Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak-anak. Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi, nampak comel sangat. Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan otot telapak kakinya terbantut.
Tidak perlu kenakan kasut kepada bayi anda, cukup sekadar dengan memakaikan mereka stokin. Stokin juga biarlah sedikit longgar.
Dengan memakaikan stokin yang sedikit longgar kepada bayi, ia memberi kebebasan pada tulang-tulang kaki dan jari kaki mereka. Tidak perlu dipakaikan kasut kerana berjalan dengan kaki ayam pun mereka belum mampu.
Ads
Jika bayi dalam proses membesar, biarkan kaki mereka sentiasa bebeas agar mereka dapat meregangkan otot kaki sekaligus merangsangnya agar mudah digerakkan. Sebelum pandai berjalan, bayi gemar meregangkan tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri.
Perhatikan bayi anda. Mereka suka menggerakkan jari kaki serta pergelangan kaki. Bayangkan jika dipakaikan kasut, bagaimana mahu digerakkan? Tiada salahnya untuk anda gayakan bayi, tetapi jangan sampai membebankan perkembangan mereka. Dengan membiarkan kaki mereka sentiasa bebas, ia akan menjadi kuat dan proses mereka untuk berjalan juga lebih cepat.
Bila tengok rekaan kasut yang comel-comel tu, pendamkan perasaan dahulu. Tunggu sehingga mereka sudah boleh bertatih sendiri, kemudian belilah kasut yang selesa untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat. Mama dan papa kalau betul sayangkan anak, hapuskan segera amalan ini!
Ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga perlu memahami kepentingan penyusuan susu ibu dan memainkan peranan penting untuk menghapuskan amalan salah memberikan makan dan minum air kepada bayi enam bulan ke bawah.
Perlu diketahui bahawa bayi 6 bulan ke bawah sepatutnya hanya diberikan susu ibu tanpa makanan dan minuman. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi daripada lahir hingga enam bulan amat mustahak bagi menjamin kesihatan bayi pada tahap optimum.
4 KEPENTINGAN PENYUSUAN EKSKLUSIF KEPADA BAYI
Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi dari lahir hingga enam bulan bermaksud tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi enam bulan ke bawah perlu dilakukan kerana;
RISIKO KEKURANGAN ZAT
Pemberikan air kosong atau cecair lain (jus buah/ teh dan sebagainya) boleh mengakibatkan risiko kekurangan zat kepada bayi.
RISIKO PENYAKIT DAN JANGKITAN
Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan di mana air bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasillkan oleh susu ibu. Air juga boleh menjadi pembawa kuman sekiranya ia tidak bersih.
RISIKO KERACUNAN AIR
Pemberian air kosong kepada bayi bawah enam bulan boleh meningkatkan risiko keracunan air. Air yang terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah dan menyebabkan suhu badan turun. Bayi menjadi kembung dan menyebabkan sawan tarik.
RISIKO KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU
Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan disebabkan oleh kurangnya rangsangan daripada bayi.
Bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kerana ia boleh menyebabkan beberapa keburukan lain. Antaranya ialah;
Semasa dilahirkan bayi ini tiada sebarang tanda, namun seminggu selepas dilahirkan timbul tanda merah pada dahi sebelah kiri. Sekali imbas seperti satu titik kecil, namun tak disangka-sangka ia rupaya salur darah yang membentuk tumor bukan kanser iaitu hemangioma.
Perkongsian Puan Liyana Dhabitah tentang apa yang terjadi kepada anak pertamanya yang dilahirkan pada 22 Januari lalu membuka mata para ibu agar tidak mengambil lewa setiap tanda yang wujud pada tubuh bayi baru lahir.
Perkongsian ibu ini menerima 1,500 reaksi dan ramai beranggapan informasi yang dikongsikan ini membuka mata dan bermanfaat bagi memberikan kesedaran tentang hemangioma.
