Seorang suami tidak menyangka hasrat isterinya yang menyatakan ingin pergi ke tempat yang sangat jauh, menjadi kenyataan apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 375.8, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran Bukit Besi.
Lebih memilukan nahas kira-kira pukul 6.30 petang itu bukan hanya mengorbankan isteri, Noreha Mohamed, 53, malah anak sulungnya, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23, dan cucunya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail berusia dua bulan turut maut.
Raja Hussin Raja Abdullah, 60, yang bekerja di Kerteh dekat sini berkata, dia ada menghubungi isterinya yang tinggal di Wakaf Bharu, Kelantan beberapa hari lalu dan mengajaknya pergi ke satu majlis kenduri di Kelantan pada bulan depan, namun Noreha enggan.
“Dia (Noreha) bagi tahu tak nak ikut, dia nak ‘berjalan’ ke tempat lebih jauh sampai tidak boleh digambarkan betapa jauh tempat itu.
“Saya tak sangka, dia betul-betul pergi di tempat yang jauh bersama anak sulung dan cucunya,”
Raja Hussin memberitahu, pada hari kejadian, Noreha ada menghubunginya memaklumkan dia bersama dua lagi anaknya, Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah,13, mahu menghantar kakak mereka yang baru habis berpantang dan bayinya balik ke Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.
Ads
“Selain itu, Isteri saya juga ada beritahu, selepas hantar anak dan cucu di Kem Batu 10, Kuantan, dia serta dua lagi anak saya akan singgah dan bermalam di rumah sewa saya di Paka, namun beberapa jam selepas itu saya menerima berita buruk ini,” katanya.
Tambahnya, beberapa jam selepas dimaklumkan isteri dan cucunya meninggal dunia di tempat kejadian, dia sekali menerima berita sedih apabila Raja Nurhanani Nabila pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
“Terlalu berat ujian ini untuk saya dan keluarga namun, saya reda,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dungun,. Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dipandu Raja Haikal Najmi dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan hilang kawalan dan terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di sebelah kiri jalan sebelum terbalik.
Ads
Menurutnya, mangsa yang parah, Raja Haikal Najmi, patah kaki kanan dan adiknya, Raja Nurhumairaa Nadzirah yang patah bahu kiri masih dirawat di Hospital Dungun
Anak pegawai Imigresen cedera setelah terjatuh dari balkoni sebuah hotel. Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Pattaya itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berkenaan terjatuh dari tingkat tinggi hotel yang terletak di Pantai Jomtien.
Kanak-kanak itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan akibat patah tangan dan kaki
Budak perempuan berusia 5 tahun jatuh dari tingkat 12. Kejadian malang tersebut berlaku di sebuah hotel di Pattaya, Thailand pada Ahad lepas; di mana budak berkenaan dirakam CCTV sedang bermain dan memanjat balkoni sebelum terjatuh.
Mangsa ketika kejadian menginap di hotel itu dengan bapanya. Bapanya memberitahu dia tertidur kepenatan dan terlupa menutup pintu bilik sehingga diberitahu kakitangan hotel yang anaknya sudah terjatuh dari tingkat 12.
Budak itu bagaimanapun dilaporkan selamat namun parah dengan kecederaan patah tangan dan kaki.
Rata-rata netizen terkejut dengan kejadian yang berlaku. Netizen seakan tidak percaya kanak-kanak tersebut selamat selepas jatuh dari ketinggian yang tinggi, iaitu tingkat 12. Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka dengan keselamatan anak-anak.
Tidak dinafikan selepas menjadi ibu dan bapa, masa diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan sitiuasi baru. Dr Say Shazril akui ia memang memerlukan kesabaran.
Rutin lama sebelum kehadiran cahaya mata tidak boleh diteruskan, malah tidur straight 8 jam pun tak mungkin akan dapat dinikmati lagi.
Dr Say Shazril yang baru menyambut kelahiran anak sulung selepas 5 tahun berkahwin pada 5 April 2019. Kehadiran si kecil Aezriel menjadikan kehidupannya berubah. Bingung untuk memahami si kecil pada awalnya namun lama kelamaan pengacara My Doctor ini mula faham.
Topik : Baby Saya Buat Saya Gila
Tak pernah spnjng hidup, sy berasa sgt bipolar. Awat bipolar? Bipolar sebab tak pernah saya rasa geram & sayang pada masa yang sama. Awat geram? Geram sb selama sy hidup, teramat jarang tido malam saya diganggu kerana tidur merupakan sesuatu yang cukup berharga bagi saya tapi sekarang sayonara goodbye to tido straight 8jam.
Naik bingung dibuatnya
Satu lagi geram sebab teramat susah nk rungkai misteri tangisan baby yang ada seribu makna ni. Being a doctor ape yang penting bagi kami ialah mendapatkan diagnosis penyakit apa yang dihidapi pesakit tu tapi dgn baby ni terlalu banyak diagnosisnya sama ada tangisan ni sebab lapar ke, perut kembung ke, pampers basah ke, nak attention ke. Naik bingung saya dibuatnya.
Puas hati bila berjaya tidurkan baby
Den awat sayang plak? Sayang is when kita terbangun malam-malam sebab baby merengek den kita bagitau partner kita yg “its okay, i got this” & kita cuba selesaikan sendiri starting with menyusu den half way menyusu kita tukar pampers dia pastu kita sambung balik menyusu pastu kita burp kan dia pastu kita dukung sambil tepuk-tepuk manja & slowly kita lihat mata dia mula naik stim terkebil2 & nafas dia mula tenang & akhirnya dia tertido.
Pastu kita letak dia atas katil & kita sayang pipi gebu dia & hati kecil kita menjerit “yesss, aku berjaya tidurkan monster ni tanpa bantuan bini!”. Kepuasan bila tengok baby tido hasil buatan kita Mou Tak Ding (tiada tandingan) peeps.
Hari ke -25 faham perangai anak
Alhamdullilah arini baby saya masuk hari ke-25 & slowly saya dpt rungkai perangai dia & slowly juga ke-geram-an sy semakin pudar kerana hati saya kini mostly dipenuhi dengan kasih sayang kepada dia.
Hidup berubah 360° sejak ada baby
Tipu la kalau parents kt luar sane tak pernah geram wlpn setitis kt 1st baby kalian coz kehidupan berubah 360 darjah dgn kehadiran baby. Sy bukan berniat nak takutkan couples/ new parents out there tp someone needs to let u know the truth, that it is not easy to raise a kid. Sorry jugak lately post sy bnyk pasai kekeluargaan, cuma sronok lain mcm jadi bapak skang heheh.
Para follower bersetuju dengan pendapat Dr Say dan mengakui kesabaran diperlukan dalam tempoh awal kelahiran.
@aminur117 I feel you bro! Statement “yesss ak dpt tido kan monster ini, tanpa bantuan wife tu win” haha… Btw, anak sy pun still new born, 1st baby almost 3 month. Banyakkan bersabar and observe, lama-lama tu masak la dengan telatah baby.
@anis_fariha Yes.!! I feel u doctor.. Now my baby dah 2 months.. Hari2 dok berteka teki dgn baby sbb xtaw nangis nak apa.. Haha.. couple or new parents should know bout this ?
@ezurenick Good info doc..seronok baca story doc yang bagi sy sgt kelakar..hihi.paling aneh pasal baby,ada yg wellbehave..tak nangis pun x walau perut kembung.ada tu,panas sikit pun xboleh trus nangis.unik baby nie..?
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera parah selepas parah terlibat kemalangan jalan raya di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang dekat sini semalam.
Kredit video: Perak Today
Video insiden berdurasi seminit itu tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak berbaju t-putih dan berseluar merah dan rambut tak diikat berdiri pantau di tepi jalan sebelum berlari melintas jalan secara tiba tiba sebelum bunyi perlanggaran itu berlaku.
Pemandu salah sebuah kenderaan yang diparki bersebelah tempat kemalangan itu menjerit meminta tolong sebelum beberapa penduduk kampung dipercayai ahli keluarga mangsa berlari ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.
Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian berlaku pukul 5.45 petang itu mangsa dilanggar seorang pemandu wanita berusia 21 tahun yang menaiki Perodua Kembara.
“Semasa kejadian seorang kanak-kanak di Kampung Delek Kanan yang lari bersama beradiknya sebelum berhenti di tepi jalan sementara dua buah kenderaan lalu di hadapan mereka.
“Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan yang berdiri di tepi jalan melihat pergerakan kenderaan di kedua-dua arah sebelum secara tiba-tiba berlari melintas jalan.
“Ketika itu Perodua Kembara dipandu kerani itu terkejut kemunculan kanak-kanak itu secara tiba-tiba melintas dan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun telah cuba untuk membrek kecemasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Akibat perlanggaran itu mangsa telah tidak sedarkan diri terlantar atas jalan raya.
Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut dan mengalami kecederaan organ dalaman yang parah.
“Mangsa mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus sebelum mangsa segera dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar,” katanya.
Manakala pemandu wanita itu tidak mengalami kecederaan dan kenderaannya mengalami kerosakan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!