Menghentikan penyusuan susu ibu atau bercerai susu adalah satu proses. Ia bukan berlaku sejurus selepas anda mahukannya. Anda dan bayi anda kedua-duanya boleh memutuskan masa yang sesuai untuk menghentikan penyusuan.

Nak Bercerai Susu Tapi Tak Tahu Bagaimana? 3 Langkah Mudah Ini Boleh Bantu Para Ibu

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan semua bayi diberi susu ibu selama enam bulan, kemudian beransur-ansur diperkenalkan kepada makanan pejal yang sesuai selepas enam bulan dengan meneruskan penyusuan pada waktu yang sama sehingga dua tahun atau lebih.

Bayi anda juga mungkin mula kurang meminta susu ibu kerana sudah dapat mencerna lebih banyak makanan. Adalah penting untuk terus memberikan bayi susu ibu walaupun setelah mereka mula memakan makanan pejal. Kerana bayi pada peringkat ini hanya boleh merasa makanan tetapi tidak benar-benar mencernanya. Mereka hanya dapat menelan dan menggunakan makanan apabila mereka berusia 9 hingga 12 bulan.

Susu ibu pada tahun pertama

Dalam tempoh enam bulan pertama, bayi anda hanya memerlukan susu ibu kerana ia mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan bayi. Jika anda membuat keputusan untuk memberhentikan penyusuan bayi anda lebih awal daripada tempoh enam bulan pertama, anda perlu memberi susu formula sebagai pengganti. Sila rujuk jururawat kesihatan ibu dan anak anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

IKLAN

Susu formula bayi secara amnya tidak diperlukan selepas 12 bulan pertama, kerana anak anda sudah menerima pelbagai jenis makanan termasuklah produk tenusu.

Bila saya perlu berhenti menyusu?

Jika anda menikmati penyusuan, anda boleh meneruskan selama yang mana yang anda dan bayi anda mahukan. Ini boleh bermakna sehingga setahun, dua tahun, atau lebih lama lagi. Tidak perlu berhenti sebelum anda berdua bersedia.

Kebanyakan wanita menetapkan matlamat penyusuan antara tiga bulan hingga setahun. Walaupun dalam banyak tempat, adalah satu kebiasaan untuk menyusukan selama dua tahun atau lebih lagi.

IKLAN

Berapa lama anda meneruskan penyusuan adalah keputusan anda. Ia akan bergantung kepada emosi serta keadaan anda.

Apa sahaja keputusan yang anda ambil, cuba untuk tidak memberikan apa-apa kepada bayi anda selain susu badan sehingga dia berusia enam bulan (penyusuan eksklusif). Ini akan memberikan bayi anda permulaan yang sihat dalam kehidupan.

Apabila bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama pada enam bulan, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.

IKLAN

Sokongan pasangan anda, dan rakan-rakan serta keluarga anda akan membuatkannya lebih mudah bagi anda untuk meneruskan penyusuan susu ibu selama yang anda mahu. Kadangkala, si ibu menerima tekanan daripada rakan-rakan dan keluarga untuk menghentikan penyusuan sebelum mereka bersedia. Tetapi keputusan adalah milik anda seorang sahaja, jadi cuba untuk tidak merasa tertekan.

Bagaimana saya perlu berhenti menyusu?

Pakar penyusuan menyarankan membiarkan bayi atau anak kecil anda membuat keputusan apabila dia mahu berhenti menyusu. Tetapi ia terpulang kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Apabila bayi anda makan pelbagai jenis makanan, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda dapat mengurangkan waktu menyusu dengan sendiri. Jika anda ingin membantu proses ini bersama-sama,  ambil langkah-langkah berikut:

  • Peringkat pertama: biarkan bayi anda selesai menyusu penuh, kemudian tawarkan sedikit makanan. Galakkan bayi anda bereksperimen dengan rasa dan tekstur. Bayi anda masih akan mendapat sebahagian besar daripada nutrisi yang diperlukan daripada susu ibu.
  • Peringkat kedua: apabila bayi anda makan dengan baik, yang dapat anda ketahui melalui  perubahan dalam najis, anda boleh menukar kaedah. Sewaktu makan, cuba untuk menawarkan makanan sebelum anda menyusukannya. Kemudian anda boleh mula menawarkan makanan setiap kali sebelum susuan.
  • Peringkaketiga:  tawarkan bayi anda air dalam botol, dan bukan menyusukannya.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI