Nak Belanja Susu & Lampin Pakai Buang Untuk Yang Memerlukan. Anzalna Minta PMnya Terus

Share

Sejak bergelar ibu, Anzalna Nasir akui dia cepat tersentuh bila melihat keluarga yang ada anak kecil terpaksa ikat perut untuk makan dan keperluan anak pun tak dapat disediakan dengan sempurna.

Tambah lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin ia agak susah kerana semua aktiviti terpaksa dihadkan dan bagi ketua keluarga yang bekerja dan dibayar gaji hari mereka akan merasainya.

Namun melalui perkongsian di instagram Anzalna, dia ada menyatakan kesediaannya untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan terutama yang ada anak kecil untuk bantuan susu dan lampin pakai buang.

“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.

“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan. Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you!” tulis Anzalna pada satu entri di Instagram miliknya.

Jadi, jika anda memerlukan bantuan atau jika anda tahu ada sesiapa yang memerlukan bantuan susu serta lampin pakai buang untuk anak-anak mereka, segeralah hubungi Anzalna.

Mungkin bantuan ini tak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Melalui hashtag di kapsyennya, Anzalna turut menulis ‘Kita Memahami Susu Dan Diapers Sangat Penting Sejak Ada Anak’.

Semoga Anzalna dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan dapat lagi membantu orang lain pada masa akan datang.

Sebelum ini pun, Anzalna dah beberapa kali membantu keluarga yang memerlukan terutama yang ada anak kecil dengan membelanjakan barangan keperluan selain mendermakan pakaian anaknya, Eidrees.

Sumber: Ig Anzalna Nasir

 

Published by
Wan Amy