“Nak Berjaya Jadikan Anak & Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu & Ayah” -Riz Amin

Share

Kejayaan seorang suami pastinya dibelakangnya berdiri seorang isteri yang menyokongnya cukup kuat. Pelakon yang sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakkan drama, Riz Amin, mengakui kekuatan harinya setiap hari kini datangnya daripada isteri, anak-anak serta kedua ibu bapanya yang menyokongnya kuat.

Melalui entri yang dimuat naik di instagram miliknya, Riz Amin turut berkongsi gambarnya bersama isteri dan anaknya yang selama ini menjadi penyokongnya dalam kehidupan hariannya.

Walaupun sering membawakan watak antagonis, namun dalam realiti kehidupannya, bapa kepada seorang anak perempuan ini merupakan seorang ayah yang cukup penyayang. Banyak gambar-gambar puteri kesayangannya sentiasa di kongsi Riz di instagramnya.

“Setiap perkara yang kita buat kena ada kekuatan.

“Nak berjaya jadikan anak dan isteri kita sebagai kekuatan termasuk family Ibu & ayah,” kongsinya ringkas.

Malah pelakon filem Polis Evo 2 ini juga turut menyatakan bahawa kejayaan seorang suami pastinya akan menyusul kelak dengan mengutamakan keluarga dalam kehidupan.

“Insyaallah kita berjaya betul tak,” katanya ringkas melalui instagram.

Kongsi Cerita Di Pa&Ma TV

Bukan hanya di instagram malah melalui PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR, Episod 8, Riz Amin bakal muncul sebagai selebriti undangan bagi berkongsi kehidupannya sebagai seorang bapa. Banyak perkongsiannya dalam membesarkan puteri kesayangannya yang kini sudah pun berusia 5 tahun.

Terdahulu Riz mengikat tali cintanya dengan isteri tersayang, Sharifah Fazlina Syed Fuad pada November 2013. Pasangan romantiknya ini kini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Putri Natalia Eryna, 5 tahun.

 

Jangan lupa menyaksikan kisah bapa penyayang ini menerusi Pa&Ma Journey Bersama Jovianina pada Rabu ini, 14 Oktober 2020, jam 9 malam di Astro Ria 104 dan 124.


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM