Susu ibu sememangnya sumber zat pemakanan terbaik buat bayi baru lahir. Lantas, semua ini digalakkan untuk menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu. Namun, amalan penyusuan ini tidaklah semudah yang disangka.
Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh para ibu dalam menjayakan amalan ini. Salah satunya ialah mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan sesetengah perkara. Ini terutamanya yang melibatkan mitos penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa mitos yang sering kedengaran dan penjelasannya.
Susu kurang, jadi tak boleh nak susukan bayi
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan seperti hypoplasia of mammary gland, tumpah darah yang banyak selepas kelahiran, Sheehan syndrome dan polycystic ovarian syndrome (PCOS).
Jika tidak mengalami masalah ini, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi keperluan bayi. Ketahuilah, kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu lebih daripada keperluan bayi!
Petunjuk kurang kenaikan berat badan bayi bukan berpunca daripada kurang susu tetap ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh si bayi. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan yang tidak betul dan sebagainya. Apabila hal ini berterusan, ia menjadi punca penghasilan susu semakin berkurangan.
Ads
Jika anda rasa susu kurang, teliti semula teknik penyusuan anda.
Bayi perlu diberi air masak
Ia tidak benar sama sekali. Jika anda melakukannya, ia boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak memerlukan sumber makanan lain selain daripada susu ibu. Tambahan pula, air masak tiada zat makanan.
Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil itu akan mengembang dan menyebabkan dia kenyang. Lalu, bayi tidak akan mahu menyusu. Apabila tiada permintaan, maka tiadalah permintaan. Disebabkan itu, ia akan mengganggu proses penghasilan anda.
Susu formula berkualiti tinggi sama seperti susu ibu
Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak boleh menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan kandungan antibodinya demi melindungi bayi.
Ads
Berat badan bayi tidak meningkat dengan baik jika kualiti susu ibunya rendah
Kualiti susu ibu adalah sangat tinggi. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah.
Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu akibat teknik penyusuan yang salah atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa segera oleh doktor pakar.
Ibu menyusu perlu minum banyak susu
Susu ibu dihasilkan daripada sistem peredaran darah. Bukan terus daripada perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata demi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik.
Adalah lebih penting jika anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan minum banyak air dan tidak terhad kepada susu semata-mata.
Ads
Susu ibu sedikit kerana saiz payu dara kecil
Hal ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Saiz payu dara dipengaruhi oleh kandungan tisu lemak di dalam payudara. Penghasilan susu ibu pula dipengaruhi oleh tisu kelenjar yang berada di dalam payudara.
Memberikan susu ibu melalui botol adalah salah
Anda digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari payudara. Banyak kebaikan yang bakal anda peroleh. Antaranya mengurangkan risiko kanser payu dara, meringakan tekanan si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Namun, kebanyakan ibu menyusu kini bekerjaya. Jadi, tiada salahnya jika anda mengepam susu, menyimpan dan menyusukan bayi menggunakan botol susu. Apa yang penting, bayi mendapat susu ibu.
Bagi bayi yang menghadapi maslah bibir sumbing, dia tentu sahaja memerlukan susu menggunakan botol dengan puting khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang, ibu bapa yang ada anak kecil perlu fikirkan beberapa kali untuk membawa anak keluar. Bukan apa, tak semua golongan sesuai memakai pelitup muka.
Penjelasan Dr Redza Zainol mengenai pemakaian pelitup muka bagi kanak-kanak bawah 2 tahun ini boleh dijadikan garis panduan bersama ibu bapa.
Nampak comel, tapi pelitup muka tak boleh dipakai oleh kanak-kanak dibawah umur 2 tahun.
Produk topeng muka kain tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.
SEBAB APA PELITUP MUKA BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?
✅ Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui topeng muka lebih menyesakkan nafas mereka.
✅ Bayi yang memakai topeng muka secara longgar tak beri apa-apa perlindungan pada mereka.
✅ Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai topeng muka, tak dapat membuka topeng muka tu dengan sendiri. Dia juga tak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.
✅ Kebanyakan kanak-kanak kecil akan cabutkan topeng muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.
✅ Tidak ada topeng muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.
BAGAIMANA SAYA BOLEH LINDUNGI ANAK SAYA DI TEMPAT AWAM?
📌 Tak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.
📌 Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.
📌 Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
📌 Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.
📌 Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
📌 Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
📌 Ajarkan anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.
Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya. Kita cuma nak pastikan anak kita sihat dan selamat.
Jemput follow saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info/tips kesihatan kanak-kanak percuma dan menarik di wall saya.
Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke-12 kehamilan. Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi? Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre menjelaskan mengenai keadaan ini.
Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.
Fungsi air ketuban kepada bayi
Air ketuban amat penting untuk bayi dalam kandungan.
Ia bertindak melindungi bayi daripada tekanan luar dengan menyerap rintangan dan hentakan.
Berfungsi dalam mengawal suhu badan bayi dan memberi haba.
Sebagai bentuk kawalan jangkitan. Air ketuban mengandungi antibodi yang boleh lindungi bayi.
Berfungsi dalam perkembangan pernafasan kerana bayi dalam kandungan bernafas menerusi air ketuban.
Mematangkan sistem pencernaan bayi di mana bayi berlatih menggunakan otot ketika di dalam kandungan ibu.
Menggalakkan perkembangan otot dan tulang kerana air ketuban menyediakan ruang antara kantung dan bayi menyebabkan bayi bebas bergerak.
Sokongan kepada tali pusat. Air ketuban mengelakkan tali pusat ditekan.
Air ketuban mengandungi zat, hormon dan nutrien. Apabila bayi membesar, dia akan mula bernafas dan menelan air ketuban tersebut.
Faktor menyebabkan air ketuban menjadi banyak
Keadaan ini terjadi kepada kira-kira 1% kehamilan di mana catatannya melebihi 24cm. Ia lazimnya disebabkan oleh beberapa sebab yang melibatkan keadaan ibu dan bayi.
Kecacatan pada janin.
Masalah genetik pada janin menyebabkan kesukaran untuk menelan. Ini menyebabkan air ketuban menjadi banyak.
Ibu menghidap kencing manis yang tidak terkawal.
Kehamilan kembar.
Fetal anemia iaitu keadaan di mana bayi kekurangan darah.
Lain-lain punca iaitu seperti jangkitan kuman. Antaranya ialah virus Rubella, Parvovirus dan Cyto Megalo Virus.
Ibu mengalami toxoplasmosis atau sifilis yang menyebabkan air ketuban banyak.
Kesan kepada bayi dan ibu apabila air ketuban banyak
Keadaan yang tidak normal ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada bayi dan ibu. Menurut Dr Siti Aishah, air ketuban yang banyak boleh menyebabkan dalam situasi yang berbahaya kepada ibu dan bayi.
Kesukaran bernafas bagi ibu sebabkan oleh pembesaran rahim.
Bersalin lebih awal (pramatang).
Selaput ketuban bocor yang boleh menyebabkan cetusan kelahiran pramatang dan mendedahkan bayi kepada jangkitan kuman.
Uri lekang di mana air ketuban bocor secara tiba-tiba.
Bayi meninggal di dalam kandungan.
Pendarahan selepas bersalin atau postpartum hemorrhage (PPH) di mana rahim sukar untuk mengecut kepada semula dan pendarahan teruk.
Posisi kedudukan bayi yang tidak stabil seperti melintang, songsang.
Tali pusat jatuh atau cord prolapse semasa proses kelahiran. Ia amat berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi menerima kurang aliran oksigen.
Ini juga menyebabkan kepala bayi tidak memasuki ruang pelvis.
Bayi besar kerana kencing manis yang tidak terkawal.
Kelahiran menerusi pembedahan
Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlah akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman pertama kali menyusukan anak tidak mudah. Susu yang sedikit terasa amat berharga ketika itu. Biarpun payah, namun ibu berusaha sebaiknya untuk memperolehi susu malah menyiapkan stok demi memberikan khasiat untuk anak.
Bagi Tasha Manshahar, sebolehnya biarpun sibuk dengan tanggungjawab yang digalasnya dalam mendidik anak bangsa, dia sebolehnya mahu terus kekal menyusukan anak.
Malah kata Tasha lagi biarpun jadualnya di sekolah padat, paling tidak dua kali, dia akan cuba sebaiknya mengepam. Semuanya demi memastikan anak keduanya, Mateen terus dibekalkan dengan susu ibu sepanjang dia ke sekolah.
“As a breast feeding working mom, I akan pam atleast 2 kali (gap dalam 3 jam) sebab I balik pukul 2 lebih gitu. Kalau ada meeting/koku balik lambat macam harini, I akan pam 3x dekat workplace/masa driving home.
“Kena juga cari time sebab nak maintain demand – supply. Remember, demand & supply adalah rule no 1 kalau tekad nak susukan anak.
“Walaupun l kadang terkejar-kejar juga. Tapi demi menuai hikmah dan kebaikan susu ibu, mommy cekalkan hati. Alhamdulillah atas rezeki masih boleh menyusukan Mateen,” tulisnya berkongsi.
Berkongsi produk mengepam susu yang digunakannya, akui Tasha dia pernah berdepan detik sukar ketika menyusukan anak pertamanya dahulu.
“Berharganyalah setiap titisan susu ibu ni. Tiada tandingan subhanAllah. I pernah terpaksa buang beberapa bag, sedih dia sampai pilu betul rasanya. Menangis terduduk ya!
“Apatah lagi kalau mommies yang terpaksa buang berpuluh/beratus oz tu. Kalau I mungkin pengsan lahhh ya Allah tak dapat bayangkan.
“Kalau nak fikirkan apa nak sedih, benda ada, bukan kena beli pun, tapi hakikatnya tidak semudah itu. Haihh sedih dia yakmat la.
“Ibu-ibu mesti faham kan? Ada pengalaman tak?,” kongsinya lagi yang terpaksa membuang beberapa bag susunya atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan.
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).