Liyana yang dihubungi Pa&Ma berkata selepas bersalin dia membawa bayi ke sebuah klinik dan mungkin klinik berkenaan tidak biasa dengan hemangioma. Hati ibu rasa cuak lihat kelainan, semakin hari titik berkenaan makin membesar dan pekat warna merahnya.
“Memang ada saya mengadu kepada suami yang berada di Kuala Lumpur manakala saya berpantang di kampung. Suami cadang lepas habis pantang baru nak mintak refer letter dari klinik kesihatan asal. Tapi tergerak hati nak balik pntang sekejap kat Luala Lumpur masa baby 3 miggu Masa tu bby tak berak 5hari. Saya dan suami memang apa apa sikit cari doktor. Pasal anak memang kami tak tggu lama.
KE KLINIK ANAK TAK BUANG AIR BESAR, DOKTOR PERASAN ADA HEMANGIOMA
“Doktor yang merawat anak sayalah yang alert saya pasal hemangioma ni. Hemangioma di sini sgt meluas pengetahuan pengamal perubatan sini compare dgn kampung saya. Mmg mereka familiar.
“Masa kat rumah lps smggu lahir baru muncul Yg tegur dan tnya cuma nurse klinik desa yg melawat. Mereka kurang familiar dgn bahaya tanda lahir merah ni. Sy ckp ruam mereka iyakan sahaja seabb memang kecil sangat macam gigit nyamuk pun ada mulanya.
MULA MENCARI INFO MENGENAI HEMANGIOMA
“Waktu saya tau sepatutnya kena follow up pakar dan nama tanda lahir tu hemangioma, sebelum temujanji saya dan suami study pasal ni. Kami baca segala article research tentang hemangioma. Banyak jumpa yang English sebab perubatan hemangioma lebih lama dan lebih meluas kat luar negara.
“Memang risau sebab baca ia adalah disebabkan kelainan pada salur darah. Hemangioma mmg biasa terjadi dalam kalangan kanak kanak, cuma di malaysia jrg dibincangkan. Mmg risau sangat sebab saya pun tak tahu hemangioma anak sy ni jenis aktif atau pasif. Memang baru 1cm tp semakin besar.
SEMASA LAHIR WAJAH BERSIH TANPA SEBARANG TANDA
Salam ibu ibu semua. Harini saya nak share awareness mengenai tanda lahir berwarna merah. Saya pertama kali menjadi ibu pada 22/1/2019 kepada seorang bayi lelaki yg lahir dgn wajah bersih tanpa sbrg tanda lahir.
SELEPAS SEMINGGU ADA TITIK ATAS KENING SEPERTI GIGITAN NYAMUK
Selepas semiggu ada satu dot (titik) warna merah kat dahi, atas kening dia mcm kesan gigitan nyamuk, kecik sgt. Saya igt kena gigit nyamuk tak pon ruam. Makin hari mkin besar. Saya pantang kat kmpg. Nurse yg melawat pon ingat ruam.
KE KLINIK UNTUK TUJUAN LAIN, DOKTOR PERASAN ANAK ADA HEMANGIOMA
Tergerak hati nak balik KL lps 3 mggu usia baby. Masa kat sini saya dok rungsing baby tak berak 5hari so bwk ke klinik pakar kanak kanak untuk meleraikan kerunsingan. Biasa la first mom bnyk kemusykilan.
Kebetulan doktor incharge hari tu pakar. Dia ckp klw fully breastfeeding baby tak berak smggu pon takpa. ?Pastu dia tanya sambil belek dahi baby, “dah refer hospital ke tanda lahir ni”? .. lahhh kena refer hospital??????
BAHAYA KALAU TERJADI DEKAT MATA, MULUT, TELINGA & ORGAN DALAMAN
Doktor bgtau tanda lahir tu nama HEMANGIOMA. Tanda lahir ni boleh jd tak bahaya dan tak memerlukan rawatan bergantung pada lokasi tanda lahir,size dan tahap keaktifan. Sgt bahaya klw naik kat tempat yg hampir dgn mata mcm baby saya,mulut,telinga,malah ada kes yg naik kat organ dalaman.
KALAU ADA, RUJUK HOSPITAL SEGERA
Sebab tu la kena refer pakar hospital. Nampak ja ada tnda, tak kisah la apa size dan warna pon. Saya nasihat kan sila mintak surat rujukan dr KK tempat checkup anak terus refer dgn hospital. Jgn dgr ckp org skliling ala takpa nt hilang sendiri ka apa. Anak kita tggungjwb kita. Anak saya skrg on ubat dr usia 3bulan,skrg dia dah 6bulan.
AWAS KALAU TERCAKAR, BOLEH AKIBATKAN PENDARAHAN TERUK
Kena continue ubat smpai laa doktor puas hati dgn tahap pengecutan hemangioma dia. Kena bwk check up hospital untuk monitor progress. InsyaAllah bila dah sepenuhnya hilang nt warna merah akan jd warna kulit. Jgn tggu smpai dah membenjol baru nak rawat. Bahaya ya klw anak dah start cakar kwsn merah tu. Boleh bleeding teruk sbb merah tu adalah salur darah! Boleh google skrg apa itu HEMANGIOMA.
Penjagaan kesihatan gigi dan mulut memang penting. Ia perlu dititik beratkan sejak kecil lagi. Tapi biasalah budak-budak kalau dah mula makan gula-gula macam tak boleh berhenti. Akibatnya banyak gigi hitam dan rosak.
Gigi susu yang rapuh dan dicabut sebelum masanya boleh mengganggu nutrisi baik dan juga perkembangan pertuturan kanak-kanak yang sedang membesar. Dalam satu perkongsian dalam laman Facebook, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa jalani pembedahan akibat gigi yang mereput sehingga menyebabkan gusinya membengkak.
dalam perkongsian tersebut, ibu kepada kanak-kanak ini menyatakan bahawa gigi anaknya itu sudah mula mereput serta gusi membengkak yang menyebabkan anak perempuannya sering sakit gigi.
Disebabkan keadaan itu, dia membawa anaknya ke klinik dan doktor gigi tak dapat nak cabut gigi yang bermasalah kerana gigi kanak-kanak tersebut sudah rapuh dan kebanyakkannya hanya tinggal tunggul di dalam gusi. Menurutnya juga gigi baru atau gigi kekal tak dapat nak tumbuh disebabkan tersekat dengan gigi lama yang telah mereput.
Ekoran daripada itu, doktor menyarankan untuk buat pembedahan gigi bagi membuang hampir semua gigi yang berjumlah 20 batang sekaligus. Tak boleh bayangkan nak kena hadap sakit gigi tu. Bukan sebatang tapi 20 batang. Orang dewasa pun boleh nangis kalau sakit gigi, inikan pula kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, menurut perkongsian tersebut, semuanya berjalan dengan lancar, anaknya juga stabil dan sudah dibenarkan pulang.
“Bagi yang tanya kakak sakit apa, actually kakak buat operation gigi. Gigi dia buruk dan mereput serta gusi membengkak. Jadi dia selalu sakit gigi. Bila ke klinik, doc xboleh nak cabut sebab gigi dia rapuh dan kebanyakannya dah tinggal tunggul kat dalam gusi. Gigi baru nak tumbuh tak boleh nak keluar sebab blocking.”
“Jadi doc sarankan untuk buat pembedahan gigi. Buang semua gigi sekali gus. Hampir 20 batang jugak. Kita cabut satu pun menangis, apatah lagi banyak camtu. siap kena jahit atas bawah pulaktu.”
“Alhamdulillah semasa operation, everything smooth. Selepas operation keadaan kakak stabil, so now dah boleh bawa dia pulang.”
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!