
Anak kepada MUA terkenal, Bellaz, iaitu Wara sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mahu membawa seekor anak kambing untuk tidur bersamanya.
Wara yang cukup terkenal dengan sifat penyayang kepada haiwan ternakannya kali ini tekad mahu membawa anak kambing comel yang diterimanya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 29 Julai lalu.

Dalam video yang dikongsikan, Wara dilihat menangis selepas tidak dibenarkan untuk membawa anak kambing kesayangannya naik ke atas katil di dalam bilik.
Turut kedengaran, Bellaz menasihati anaknya dengan lembut, menjelaskan bahawa katil adalah tempat untuk tidur dan bukan tempat untuk bermain dengan haiwan.

“Siapa pun tak bagi. Mana boleh nak bawa kambing naik atas katil. Katil tu untuk kita tidur.
“Memang abah tak bagilah, mama pun tak bagi.
“Suruh kambing tu main dekat depan sini sudahlah,” kata Bellaz.

Difahamkan, anak kambing kesayangan Wara itu sudah pun diberi nama Wira yang kini menjadi haiwan kesayangannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah comel Wara.

Terdahulu Mua Bellaz turut berkongsi video kejutan buat Wara ketika menerima hadiah comel yang tidak disangka-sangka itu.
Wara kemudiannya memeluk erat si comel Wira yang kini menjadi haiwan kesayangannya.
@makcikpondesyenn Replying to @dnz 🧸 sungguh hampa kata wehhhh.. dia bawak naik ataih katil sungguhh 😆😆😆😆😆 teciannyaaa😢😢 tapi mana blh bawak kambing naik ataih katil wara oii😆😆 @muabellazz jenuhh😆😆🤣 #makcikpondesyen #warapencintahaiwan #muabellaz #wara #petlover ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


