Bawang goreng antara salah satu penyedap makanan terutama bagi masakan bersup dan bergoreng. Namun selalu orang tertanya-tanya macam mana nak pastikan bawang goreng itu kekal ranggup macam yang dijual di kedai.
Bagi yang ingin buat sendiri bawang goreng itu, tak susah pun. Asalkan tahu tip ini! Puas hati dapat buat sendiri kerana kalau beli pun sebotol dah lebih RM10.
Perkongsian Ruzie Gee ini boleh anda cuba. Memang sama macam beli di kedai. Jom cuba!
Bawang goreng dan bawang putih goreng kekal rangup
Cara-cara:
1) Mula-mula kupas bawang dan sagat dengan speedymando tupperware
Ads
2) Basuh/cuci bawang hingga hilang getah(bawang putih) dan bawang rose sampai nampak jernih airnya.
3) Toskan selama 30 hingga 40minit
4) Gaul dengan sedikit garam
Ads
5) Kemudian goreng dengan minyak betul-betul panas. Masa nak masuk bawang kecilkan api. Lepas tu dah masukkan bawang besarkan api semula.
6) Bawang dah agak kekuningan dah boleh angkat. Jangan tunggu sampai garing nanti bawang jadi hangit dan pahit.
Ads
Lepas ni nak buat bawang goreng yang ranggup dan tahan lama, tak payah nak fikir dah. Lagi mudah untuk buat stok di rumah.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Bukan sahaja labu bahkan resipi yang satu ini turut dimasukkan nasi di dalam bahannya. Siapa sangka di dalam Pumpkin Stick atau Stik Labu ini turut dimasukkan nasi bertujuan untuk mengeyangkan nasi perut anak. Paling penting rasanya pun enak dan manis.
Bukan saja boleh dijadikan finger food anak yang memudahkan anak pegang untuk makan, bahkan perut anak pun kenyang. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah dengan nasi ini memang awesome. Jom cuba!
Labu ni antara sayur yang tinggi khasiat. Bagus untuk sistem penghadaman. Texture, rasa dan warna cukup memikat selera. Kak Mai yakin labu ni feverat anak-anak kecil kan. Nabi kita pun sangat sukakan labu.
Nah Kak Mai share resepi guna labu untuk dijadikan #FingerFood anak kita. Senang anak nak pegang sendiri sebab tak melekit-lekit.
Bahan-bahan yang digunakan :-
Labu -anggaran 1 cawan
Nasi -setengah atau 1 cawan
Tepung jagung 1-2 sudu
Air masak setengah cawan
**Nak letak serbuk bilis pun best bagi rasa masin.
Yang paling penting adalah KASIH SAYANG ibu-ibu sekeliann. Betul?
Kukus atau rebus labu. Jaga air jangan terlampau banyak bila merebus. Sebab labu ni sayuran berair .
Kisar aje semua sekali gus.
Bagi yang ada piping bag anda bernasib baik. Yang takder usah risau. Kita DIY sendiri guna plastik macam ni. Gunting kat hujung tu aje wak.
Gini la rupanya. Nak buat saiz panjang-panjang pun boleh. Bakar pada suhu 110-120 (bergantung pada oven) Selama 30 minit. Sebenarnya nak goreng pun boleh. Dia (eh dia ke) akan jadi rangup-rangup sikit. Best gak.
Siap untuk dimakan begitu saja. Kena makan time panas-panas suam. Kalau dah sejuk dia mudah lemau. Liat sikit nak makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Jagung Bantu Naikkan Berat Badan Anak
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cubalah Masak Bubur Jagung, Sedap, Rasa Lemak Manis
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
3. Memudahkan penghadaman
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.
Selalunya orang hanya buat cornflakes madu sahaja. Tapi pernah dengar cornflakes madu sambal tak? Cornflakes madu sambal sedap tau untuk dijadikan kudapan. Boleh makan dengan nasi putih juga. Rasa yang manis- manis pedas dan rangup, mesti jadi makanan kegemaran seisi keluarga.
Mudah sangat resipi yang dikongsikan tau. Para ibu boleh buat untuk jamu seisi keluarga. Hari minggu malas nak masak, boleh buat cornflakes madu sambal ni je. Tambah pula dengan telur dadar, mesti makan bertambah! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Isma Idayu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI CORNFLAKES MADU SAMBAL
Rutin mak- mak
Harini kita share resepi khas dari mak mentua kita… tak jumpa lagi dekat mana- mana ni… sebelum ni biasa time raya je mak mentua akan buat… sekarang kalau boleh hari- hari anak- anak minta suruh buatkan… memang sedap giler… boleh makan dengan nasi atau ratah je macam tu…
Resepi CORNFLAKES MADU SAMBAL
Bahan- bahan: – Cili kering segenggam – rebus macam biasa (kemudian kisar dengan bawang putih dan bawang merah) – Asam jawa – Kacang tanah – Ikan bilis – Cornflakes madu (jangan guna cornflakes biasa… nanti tak jadi… kena cornflakes madu ya)
Cara- cara: 1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah. 2. Kemudian minyak yang sama masukkan cili yang dah dikisar. 3. Masukkan garam, gula melaka (ayu orang Kelantan jadi suka guna gula melaka sebab nanti warna sambal pekat dan cantik) dan asam jawa sedikit. 4. Dah Nampak pekat dan cantik sambalnya… tutup api kemudian masukkan ketiga- tiga bahan ikan bilis, kacang tanah dan akhir sekali semestinya cornflakes madu… kacau rata dan siap!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.