung tangan dibuka semasa masa bermain di atas tikar.
6–9 Bulan
Pada peringkat ini, bayi biasanya boleh mencengkaman objek kecil dan belajar jari-jari berfungsi dengan tepat (penggunaan ibu jari dan jari telunjuk). Disarankan untuk menghentikan pemakaian sarung tangan sepenuhnya semasa waktu bermain dan interaksi.
Selepas 9 Bulan
Bayi sudah seharusnya tidak memerlukan sarung tangan kecuali dalam cuaca sangat sejuk atau semasa mula belajar berjalan di luar rumah. Mereka memerlukan kepekaan penuh pada kulit dan deria sentuhan untuk mempelajari tekstur, mengesan suhu, dan mengembangkan koordinasi motor halus.
Risiko Jika Terus Memakai Sarung Tangan Terlalu Lama
Lambat Perkembangan Motor Halus
Kurangnya stimulasi pada kulit dan jari boleh melewatkan kemahiran mencubit, memegang pensil mainan, atau memanipulasi objek kecil.
Kurang Deria Persepsi Tekstur
Bayi memerlukan pendedahan kepada tekstur berbeza untuk belajar membezakan bentuk, suhu, dan ketahanan objek.
Sarung tangan bayi adalah alat bantu keselamatan sementara yang sangat berguna untuk melindungi kulit halus dan mencegah jangkitan. Namun, penggunaan yang berpanjangan boleh menjejaskan rangsangan deria dan perkembangan motor halus mereka.
Ibu bapa disarankan menggunakan sarung tangan hanya pada 2–3 bulan pertama atau ketika benar-benar diperlukan, sambil memastikan kuku bayi sentiasa rapi dan memberi peluang tangan bayi menjelajah persekitaran. Dengan pendekatan seimbang, bayi dapat selamat dan perkembangan tumbesaranya terus optimal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...