Bermain adalah penting kepada anak bagi merangsang mindanya dan salah satunya adalah menggunakan barang permainan. Tetapi nak beli barang permainan untuk anak ni kena ada ilmu. Bukan asal cantik je tau ibu ayah.
Kena pastikan ia berunsur pembelajaran.Oleh kerana itu, dalam pendidikan prasekolah, mengatakan anak-anak bermain sambil belajar. Jadi, jika salah membeli permainan dan tidak mengikut usia anak, ia tidak memberi kesan kepada perkembangan positif pada anak.
Pilihlah permainan tepat untuk anak bagi membantu merangsang minda, meningkatkan daya kreativiti, fokus, kemahiran motor halus dan kasarnya.
Jangan culas dalam memastikan barang permainan itu selamat misalnya tidak mudah pecah, tidak mengandungi bahan toksik, tidak mudah tertanggal dan tidak terlalu kecik dan tahan lasak.
Pastikan juga pilihan barang permainan mengikut usia bayi anda.
Berikut tip memilih barang permainan dengan betul mengikut umur
Usia 0 hingga tiga bulan
Digalakkan memilih permainan yang berwarna cerah, fabrik lembut dan rata. Ketika ini penglihatan bayi masih belum jelas.
1.Mainan yang digantung: Merangsang penglihatan bayi dengan mainan digantung yang menjadi daya tarik tersendiri untuk bayi anda.
2.Gelang gemerincing (rattle): Amat digemari oleh anak bagi melatih koordinasi pancainderanya.
3. Warna kontras: Pilih mainan dengan kombinasi pola hitam putih menjadi pengalak untuk stimulasi penglihatan dan kemahiran motor anak seperti menendang dan bergoyang.
4.Cermin anti pecah: Pegang cermin mainan dan buat mimik lucu, julurkan lidah sambil mengeluarkan bunyi-bunyian, atau anda bergerak-gerak untuk menarik perhatian bayi.
Usia enam bulan:
Ketika ini anak memerlukan permainan merangsang pertumbuhan giginya dan dirinya semakin aktif untuk meneroka persekitarannya.
1.Mainan untuk digigit (theeter): Ia dapat merangsang dera rasa bayi.
2.Boneka kain lembuat: Ibu ayah boleh berkomunikasi dengan bayi. Cara ini boleh menggalakan bayi untuk berbicara.
3.Mainan lampu: Permainan yang mengeluarkan warna-warni dan bunyi. Bayi pula akan bertindak balas terhadap cahaya dan warna. Aktiviti ini penting dalam meningkatkan kemampuan visualnya.
Usia tujuh hingga 12 bulan
Pada usia ini sesuai memilih permainan jenis bergolek kerana si kecil sudah boleh merangkak. Permainan ini juga mampu merangsang interaksi serta komunikasi bayi.
1.Mengenal warna dan bentuk: Baca buku lembut berwarna bersamanya dan biarkan bayi anda mencuba membelek helaian halaman buku dan bertindak balas kepada gambar-gambar berwarna terang dan bentuk. Ia membantu meningkatkan koordinasi motor halus anak sejak kecil lagi.
2.Permainan tolak
Jika anak sudah merangkak, permainan jenis tolak termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar. Ia merangsang gerakan fizikal anak.
Usia satu tahun
Ketika anak semakin aktif. Boleh merangsang koordinasi mata tangan seperti menyusun blok atau permainan muzik
Blok lembut: Mendedahkan anak mengenai tekstur, suara, bentuk, gambar, serta kemampuan motorik.
Permainan alat muzik: Mendorong anak menjadi peka dan fokus kepada bunyi.
Usia dua hingga tiga tahun
Anak mulai menggemari kepada permainan yang memberi rangsang kepada mata, tangan dan imaginasi serta aktiviti menconteng.
1.Puzzle: Permainan ini melatih anak untuk berfikir secara kreatif dan mengajarnya menyelesaikan masalah.
2.Doh mainan: Membentuk dan mengembangkan imaginasi dengan kemahiran nmotor halus. Suka bertanya dan mendapatkan kepastian seperti kenapa dan bagaimana.
Usia empat hingga enam tahun
Mulai didedahkan dengan permainan berbentuk kerjasama,berkongsi dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan.
1.Ular Tangga: Meningkatkan ingatan anak dan kemampuan visualisasi semasa melakukan aktiviti.
2.Monopoli: Meningkatkan sosialisasi yang tinggi dengan teman sebaya dan belajar bermain strategi.
3.Mewarnai dan menggambar: Mendidik anak peka dengan persekitaran dan menjadi seorang yang kreatif apabila melakukan aktiviti melukis.