Berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak sememangnya pengalaman yang paling dinantikan oleh semua mak ayah.
Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Banyak persiapan dan kesabaran yang perlu ada sepanjang berada di sana.
Bagi mak ayah yang bercadang untuk membawa anak untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat ini, tip dan perkongsian seorang bapa, Muaz Aziz menerusi Facebooknya ini boleh anda jadikan panduan.
Nota persediaan sebelum tunai umrah dengan anak anak.
1. Pastikan anak-anak tahu bila hari terbang ke Haramain. Buat countdown supaya anak-anak bersedia.
2. Sebelum tarikh umrah biasakan anak-anak dengan masjid, biasakan anak-anak dengan aktiviti sebelum dan selepas solat.
3. Bawa mainan kegemaran anak-anak sekali pergi umrah (saiz kecil), jangan biarkan dia mengamuk di masjid. Mengganggu jemaah lain.
4. Susun aktiviti sepanjang di Haramain, bukan hanya aktiviti dalam masjid. Susun aktiviti berkelah di luar, masuk pasar raya, beli buah tangan untuk anak-anak.
5. Bawa beg sekadarnya, jumlah beg yang kita boleh urus. Jika banyak sangat beg bimbang tak terurus tambahan bawa anak-anak.
Ads
Setiap anak berikan satu beg sandang untuk dia bawa barang kesukaannya. Abdul Bari memang ke mana sahaja di dalam beg sandang dia ada satu ketul kereta kesukaan dia. Cukuplah buat dia gembira.
6. Tukar duit Riyal secukupnya dan sediakan satu kad kecemasan untuk kegunaan di sana. Kegunaan untuk makan, basuh baju, teksi, jajan anak-anak.
7. Tetapkan mindset untuk jaga mulut dan jaga adab sebaiknya. Apa yang berlaku beritahu anak-anak semua tu asbab kita nak dapat pahala.
8. Beritahu anak-anak keistimewaan zamzam, biar sepanjang umrah anak-anak dengan air zamzam sahaja. Air zamzam banyak di Mekah dan Madinah, pastikan di dalam tong zamzam. Water dispenser itu air drinking water.
9. Datang ke masjid seawal satu jam sebelum azan, untuk sembahyang di dalam bangunan masjid. Dataran luar masjid jadikan pilihan ketiga dan keempat.
Ads
10. Sediakan small goodies (gula-gula) letak dalam beg anak-anak. Suruh dia berikan pada kanak-kanak lain di sana untuk anak-anak merasai sendiri keseronokan berkongsi dan sedekah.
11. Beritahu pada anak-anak, jangan merungut rasa makanan di sana. Cukup dengan senyap jika tidak kena dengan tekak. Nanti ayah carikan yang lain. Kalau duit tak cukup Ummi payung.
12. Ajak anak-anak solat jenazah setiap kali habis waktu solat. Ceritakan kelebihannya. Di Malaysia sangat jarang anak-anak kita nak dapat peluang solat jenazah.
13. Ambil peluang duduk niat iktikaf di masjid dengan anak-anak. Buat aktiviti di dalam masjid sama ada baca Al-Quran bersama-sama, bawa buku lukisan anak-anak atau ajak berbual tentang kebesaran Allah dan sirah rasul supaya dia tidak bosan.
Boleh juga minta anak-anak tulis (tulisan tangan) atas buku senarai doa yang dia nak doa pada Allah, ajar doa yang khusus (specific). Minta dia ulang-ulang. Macam Najihah dia minta Allah Islamkan labubu.
14. Dalam gembira kena tegas dengan anak-anak supaya tidak mengganggu jemaah yang lain.
Ads
15. Setiap kali sebelum tidur, ajak anak-anak berdoa bersama-sama supaya Allah mudahkan terjaga satu jam sebelum Subuh dan dapat solat berjemaah di masjid.
16. Puji tingkah laku anak-anak di sana, supaya dia lebih seronok ikut aktiviti dengan ibu ayah.
17. Libatkan anak-anak dalam program sambil sedekah dan lain-lain.
18. Tambah keterujaan anak-anak dengan ganjaran aiskrim dan manisan sesudah selesai Isyak setiap hari.
Tekanan bagi seorang surirumah bukan biasa-biasa. Di rumah bukan hanya anak-anak, bahkan segala urusan walau sekecil-kecil urusan terpaksa diuruskan ibu setiap masa. Tanpa henti.
Jangan pandang sebelah mata pada surirumah atau ibu tidak bekerja. Mereka bekerja lebih dari kita, setiap masa malah 24 jam. Walau tanpa dibayar gaji, mereka akur dan ikhlas menggalas tanggungjawab demi yang tersayang. Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Pn Wawa Shauqi.
Jikalau kita tak boleh membantu, kita kuatkan emosi mereka. Sudah memadai!
BETUL KE JADI SURIRUMAH NI STRESS? Jadi surirumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri. Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya.
Nota ni adalah dari nota Konvensyen Suri 2 tahun lepas. Info ni dikongsi oleh psikologis Akif Basri.
Antara Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres adalah:
1️⃣ Menjalani rutin yang sama setiap hari
2️⃣ Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
3️⃣ Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je
4️⃣ Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
5️⃣ Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
6️⃣ Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.
7️⃣ Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.
8️⃣ Tekanan masyarakat. “Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.” “Dok rumah habiskan beras laki.” “Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”
9️⃣ Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari. 🔟 Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Nombor 1-3 tu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dasyat 2 tahun ni kan!
Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila : – Bekerja sambilan dari rumah – Anak masih kecil – Anak rapat-rapat – Anak istimewa – Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung) – Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tau cabarannya. Janganlah perkecilkan mereka ni. Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia.
Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan takde gaji? Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan. Hargailah mereka.
Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.” Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan.
Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.
Mendidik anak sejak kecil perlukan satu usaha yang bukan sedikit. Selain mendidik anak untuk belajar dengan baik, beberapa amalan surah tertentu juga perlu diamalkan oleh ibu bapa.
Pelakon, Lufya Omar turut berkongsi caranya dengan mengamalkan beberapa surah hariannya setiap pagi dan malam yang diamalkan pada anaknya.
Melalui perkongsian video Lufya menerusi Instagramnya, ibu cantik jelita ini turut mengamalkan surah Ar-Rahman dan doa untuk belajar setiap pagi dan malam.
Amalan surah ini boleh dijadikan panduan untuk mendidik anak-anak.
“Back to school. Ini yang saya selalu buat setiap pagi dan malam pada anak.
“Alhamdulillah lebih mudah anak nak belajar dan hafal surah. Getting better in speech ❤️#speechdelaytheraphy,” tulisnya.
Lufya juga turut berkongsi tanda pagar terapi ‘speech delay’ pada kapsyennya sebagai salah satu usaha untuk menguatkan memori anak dan melancarkan percakapan anak.
Malah turut berkongsi doa sebelum belajar yang turut dibacakannya pada anaknya. Lufya juga tidak ketinggalan menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya termasuk tip untuk merawat anak speech delay.
“Boleh usaha doakan seperti ini, banyakkan baca buku dan communicate dengan dia. Berikan fish oil setiap pagi (ada flavour strawberry n etc,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Lufya yang mendirikan rumahtangga dengan bekas suami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Pelakon, Harris Anuar meluahkan rasa syukur dapat membawa isteri dan anaknya untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Harris yang ketika ini sedang berada di Makkah bersama dua kesayangannya itu amat terharu kerana impiannya untuk membawa keduanya terutama anaknya, Aura Medina tercapai.
“Alhamdulillah, impian seorang ayah menjadi kenyataan,” tulisnya.
Tambah Harris lagi menerusi Instagramnya, dia sememangnya sudah mengimpikan lama momen itu namun amat bersyukur kerana diberikan rezeki dari Allah untuk menjejak Tanah Suci lagi.
“Benarlah orang kata rezeki tak salah alamat, kalau Allah dah pilih,tak sangka tak pakai duit pun boleh datang sini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dari-Mu ya Allah.Memang dah lama teringin nak ke sini bersama family anak dan isteri ❤️,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga Harris turut mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Kaabah bersama isteri dan anaknya.
Menerusi entri berlainan pula, Harris dilihat turut bertawaf sambil mengendong si comel, Aura Medina.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...