Kisah lima beradik yang abang dan kakak, Muhammad Faris, 12 dan Nurul Farisha, 11,  menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada tiga lagi adik yang masih kecil akhirnya telah mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew.

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

Berita gembira itu dikongsikan pendakwah dan penceramah terkenal itu menerusi Facebooknya pada Selasa selepas meluangkan masa mengunjungi adik-beradik dan membantu Muhammad Faris dan Nurul Farisya kembali bersekolah.

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

“Besarnya ujian mu anak” 

Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu jaga 3 adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung. Adik paling kecil umur 1 tahun. Dah tak sekolah jaga adik. Tinggal dengan atuk nenek dah uzur. Mak ayah dalam tahanan.

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

Ads

Hantar bersekolah semula

Terbaca dekat fb Raja Anita Raja Mukhtar. Saya bersama mak ciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu. Di sini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif. Sebulan Rm600. Terus hantar ke sini tadi. Seronok adik-adik ni.

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

“Nak berjaya macam ustaz”

Ads

Saya tanya kenapa nak sekolah. Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik. Rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga. Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis. Sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah. Beratnya ujianMu wahai anak. Maafkanlah kami lambat membantu.

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

Mak saudara akan jaga adik-adik

Ads

Terima kasih mak saudara yang akan menjaga adik-adiknya. Terima kasih Ustaz Fadhli Shaari dan Pegawai JKM yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian. Terima kasih Penghulu dan masyarakat sekitar. Terima kasih zakat. Terima kasih penderma PKUM. Terima kasih kepada NGO di Kelantan. Terima kasih Raja Anita.

“Nak Berjaya Macam Ustaz.” Kisah 5 Beradik, Ibu Ayah Dalam Tahanan Dapat Perhatian

Susulan perkongsian tersebut, ramai yang mendoakan kedua-dua beradik ini mampu menjadi abang dan kakak yang baik dan berjaya mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik demi masa depan adik-adiknya kemudian hari.

Kredit: FB Ebit Lew 

** Nak dapatkan keperluan anak pada harga berpatutan, klik di sini

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI